A friend of mine ever asked about this “Takpe ke buat duit dengan Nuffnang, Adsense & iklan2 kat blog ni? Halal ke?”. I said yes it is halal sebab kita mengiklankan perkhidmatan mereka, unless kalau apa yang kita iklankan tu tak relevan dengan adat, adab dan agama, itu lain cerita. Tapi, dalam sudut lain, it made me think juga about kehalalan in making money with Nuffnang and Adsense (just to name a few). Dalam kes yang I’ll discuss below.
I read several blogs yang membincangkan tentang buat duit dengan Adsense dan Nuffnang, dan most of them memperkatakan tentang ‘Google Adsense tak bagi klik iklan dalam blog sendiri’. Do you know, and wanna know why?
Sebelum tu you can read my previous entry about clicking own ads for Adsense and Nuffnang.
Google Adsense dan Nuffnang adalah antara syarikat pengiklanan internet yang bertindak sebagai platform atau medium untuk menyampaikan ‘hasrat’ para pengiklan terhadap potential customer mereka melalui website² dan blog-blog. Kepada Adsense sangat strict? Salah satunya untuk menjaga kepentingan advertiser mereka dan juga reputasi Adsense sendiri.
Sebagaimana kita perlu mengamalkan honesty is the best policy, begitu jugak dengan perkara bersangkutan iklan² di blog, especially Adsense. Adsense hanya mahukan klik² yang jujur, contohnya klik dari mereka yang benar² nak cari info tentang sesuatu. Klik² yang tidak jujur mempunyai harapan besar untuk di ban dari Adsense.
Apa itu klik yang tidak jujur?
- Klik iklan dalam blog/website sendiri.
- Menyuruh kawan² mengklik di iklan kita, dan kita juga mengklik di iklan kawan² secara berjemaah.
- Menulis mesej agar iklan tersebut di klik, contohnya “SILA KLIK SINI”, atau “KLIKLAH IKLAN SAYA SEBAGAI TANDA SOKONGAN”, atau “KALAU ANDA KAWAN SAYA SILA KLIK IKLAN INI”, etc.
- Membuat pakatan klik².
Google mempunyai sistem canggih yang dapat mengesan benda² klik secara berkomplot. Apa lagi kalau klik di website sendiri, memang menjerut. Jangan sampai nama anda kena ban terus dari Google.
Analoginya macam ni.
Kamal ada sebuah perniagaan menjual buku (Kamal adalah advertiser). Untuk mempromosikan perniagaannya, beliau menggunakan khidmat Samat yang mempunyai sebuah kedai kopi yang sering dikunjungi ramai (Samat ialah ads company i.e. Adsense, Nuffnang, etc). Samat pula akan membuat brochur untuk setiap peniaga yang mahu mempromosi barang mereka dan diberikan kepada pelanggan yang selalu datang ke kedai kopinya, antaranya Kuman dan Kumin (Kuman dan Kumin adalah publisher/blogger). Kuman dan Kumin diberi brochur2 dan upah dibayar atas setiap brochur yang diedar kepada potential customer untuk Kamal. Kuman mengedarkan brochur tersebut ke sekolah², pejabat², rumah² dan sebagainya. Tapi tak semua habis diedar. Namun, sebagai balasan, beliau mendapat bayaran dari Samat (atas jumlah yang dipersetujui), dan Kamal gembira kerana ada customer yang datang ke kedainya. Kumin pula mengedarkan brochur itu kepada adik beradiknya, sorang diberi 20 brochur, dan selebihnya disimpan di bawah katilnya sendiri. Habis semua. Dan Kumin tetap meminta upah dari Samat dan Samat tetap memberinya (sebab Samat belum tahu helah Kumin).
Satu hari Kamal mengadu kepada Samat bahawa dia telah banyak habis duit untuk bayar pengedar brochur tapi tak ada ramai pelanggan pun datang ke kedainya, sejajar dengan brochur yang diedarkan. Lalu Samat membuat siasatan apa sebenarnya yang berlaku, maka  kantoilah Kumin yang membagi2 kepada sanak saudaranya dan menyimpan di bawah katil, tapi mengaku semua sudah habis diedar dan meminta upah dari Samat.
Lalu Samat (ads company i.e. Adsense) tarik balik semua kerja2 yang selama ni diberi pada Kumin (blogger).Jadi Kumin tidak lagi menjadi pengedar brochur upahan untuk Samat dan Kamal (advertiser).
Dari contos di atas mungkin kita dapat membuat sedikit muhasabah.
Google Adsense (dan sebagainya) bukan satu pelan tindakan khidmat masyarakat untuk blogger suka-suki mengklik untuk jana pendapatan. Ia adalah satu perniagaan dan saling bersandaran (simbiosis gitu) antara adverstiser dan publisher.
Leave a Reply