Penginapan Kami di Iceland

By | July 8, 2014

Bila dah namanya bersama dengan anak-anak, jangan haraplah nak merasa hostel ke, even shared toilet pun bukan option kami… sebab bawa anak OKU sorang ni kena consider keselesaan dia juga nak ke tandas dan sebagainya.

Kami book awal-awal cuma penginapan yang pertama dan terakhir, sebab tak tahu dalam perjalanan akan singgah bermalam di mana.

Penginapan pertama – Ambassadae Apartment, Reykjavik

AMBASSADAE APARTMENT REYKJAVIK

Kami sengaja pilih yang terdekat dengan town centre.. senang nak keluar, jalan kaki je. Maklumlah nak parking kat sini macam tak reti. Apartment ni ada 2 bilik, serta ruang keluarga yang selesa untuk kami. Cuma tangga dia agak horrible sikit untuk anak-anak kecil. Standardlah rasanya kat tempat macam ni, jimat space…

Penginapan Kedua : Hotel Skaftafell

HOTEL SKAFTAFELL

Rasanya… rasanya lah, ini saja hotel yang ada di Skaftafell. Yang lain-lain ada campsite.  Tapi campsite kat sini macam tak semesra di Australia dan New Zealand… Hotel ni best jugak sebab di belakangnya adalah tempat hiking ke glasier.

Penginapan ketiga : Alfeimar

Katanya inilah satu-satunya penginapan yang ada private bathroom di Borgarfjordur Eystri. Yang lain tu siap ada open air bathroom lagi. Kampung ni sangat kecil tapi menghidangkan pemandangan yang amat menakjubkan. Owner tempat ni pun peramah, siap ajak pegi ladang biri-biri bapak dia.. tapi disebabkan kami kejar masa, tengok dari luar pagar aje lah.

Penginapan keempat : Pearl of The North

Unit kami yang di sebelah bawah. Sangat best dan selesa. 2 biliknya luas. Dapur ada macam-macam peralatan makan minum. Siap ada mesin basuh dan mesin pengering. Settle masalah kain baju.

Penginapan kelima : Hotel Hellnar

Satu-satunya hotel di Hellnar, yang ada vacancy ketika tu. Maklumlah, hujung minggu… Ramai orang datang. Hotel ni terletak di tepi laut. Sambil makan sambil tengok jerung >_<

Penginapan keenam : Reykjavik4U Apartment Hotel

Kami nak book Ambassadae, tapi dah penuh pula hujung minggu… Dapat apartment ini. Pun sangat selesa dan luas. Cuma bilik ada satu saja. Anak-anak tidur di atas couch lebar di ruang tamu. Ini pun sangat dekat dengan town centre.

Penginapan sebelum pulang : B&B Keflavik Airport

Flight kami jam 2.30 pagi, jadi kami menginap di sini untuk berehat. Yang penting anak-anak, biar mereka cukup rehat. B&B ni nama je ‘Keflavik Airport’ tapi kalau nak jalan kaki tu mungkin sejam dua baru sampai.

Begitulah tempat-tempat kami menginap sepanjang di Iceland. Setiap tempat cuma satu malam saja… tak boleh nak stay sebab nak habiskan journey kembali ke Reykjavik. Itupun dah skip Westfjords, kalau nak ke Westfjords kena ada sehari lagi extra.

Kos untuk penginapan ini? Hmmm. Apa yang boleh saya simpulkan, B&B pun harga setara bilik hotel 5 bintang kalau di Malaysia nih. Tambah sikit boleh dapat suite. Apa nak buat, serba serbi mahal kat sini. Kalau duk hostel, boleh lah dapat rate RM100 duit kita macam tu. Macamana pun, memang puas hati dengan tempat tinggal kat sana. Sangat bersih dan selesa. Sekurang-kurangnya untuk kami yang singgah semalam je. Nak late check out pun diorang tak berkira (tapi tak sempat late pun, pagi-pagi kena jalan dah).

Next entry saya nak tulis tentang plan perjalanan dari Malaysia – Amsterdam – Iceland, OK tak?

Category: 2014 - Iceland Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

7 thoughts on “Penginapan Kami di Iceland

  1. Amyz

    Janji beri keselesaan pada anak-anak yang diutamakan. Kita ni kadang tak kisah sgt. Anak-anak yg penting.

    Tapi tengok jerung tu. Best jugak. Hehehe.
    Amyz´s menulis tentang ..Vitamin CINTA? Apa Tu?My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge