,

Fahry Dalam Harian Metro 5 May 2010

admin Avatar

Saya cuma tahu coverage tentang Fahry akan disiarkan minggu ini dari Kak CT (wartawan Metro) tapi malu nak tanya bila, bole tak? LOL.

5 Mei, pagi2 lagi Makcik saya SMS beritahu yang cerita Fahry keluar di Metro. Saya pun terus SMS Abiy, Angah dan Mak saya 😀 tidak dilupakan kawan2 especially yang dah siap warning “Kalau cerita Fahry keluar kat mana-mana, jangan lupa inform!”. Bertuah sungguh Fahry, ramai yang care pasal dia. Mommy pun tumpang seronok 😀

CCF06052010_00005

Comel sungguh Fahry dalam gambar ni. Tudung itu adalah tajaan Tudung Labuh Lycra. Wah rasa macam selebriti pulak ada orang taja2 gitew 😀 Memang best pakai tudung ni, satunya sebab ia labuh so Abiy tak le marah 😀 Dan sejuk pulak. Terima kasih Nani 😉

CCF06052010_00001

CLose up sikit.

Bagi yang terlepas Harian Metro semalam, ni dia nyer scanned copy. Sungguh scanner saya kecik cuma, so amik separuh2 la 😛

fahry_metro-1

fahry_metro-2

Saya lambat dapat copy ni, sebab ada kat office lain. Bila balik office petang tu baru dapat beli. Sebelum tu banyak dapat SMS dari kawan2 yang katanya “Vangga sama Mak”. Bestnya.. rasanya ni kot kali pertama dapat banggakan kawan2 LOL. Tu lah, sapa suh malas belajar dulu2, kalo tak mesti dapat masuk U umur 12 tahun. Lagi vangga~

Ramai yang tak tahu Fahry macam tu, ada yang siap call lagi (kawan2 lama). Hehe. Penghubung silaturrahim, rezeki pembawaan anak. Kalau tak mesti sampai bile2 kawan2 lama tak ter-trigger nak contact balik. Ye la, apa kes.. ku bukan femes pun.

Rasanya dalam gambar2 ni nampak clear tangan kiri Fahry yang kiut tuh. Tapi walau camtu tangan dia memang kuat dan boleh pegang. Jari dia tu bukan berlipat, tapi memang camtu. Ada satu ruas je. Dulu2 ingatkan dia tak bole pakai sangat, tapi rupanya dia lagi banyak pakai tangan kiri. Gamaknya nak tunjuk kat kitorang that “Bole pakai laaa.. appedaa derang nih”.

Lepas tu Mak yang over ni SMS pulak dr pakar rehab yang attend Fahry bagitau citer Fahry ada dalam Harian Metro. Dr Taayah reply bagitau that dia dah check so far Fahry baby termuda yang pernah fitted dengan kaki palsu. Apakah? So Fahry layak untuk masuk dalam Malaysian Book of Record, sebagai bayi termuda pakai kaki palsu, yeay! Lepas dapat surat dari doktor then can reply the email form MYBOR for this purpose. Vangga vangga.

Fahry pulak, kat taska cikgu dia bagitau hari ni ada aktiviti baru – tunggang member yang tengah merangkak. Ayooo mana la dia belajar, kat rumah takde pun tunggang sapa2. Gamaknya sebab asyik kena marah dengan Hafiy everytime dia cuba tunggang ‘kereta’ Hafiy, so dia pun cari benda lain nak tunggang. Kesianlah member mana yang jadi mangsa tu. isk3x… Fahry, jangan ler buli orang! Habisla nanti kalau mak2 yang antar anak kat situ cop Fahry ape2. Tak bulih jadi nih. Esok kene suruh cikgu ikat je Fahry kat grill.

Lepas tu kami bawa ke klinik (macam biasa, Klinik Dr Altaf) sebab dia ada hingus. Doktor nak salam dia tunjuk benda lain, doktor tunjuk lain dia bagi lain. “Banyak akal awak ni!” kata Dr Zehan. Hehe. Maknya dalam mode saspen ‘alamak anak, please behave’.

Syukurlah, rasanya perkembangan minda dia OK je. Yet to talk, yet to walk, tapi very the explorer. Sekarang orang tak tanye dah “Kenapa kaki dia?” agaknya sebab orang pun tak perasan kot. Tu lah, kalau kita sentiasa encourage anak2 macam ni untuk jadi macam orang biasa2 je, orang lain pun tak nampak kekurangan dia.

admin Avatar

37 responses to “Fahry Dalam Harian Metro 5 May 2010”

  1. eliss Avatar

    masa tengah tido malam tadi, hubby kejut eliss, tengok ni Mommy Lyna dalam paper..tp sebb mlm tadi hubby bc paper lewat sgt, memang x sempat baca.cayalah fahry & Mommy Lyna!muaash utk fahry!
    .-= eliss´s last blog ..15 Tahun Tak Jejak Melaka =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha bersungguh dio gerok 😀

  2. rynas Avatar

    lyna lupa akak nak sms sebabnya bz sesangat semalam. akak pun tak pasti rabu..ingatkan sabtu hehhehe
    .-= rynas´s last blog ..buat karipap =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya pun dah pindah office sekkarang ka.k.. dah xleh gtalk huhu

  3. Miela77 Avatar

    Excited daku nak g tengok pe cite harian metro…rupanya Fahry ada masalah..cian dier..congrate Lyna sbb tabah mendidik fahry..you’re strong Fahry..

    Daku pun hadapi 2 masalah… Amirah dengan ADHD nyer… daku dengan Arthiristis..mmg menduga tul..

    ***tingat kenangan Harian Metro cover cite daku ttg Arthiristis kat Metro..mcm2 feedback..positif n also negatif weh.. pe pun..SATU MALAYSIA TENGOK KITA KAN FAHRY…ekekekekek
    .-= Miela77´s last blog ..Meh Dapatkan Cloth Diaper (Lampin Kain Moden) – Termurah di Pasaran.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ish manade masalah kak, ok je dia, alhamdulillah 🙂

      oh ye masalah jugak sebab dia tak suka duk dendiam. kalo makan kat kedai tu.. ayoh memang serender lah.

  4. isabelle Avatar

    wah..makin fofular la fahry..dan lyna ye. hehehe.
    xde promote family day ke dlm artikel tu? (apakehal pulak aku ni terkuar tajuk)
    .-= isabelle´s last blog ..Sayangnya dia kat Atuka =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahah

      kang promo kat paper mau 1 Malaysia nak datang. tak muat space lak karang 😛

  5. mommy Iman Avatar

    slm lina,smlm tgh bc Metro kat Umah,tibe2 terkejut nampak muke Fahry,smpi abis sy bc,you n Fahry are so strong:). My baby pun prem baby,33weeks.Tp dah 6bln still tak tak blh duduk mcm Fahry,meniarap pun xnk,asik nak agkat vontot je:)by the way Fahry look so cute in the newspaper:)
    .-= mommy Iman´s last blog ..susu oh susu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam mommy iman,

      stiap anak ada keistimewaan tersendiri kan. kasik can laaa kat Fahry muahahaha.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      maceh kak Ros!

  6. dbalkis Avatar

    ala..tak le baca la dari scan copy tu, baru baca 2 3 line dah fening..dah pesan kat member bawak paper tu esok..so ketinggalan zaman saya..neway congrats Farhy..Be gud boy ya!!
    .-= dbalkis´s last blog ..H1N1 Dekat di Hati =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      uhuhu

      dah baca lom balkis? hehehe.

  7. mazlia Avatar

    Fahry mmg hebat, masa jumpa Fahry first time mmg tngk dia mcm baby yg lain, aktif sngt sngt. Aunty bangga dengan Farhry 😉
    .-= mazlia´s last blog ..1Superkids-MBP Family Day – Open for Registration =-.

    1. chekna Avatar

      btul tu, 1st time jumpa fahry, tengok dia sama je cam budak2 lain.. xreti dok diam, aktif kemain..(sama cam my ziyad le jugak..) tak takut org pun.
      .-= chekna´s last blog ..1st Season – CUTE BABY IN B.L.U.E =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        ce try jaga Fahry sehari huhuhu.

  8. fid Avatar

    waahhhhhh gabak punya pampamg gambar adikku!!!
    wah wahhh
    Fahry
    sila suruh mami bayar lebih kat fahry sbb dia numpang popularity fahry hahaha

    opsss…minum susu erkk?ok
    .-= fid´s last blog ..At ICU Hospital Pulau Pinang! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      eh, Mami dah bayaq lama dah nooo

  9. sirna Avatar

    salam lyna, sejujurnya saya merupakan silent reader dan follower blog lyna, kagum saya dengan ketabahan lyna, sy br je tahu tentang fahry dalam minggu lepas tapi terlepas pula baca metro 5hb semalam..tak ramai orang yg diuji sekuat lyna, sesungguhnya Fahry ialah anugerah terindah buat lyna
    .-= sirna´s last blog ..Masuk ICU =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam sirna,

      hehehe biasa2 je saya. rasanya setiap mak pun akan lakukan benda sama untuk anak dia kan, kecuali mereka2 yg ada masalah sikit, mungkin depress atau distress atau menghadapi pelbagai tekanan luar. mereka ni lah yg kita kena bantu supaya hati dapat rela terima zuriat sndiri walau cemana rupa dia sekalipun.

  10. HaNiE Avatar

    owhhh budak cute masuk news paper ye, pas ni buleh masuk tv plak, memang glemer la dia… hebat fahry dapat masuk malaysian book of record, kagum makcik!!! tahniah ye…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tu la makcik

      nama pun golongan istimewa

      mestila kene spesel dari orang2 lain

      muahahaha

      (berkata2 dengan nada penuh riak dan takbur di dada)

  11. Mama Zharfan Avatar

    kecik2 dh glamer!! 🙂
    .-= Mama Zharfan´s last blog ..Can’t imagine my life without my frens around… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      see the leg lah. leg import tau 😀

  12. zuhaini Avatar

    wah.. glamer la fahry! 🙂

    **saya suka gambar depan page tu.. happy benar Fahry! 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Mom & Baby Expo 2010 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry memang happy baby 😀

  13. ashra Avatar

    hi fahry!
    comelss and hepi fahry ye.
    hope fahry sentiasa bersemangat dan ceria slalu.

    u are such a great mom,mommy lina!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry memang semangat! cuma badan je tak naik2. nampak cam tembam tp timbang2 sama je.. apakah????

  14. kaklong nuzula Avatar

    Saya ada buat entry psl along Lyna di blog saya.. 🙂 Silalah singgah, kalau ada kesempatan..
    .-= kaklong nuzula´s last blog ..Saya, MommyLyna dan MSK =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      huhuhu. ala2 segan gitu dengan entry tersebut 😛

  15. sya Avatar

    hehe…. tadi husband call, dia tanya “kawan sayang yang kita jumpa kat shah alam tu nama anak dia sape?” isk, apasal pulak tanya tentang orang lain nih… rupa2nya dia nak bgtau fahry kuar dalam paper… hehehehe
    .-= sya´s last blog ..bila berjauhan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mesti dah saspen gedabak tu 😛

  16. ummu_abdullah Avatar

    mabruk… cayalah fahry!!!

  17. aishah Avatar

    tahniah..sangat teruja baca fahry dalam paper..rasa cam bangga pulak..wp x kenal secara rapat..tp selalu baca blog.. tahniah…

  18. sabree hussin Avatar

    kena simpan paper cutting tu, kang dah besar boleh dia baca

  19. Las Vegas Dryer Service Avatar

    My brother recommended I would possibly like this website.

    He used to be entirely right. This post actually made
    myy day. You cann’t consider simply how so much
    tine I had spent for this info!Thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge