Itinerary Road Trip Round Iceland Ketika Midnight Sun

WATERFALL ICELAND

Walaupun dah setahun berlalu tapi masih belum terlambat untuk saya kongsikan itinerary penuh roadtrip kami sekeluarga di Iceland pada summer 2014. Pengalaman ni ada termuat dalam majalah Keluarga keluaran September 2015. Pengembaraan memburu midnight sun di Iceland :) Kami menaiki pesawat KLM dari KLIA, transit di Amsterdam sebelum ke Reykjavik, Iceland dengan pesawat Icelandair. Sewa kereta di airport. Sepanjang perjalanan ni kami cuma booking penginapan di Reykjavik dan Keflavik saja. Yang … [Read more...]

Cabaran Menunaikan Solat Di Luar Negara

SOLAT WANITA

Sejak kecil saya dididik solat dengan memakai kain mengkana (telekung solat). Jadi dah terbiasa, solat mesti pakai kain mengkana. Nak solat pun mesti di tempat yang khas seperti musolla. Pertama kali saya tahu bahawa boleh solat dengan pakaian biasa asalkan menutup aurat ialah semasa belajar Pendidikan Islam di sekolah rendah. Tapi disebabkan tak pernah amal, jadi tak tahu di mana nak praktik. Pertama kali saya tahu bahawa kita boleh solat di mana-mana, bukan di musolla saja ialah semasa … [Read more...]

Cara Solat Ketika Fenomena Midnight Sun dan Polar Night

SOLSTIS MUSIM SEJUK

Negara kita di garisan Khatulistiwa pastinya tak ada mengalami perkara ini - siang 24 jam (midnight sun) dan malam 24 jam (polar night). Walaupun matahari kadang-kadang tak kelihatan di musim tengkujuh, matahari tetap ada di atas kepala, cuma ia ditutupi awan. Tapi lain cerita kalau kita ada pergi ke bahagian bumi paling utara dan paling selatan. Disebabkan bumi kita ni berputar pada paksi yang senget, ada bahagian bumi yang tak mendapat cahaya matahari, dan sentiasa dapat matahari pada … [Read more...]

Kos Percutian ke Iceland

xbanknote_0060

Atas permintaan ramai… Sebelum kita cakap tentang kos untuk bercuti di Iceland, saya nak cerita… ia adalah sebuah negara yang agak terhad dan kadang2 meninggalkan kita tanpa banyak pilihan, kecuali di bandar-bandar besar. Misalnya kalau drop by di bandar-bandar kecil yang cuma ada 1-2 hotel, 1-2 kedai runcit, 1 stesen minyak… Nak taknak terpaksa guna juga. OK kita masuk bab bajet. Kadar tukaran wang MYR ke ISK (Icelandic Krona) untuk bulan ni adalah ISK1000 bersamaan dengan RM 28. … [Read more...]

Pelan Perjalanan ke Iceland

flight KL ke Iceland

Dari Kuala Lumpur ke Reykjavik tiada direct flights. Dalam jadual di bawah ni antara perkhidmatan penerbangan dari KUL (KLIA, Kuala Lumpur) ke KEF (Keflavik International Airport, Reykjavik). Kami memilih penerbangan KLM (dengan Icelandair) dan melalui Amsterdam. Kami pilih yang satu kali transit dan ekonomi, supaya tak penat badan (saya lagi suka direct flights dari transit) dan tak rabak poket. Dan yang paling best, cuma KLM saja (setakat yang kami ikuti) yang menawarkan tiket … [Read more...]

Penginapan Kami di Iceland

2014-05-29 09.23.46

Bila dah namanya bersama dengan anak-anak, jangan haraplah nak merasa hostel ke, even shared toilet pun bukan option kami... sebab bawa anak OKU sorang ni kena consider keselesaan dia juga nak ke tandas dan sebagainya. Kami book awal-awal cuma penginapan yang pertama dan terakhir, sebab tak tahu dalam perjalanan akan singgah bermalam di mana. Penginapan pertama - Ambassadae Apartment, Reykjavik Kami sengaja pilih yang terdekat dengan town centre.. senang nak keluar, jalan kaki je. … [Read more...]