Kos Percutian ke Iceland

By | July 16, 2014

Atas permintaan ramai… Sebelum kita cakap tentang kos untuk bercuti di Iceland, saya nak cerita… ia adalah sebuah negara yang agak terhad dan kadang2 meninggalkan kita tanpa banyak pilihan, kecuali di bandar-bandar besar. Misalnya kalau drop by di bandar-bandar kecil yang cuma ada 1-2 hotel, 1-2 kedai runcit, 1 stesen minyak… Nak taknak terpaksa guna juga.

OK kita masuk bab bajet.

xbanknote_0060

Kadar tukaran wang MYR ke ISK (Icelandic Krona) untuk bulan ni adalah ISK1000 bersamaan dengan RM 28. Nampak macam ‘murah kan…’ Haaa.. Air mineral yang kecik tu harganya 250 kr… bersamaan dengan RM8. Makan sekali meal bajet dalam 2000 kr seorang sekali makan sampai kenyang. Kalau anda jenis yang suka bawa bekal makanan sendiri, tiada masalah tentang tu kan. Kami pula memang tak suka bawa bekal makanan…. limited spacelah katakan.

Oh ye, nak tukar ke duit Krona ni boleh tukar di Airport Keflavik. Kat KL takpayah cari, tak ada…

Kebanyakan hotel tak sediakan makanan untuk sarapan (free meal), jadi kena makan dengan bayaran di restoran mereka.

Tiket flight cari yang paling murah, average dalam RM6000 return. Kalau boleh cari yang boleh direct beli 1 tiket, senang, barang pun boleh terus hantar.

Untuk kereta.. kereta compact auto, sewanya dalam 50,000 kr untuk seminggu… Kalau minyak kereta.. diesel dalam 280 kr seliter. Kami isi minyak di setiap bandar sebab takut tak jumpa stesen minyak dah. Dalam GPS tunjuk ada banyak stesen minyak di sepanjang jalan, tapi entah satu pun tak jumpa. Sudahnya masuk town juga.

Kalau tak memandu, hotel2 ada sediakan trip. Boleh check pakej dengan diorang.

Penginapan pula, kami book awal-awal di Booking.com, rate dalam 17,000 kr (RM500) macam tu untuk hotel. Hostel lebih murahlah, tapi kami dengan budak-budak tak ada nak duduk hostel. Susah sikit dengan anak OKU nak guna shared toilet. Hostel boleh dapat dalam 6000 kr, dalam RM160 macam tu.

Cenderahati dari sini.. paling murah saya jumpa keychain yang ringan macam papan lapis harganya 500 kr (RM14). T Shirt yang biasa jual kat kedai2 cenderamata tu paling murah 1000 kr (dalam RM30).

Satu lagi yang perlu masuk dalam list adalah bayaran masuk ke attractions.. Kebanyakannya free je lah… air terjun, geyser, mudpoles, hiking spot semua tu free. Kalau nak tengok burung puffin, free juga cuma digalakkan donate. Masuk Blue Lagoon kena bayar. Fee dia ikut season, paling mahal dalam 6200 kr tak silap untuk dewasa.

Harap boleh memberi sedikit gambaran buat anda yang sedang merancang bajet untuk ke Iceland!

11 thoughts on “Kos Percutian ke Iceland

  1. Juliana

    Sis..kereta tu mcmna nak sewa?
    N dari aiport nk ke hotel tu mcmna? Taxi ad ke?

    Reply
    1. admin Post author

      biasanya kami booking terus dari Malaysia melalui website.pernah cuba try tak booking awal2, & ia agak leceh, lambat & mungkin kereta yang sesuai dgn kita tak available. kereta sewa pickup di airport & tak perlukan teksi lagi dah.

      Reply
  2. hendrawati

    wah..memang saya merancang untuk ke icelan bagi melihat sendiri fenomena aurora…

    tq mami lyna atas sharing pasal bajet ke sana

    Reply
  3. Noel

    Salam,
    Nak tanya, for money exchange, you tukar MYR ke EURO dulu kat Malaysia pastu tukar EURO ke ISK di Keflavik?

    Reply
    1. admin Post author

      saya amik international company yg available kat airport. Avis.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge