Nuffnang – How to Create Your Future and Buat Duit Forever…

by Mommy Lyna on June 3, 2009 · 36 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

These are true stories:

free fight club

KISAH I:

Sebuah syarikat yang menjalankan internet marketing dan menawarkan perkhidmatan affiliate (kalau tak faham apa tu affiliate nanti tanya saya) yang berpotensi telah mengorak langkah ke seluruh dunia. Namun akhirnya perkhidmatannya di beberapa negara termasuk Malaysia telah dihentikan kerama beberapa pelanggaran tatasusila dalam affiliate marketing. Jadinya orang Malaysia dah tak berpeluang untuk jadi affiliate mereka.

Tatasusila yang dimaksudkan ialah membeli produk dari syarikat tersebut menggunakan “affiliate link” sendiri. Jadi, atas barang yang dibeli sendiri, affiliate ni mendapat “komisen” tanpa perlu memasarkan produk tersebut . Orang macam ni sign up affiliate untuk mendapatkan “diskaun” tak bertauliah.

Saya adalah antara manusia yang berminat untuk menyertai program affiliate syarikat tersebut (of course sebab komisyen masyuk~), akan tetapi was rejected because I’m from Malaysia and Malaysia is in their Black List, together with other countries like Nigeria. They simply blacklist negara yang banyak buat hal seperti di atas.

Siapa yang membuat perkara keji tersebut sehingga Malaysia disenaraihitamkan memang lah manusia tak bertanggungjawab!

KISAH II:

Google Adsense akan mengenakan tindakan ke atas sesiapa yang melanggar etika CPC mereka iaitu klik iklan Google dalam website sendiri atau menyuruh kawan-kawan meng-klik iklan tersebut secara berjemaah (Takdela masuk court ke apaa, cuma kena blacklist je, LOL).

Elaboration:

KISAH I:

Bagi beberapa syarikat pengiklan cyber, mereka menawarkan peluang kepada blogger atau “online promoter” kecil-kecilan untuk menjana pendapatan dengan menjadi affiliate mereka (sebenarnya untuk luaskan pasaran mereka tapi kita pandang dari blogger’s view lah). Jadi mereka akan membayar komisen bagi setiap usaha promosi yang dibuat oleh para affiliate. Namun bagi rakyat di negara2 membangun seperti negara kita dan other third world countries, terdapat affiliate yang melakukan perkara ini dengan cara yang agak keji, yakni sign up sebagai affiliate, kemudian membeli dari affiliate sendiri untuk mendapatkan harga murah -apabila ditolak komisyen (Walaupun kadang2 mereka tak bayar komisyen sebab mereka dapat detect siapa yang buat kerja macam ni).

Jadinya usaha mereka menggunakan affiliate untuk ‘reach’ atau bukak market baru tak tercapai, sebaliknya mereka pulak yang rugi sebab asik kena bagi komisyen dekat orang yang beli untuk pakai sendiri.

Contoh senang macam ni lah. Kita ada kedai jual karipap dekat bandar. Lepas tu untuk luaskan perniagaan kita ke kampung2, tapi kita tak cukup tangan untuk pegi meniaga sendiri di kampung2. Lalu, kita buka peluang kepada orang yang lalu lalang untuk jadi wakil kita, dan kita bagi komisyen atas jualan mereka. Sebaliknya, orang-orang ni amik komisyen untuk makan dia sendiri, tu pun 2 ketul je sekali ambil. Kalau sorang je yang buat macam tu, takpelah. Tapi kalau ada 40 orang macam ni, ada untung ke kita? Karipap kita tak masuk pun mana-mana kampung, tapi terpaksa pulak beri komisyen pada pembeli yang lalu-lalang tu.

Bagi para pembeli yang dapat komisyen untuk makan sendiri tu OK lah. Tapi bagi penjual ni, margin untungnya bukan banyak sangat. Terpaksa pulak bagi duit dekat yang beli dengan dia. Sepatutnya duit tu bertindak as ‘upah’ bila orang yang beli ni tolong jual kat kampung. Tapi tak jadi macam tu… Kesian kan.

Akhirnya si penjual karipap dah taknak bagi komisyen pada sesiapa, instead dia sendiri yang naik basikal pegi jual ke kampung. Penat pun tak pe lah asalkan tak rugi. Then, ada pulak insan yang benar2 ikhlas nak tolong jual karipap tu ke kampungnya, sambil dia nak tambah pendapatan. Tapi dah.. si penjual tu tak percaya dah. Kesian kat insan ni. Terpaksa cari jalan lain.

KISAH II:

Penerangannya lebih panjang di bawah ini, berkait rapat juga dengan En. Nuffnang.

watch fear and loathing in las vegas in divx

Nuffnang dan Google Adsense antara advertising company yang memberikan peluang kepada bloggers untuk menjana pendapatan daripada iklan-iklan mereka yang dipaparkan di dalam blog masing-masing. Perkara basic dalam mendapatkan duit daripada iklan-iklan ini ialah CPC (cost per click) yakni berapa banyak dapat adalah daripada berapa banyak klik yang kita perolehi. Makin banyak klik pada iklan, maka makin banyaklah duit (Tapi tak le semuanya CPC, ada jugak CPM – cost per impression – yang mana blogger dibayar sekian $$ untuk sekian pageview, contohnya RM1 untuk 1000 pageviews).

Dari mana datangnya duit ni?

Advertiser (yang mengiklankan) membayar sejumlah duit kepada Nuffnang & Google mengikut jumlah klik yang mereka dapat. ini namanya PPC (pay-per-click). Jadi, kalau ada orang klik pada satu iklan Google, advertiser pun kena bayar juga mengikut budget dan CPC bidding yang mereka dah tetapkan. Tujuan mereka tak lain tak bukan adalah untuk menarik visitor ke website mereka dan berpotensi untuk membeli barang/servis mereka.

Google sangat strict dalam bab klik-mengklik kerana kebanyakan advertiser yang menggunakan khidmat Google adalah advertiser kecil-kecilan, i.e. orang yang jual diapers dari rumah, affiliate yang berniaga secara individu dan sebagainya. Jadi bila ada orang klik secara suka-suka atau klik di blog sendiri, mereka ni akan kehilangan banyak duit (kerana banyak orang klik pada iklan mereka) tapi tak dapat apa-apa pulangan (kerana yang klik itu cuma untuk menambah duit dalam akaun adsense masing-masing je, bukan betul-betul berminat nak ke website pengiklan). Maka, Google pun menjadi strict untuk menjaga kepentingan advertiser mereka.  Sesiapa yang didapati klik pada iklan dalam blog sendiri akan di-panelize (banned forever daripada join program buar duit mereka).

Sebabnya, bagi pihak advertiser pula, bila asyik kena bayar banyak duit untuk klik yang mereka dapat tapi tak mencapai objektif mereka (e.g. pageview tak lama, page impression low, conversion tak ada), mungkin mereka akan stopkan iklan mereka, atau cari kompeni lain je. Ini akan beri reputasi buruk pada Google juga. Untuk win-win dengan semua pihak maka itulah tindakan yang Google akan ambil.

Kenapa Nuffnang tidak? Atau mungkin belum lagi? Kita tengok siapa yang iklankan dengan Nuffnang, semuanya syarikat besar-besar macam Maxis, Celcom, DIGI, Johnson’s & Johnson’s, Dutch Lady dan sebagainya. Jadi mungkin diorang tak heran kalau setakat 10% publishers (bloggers) yang klik pada iklan sendiri. Dan diorang pun tak ada desperate untuk jual barang mereka di online, tak macam advertiser di Google Adsense.

Tapi, tak mustahil kalau satu hari advertiser di Nuffnang dah fed up sebab ramai yang klik pada iklan dalam blog sendiri, lalu sedikit demi sedikit mereka keluar dari Nuffnang dan publishkan iklan mereka dengan syarikat lain, atau cuma tawarkan iklan pada blogger-blogger yang famous saja. Apa jadi kat blog kita yang seciput nih? Lama kelamaan tak mustahil langsung adik-adik/anak-anak kita dah tak dapat buat duit dengan Nuffnang lagi. Atau mungkin Nuffnang akan jadi strict macam Google Adsense dan banned terus mana-mana kampung yang banyak wat kerja-kerja ni.

Bila melakukan sesuatu terutama bab duit sebegini, we should put ourselves in the other’s side shoes. Bagaimana kalau kita yang jadi advertiser, hari2 terpaksa tanggung kos pengiklanan yang tinggi (sebab dapat klik yang banyak) tapi tak dapat apa2 pulangan (sebab orang klik tu lepas open je new window, terus close). Lama2 kita pun akan fedup dan cari cara lain utk iklankan website kita.

Nuffnang tau ke kalau kita klik iklan sendiri? Konfemla dia tau.. semua pun ada tracking. Even, kita pun dapat statistik tentang analytic blog kita setiap hari.

Setakat ni Malaysia antara negara yang banyak kena blacklist oleh “online promoter” dunia sebab ramai yang main tipu. free what women want movie download

Walaupun kita rasa ‘tak apa la, sikit je’, tapi kalau terkantoi, bukan kita je yang kena, next generation yang betul2 serius lagi kesian. Contohnya macam kes dalam KISAH I, hmm… sekarang ni pejam mata je lah… Disebabkan ketamakan orang terdahulu, kita-kita yang terkemudian ni dah hilang peluang untuk buat duit dengan kompeni tu.

Jangan ghairah sangat nak dapat duit cepat. Kesian dekat orang lain. Mungkin dah ramai yang jadi jutawan with Nuffnang (by clicking ads in own blog?) tapi nowadays bagi yang baru-baru menceburkan diri dalam Nuffnang ni, macam dah tak masyuk like before. Apa kata kita pun tolong mudahkan kehidupan mereka2 yang baru menceburkan diri dalam blog mem-blog dan kutip duit sikit dari blog mereka.

Marilah kita menjadi pengguna internet dan blogger yang profesional!

Popularity: 2% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 35 comments… read them below or add one }

arin June 3, 2009 at 8:08 am

ahaaaaaaaa..baru saya paham ..saya letak je nuffnang..nak first cash out hari tuh..makan bulan gak nak kumpul..kehkehkehkeh…

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 10:12 am

hehe. takpa biar lambat asal selamat.

:D

Reply

fid June 3, 2009 at 9:33 am

kahkahkahkah
sudah bertahun ku ngan nanang tapi blom rm200 pun…blog tak popular ginilah gamaknya ‘pendapatan’nya…

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 10:13 am

nak tunggu 200 ke baru claim?

Reply

knv June 3, 2009 at 9:53 am

hahahahahaha… kesimpulannya akak tak paham deknon!!!

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 10:14 am

uhuhuhu

takpe takpe mungkin frekuensi belum synchronize lagi. miahahhaha.

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 10:18 am

senang cakap, jangan klik iklan di blog sendiri. hehehe. kecuali iklan yang bukan CPC lah.

Reply

mama emma June 3, 2009 at 9:56 am

akak dok la tempek affie2, tp langsung x jln.. haha.. mana xnye, akak pun promote ala2 je.. huhu… tp kan, kekadang tu, tnampak gak iklan yg best2 kat adsense, tp x berani nak click.. takut kene ban…

kalau nak tau, akak suka click kat iklan2 org, tp org xdak pun click kat iklan2 akak..

lalala…

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 10:15 am

mana tau takde orang klik kat iklan akak?

kalo hosted kat blogspot.com, pendapatan kena berbagi dengan Encik Blogger. hehe. kalo per click dapat 1 sen, kan sorang2 dapat setengah sen. :P

Reply

mama emma June 3, 2009 at 2:40 pm

lor… ye ke kene kongsi??? patut la…

but still x tbukak lg niat nak beli domain.. lain la kalau biz akak dah maju..

lalala…

Reply

bitt June 3, 2009 at 11:01 am

thats y la saye click org lain punya iklan bila berminat hehee…but nowdays people dont care others ppl pocket money…othersides biz kat sini pon susah yg nak cari bebetul2 clean..nampak jek professional but some short who knows kan…anyway thanks 4 sharing…

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 2:14 pm

ya betul tu. semua orang cume pentingkan poket masing2. tp jangan sampai aniaya orang ye tak? be it lose-lose still OK la if tanak win-win. (hehe teruknya saya..)

Reply

nadnye June 3, 2009 at 11:22 am

baru ku faham.. iklan pun takde lagi.. rasa macam pening jea banyak iklan2.. tapi akan2 datang tak tau la camne

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 2:15 pm

ahaha. akan datang kalo blog u jadi top, kang ramai yg serbu nak mintak ruang iklan :D

Reply

zuhaini June 3, 2009 at 11:59 am

oh.. alamak.. baru ku tau! ingat kan google adsense je yg x bagi klik pada iklan sendiri… rupanya nuffie pun ya..? :(

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 2:16 pm

hehe. diorang tak kisah pun kalo advertiser tak bising kot.

Reply

farah June 3, 2009 at 1:55 pm

saya tak main tipu…dah nak 3 bln letak nuffnang..baru ade singgit dlm account hahahaha

Reply

Mommy Lyna June 3, 2009 at 2:16 pm

sikit2 lama2 jadi bukit

Reply

bAiTi June 3, 2009 at 11:32 pm

Hehehe.. mmg best buat duit ngan iklan. Tapi, pening gak tgk website yg byk sgt iklan- Mcm serabut je gitu..

Reply

Mommy Lyna June 4, 2009 at 3:00 pm

Agaknya dia mmg betindak sbg papan iklan kot.hehe

Reply

aidie June 4, 2009 at 2:56 pm

i was wondering, the money that we get from these advertising ni halal ke? what happen kalau dia ada letak iklan arak etc n ada reader baca n we gain sth from that?

Reply

Mommy Lyna June 4, 2009 at 3:02 pm

Kalo Nuffnang kita ada option utk exclude iklan arak. Kalo adsense ads dia depend pada c0ntent kita. Kita takde nak tulis pasal promote arak kan.

Reply

fid June 4, 2009 at 3:00 pm

aidie..
kita boleh pilih nak ke tak nak iklan arak..rokok..
‘dia’ mmg tanya kita

Reply

Mommy Lyna June 4, 2009 at 9:00 pm

TAK NAK!

Reply

kakyong June 4, 2009 at 6:08 pm

hahah.. macam kakyong lah dah kena blog.. rasa mcm takde klik.. tp mungkin adik yg pernah view blog dr laptop kakyong yg klik kot.. kalo nak buat balik a/c adsense pun kena buka a/c google lain.. so maleh la..

nuffnang ni pun tak faham.. dah lama dah join tp iklan tak pernah on pun… maksud kakyong tak pernah ade tygn iklan pun… so definitely amt tetap ZERROOO….

Reply

Mommy Lyna June 4, 2009 at 9:01 pm

mana tau dari traffic banyak kat blog kakyong, ada individual shop owner nak bayar utk iklan kat situ

Reply

titan June 26, 2009 at 8:08 pm

hehe..biasala. tapi nuffnang terbukti membayar.. 5 kali dah dapat payment dari diorang.
titan´s last blog ..Pegawai Kajibumi Geofizik dan Slumdog Millionaire Review My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 3, 2009 at 12:07 pm

yeah!! mmg terbukti!
wah dah 5 kali! best best

Reply

pistia August 3, 2009 at 10:54 am

sy br seminggu join nuffnang..
br ade 120 klik.. hihi lame gak eh nak tunggu.
xpe lah, ade rezeki, dpt la nanti.. :)

current earning pun rm0 lg..huhu

Reply

Mommy Lyna August 3, 2009 at 12:08 pm

ohh baru sgt lg. nk dpt 1st cek lama sungguh. pastu rasa eh, jap je pulak hihi

Reply

Faarihin January 13, 2010 at 7:23 pm

suka baca kupasan yang ini gak.. ada rezeki adalah kan.. sy pun baru lagi dalam dunia ni.. hehehe.. (^__^)
Faarihin´s last blog ..Akhirnya Teruja Dengan Incek Nuff My ComLuv Profile

Reply

LuvZa May 11, 2010 at 2:44 pm

Salam ziarah..
sy dh lame nk join nuffnang ni..
tp x bkesempatan je nk join..
nk ty la..klu kite dh join, tp jarang2 updet blog
kene blacklist x?
LuvZa´s last blog ..♥♥ Selamat Hari Ibu ♥♥ My ComLuv Profile

Reply

hazmona May 11, 2010 at 5:34 pm

mommylyna, kalo join tp x reti nk tepek logo nuffnang tu die kire x kite ni berdftr ngn die? x pandai la html bagai… td try tp fel..
hazmona´s last blog ..selamat hari ibu My ComLuv Profile

Reply

reality is something June 9, 2010 at 4:34 am

bru tau pasal smua2 nie..rupa2nya slama nie..(em..lama ke aku?..xkot..bru je)…aku bt keje2 camtu..
reality is something´s last blog ..mentor 4 – pertandingan 3 penjuru My ComLuv Profile

Reply

ramadhan October 6, 2010 at 1:09 pm

salam..

Malaysia antara tertinggi kena blacklist?? Ish2.. sapa la yg buat keje macam ni ek. cuba angkat tangan sikit

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers