,

Pelan Perjalanan ke Iceland

admin Avatar

Dari Kuala Lumpur ke Reykjavik tiada direct flights. Dalam jadual di bawah ni antara perkhidmatan penerbangan dari KUL (KLIA, Kuala Lumpur) ke KEF (Keflavik International Airport, Reykjavik).

flight KL ke Iceland

Kami memilih penerbangan KLM (dengan Icelandair) dan melalui Amsterdam. Kami pilih yang satu kali transit dan ekonomi, supaya tak penat badan (saya lagi suka direct flights dari transit) dan tak rabak poket. Dan yang paling best, cuma KLM saja (setakat yang kami ikuti) yang menawarkan tiket penerbangan terus, maknanya beli sekali saja dari KUL ke KEF. Flight lain kena beli 2 kali tiket… dan kosnya.. boleh dikatakan double!

Dan satu lagi sebab kami naik KLM ni sebab nak singgah Amsterdam makan ikan herring!

Boleh check dan compare harga tiket ni guna aggregator, atau try ikut setiap satu website syarikat penerbangan tu. Alhamdulillah, kami dapat best deal untuk KUL-KEF.

Untuk perjalanan di Iceland pula, kami sewa kereta. Memang biasanya orang sewa kereta lah kalau di Iceland ni kalau nak jalan bebas sikit. Biasanya kami sewa dengan Avis. Book awal2 secara online untuk memudahkan urusan.

KERETA SEWA

Biasanya kami ke mana-mana bawa Mifi (mobile wifi) Vodafone. Sampai mana-mana airport, pegi ke kiosk Vodafone, beli simcard data dan walla! Tapi di Keflavik International Airport ni… TIADA KIOSK mana-mana syarikat telekomunikasi. Hahhh! Memang kami tak ada internet di sepanjang perjalanan. Ada lah kedai yang jual simcard, tapi nak data ke apa ke, memang minta maaflah.

Alhamdulillah, our journey was a smooth one. Walaupun nak kereta lain, dapat kereta lain tapi dont worry sebab kereta2 kat sini semuanya baru-baru. Setakat ni kami dapat kereta sewa semua yang baru kecuali di Jordan… siap pakej pintu tak boleh bukak dari dalam, air cond tak sejuk (bayangkan musim panas2 aircond tak jalan) dan tayar bocor!

Harap entry ni dapat membantu korang yang ada plan nak ke Iceland. Kalau ada nak tips tambahan boleh specify-kan, insya-Allah saya share.

admin Avatar

2 responses to “Pelan Perjalanan ke Iceland”

  1. nina Avatar
    nina

    salam.. nak tnya.. untuk whole trip… berapa cost kena ready ye? Risau gak jln jauh2 kang duit xde.. hehe

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    Seronok baca pengalaman alom. Keep it up girl!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge