Cara buat duit dan jana pendapatan sampingan memang dicari-cari oleh semua orang. Terutama kalau benda yang mudah2, betul kan? Kalau tak, mesti tak ada yang tertipu dengan email yang kata dapat 5 juta pound Sterling lah, SMS menang hadiah Bonanza lah, dan jadi mangsa MLM penipu, dan sebagainya. Bagi saya senang je, BUKAN SENANG NAK SENANG & BUKAN SUSAH NAK SUSAH.
Sunnatullah untuk berjaya ialah berusaha. Untuk berusaha dalam buat duit dan jana pendapatan sampingan kenalah berani untuk membuat langkah pertama. Kita tengok ada orang dapat bantu orang susah, dapat bina rumah selesa, kereta selesa, hantar anak ke sekolah bagus-bagus, punya perusahaan berjaya.. mungkin kita kata “Alah, kalau aku dapat peluang macam dia pun aku boleh jadi camtu”, atau “Dia takpelah, dia dah mula masa muda, aku ni dah tua mana sempat”, dan macam2 lagi alasan kita. Tapi hakikatnya kita dok main kat luar pagar je, tak pernah nak ambil langkah pertama untuk masuk ke laman usaha dan kejayaan. Pepatah Inggeris menyatakan “Every 1000 miles journey begins with a single step”.
Tapi banyak sungguh halangan untuk mula langkah pertama nak buat duit. Antaranya:
1. Takut
Takut tak jadi, takut kena tipu, takut rugi, takut makin susah, takut tak berjaya dan sebagainya. Kalau di arena pekerjaan mungkin kita takut kena bambu dengan bos, takut kena bertanggungjawab, takut kena maki dengan teman sekerja dan macam2 jenis takut lagi. Sudahnya kita tak ke mana melainkan hidup dalam ketakutan.
Cara mengatasinya : Tanam dalam fikiran yang semua orang ada perasaan takut. Tapi orang2 yang berjaya ialah mereka yang berupaya mengatasi perasaan takut itu.
2. Malu/Segan
Mungkin agak memalukan bila kita kena booo dengan langkah pertama. Disebabkan norma masyarakat yang suka mem-booo orang lain, memang harus kalau nak rasa malu. Malu itu memangnya sebahagian daripada iman, tapi bukan malu untuk berusaha dan mencuba.
Cara mengatasinya : Ingatlah satu masa dulu, kumpulan The Beetles pernah ditendang keluar semasa uji bakat. Sekarang The Beetles menjadi satu lagenda yang tetap dikenali sampai sekarang. Kalaulah mereka malu dan segan dari penolakan dulu….
3. Tiada Keyakinan
Tidak yakin bahawa langkah pertama itu boleh membawa kepada kejayaan sebenar. Nampak tak logik, benda kecik macam ni, boleh ke nanti menjadi sesuatu? Tapi ingat, sepohon pokok yang besar, benihnya bukan sebesar gajah.
Cara mengatasinya : Sentiasa muhasabah diri bahawa kita ada peranan di dunia ini. Datang sebagai musafir, dan musafir kita adalah bertujuan. Jadikan tujuan musafir itu sesuatu yang bernilai, bukan sekadar tinggal ‘taik’ untuk orang lain bersihkan.
4. Tiada Sokongan
Tak semua orang lahir dalam keluarga yang kuat berusaha. Pun begitu tak semua orang hidup di kalangan kawan-kawan yang kuat berusaha. Yang ramainya “Cukup je la apa yang ada, buat apa nak berlebih2..” Sedangkan bila harga minyak naik, barang naik, bangunan naik, gaji tak naik-naik… mereka juga orang yang pertama complaint/mengeluh/marah/resah.
Cara mengatasinya : Di samping halaqah (circle) kawan2 yang ada sekarang, cuba cari halaqah kawan baru yang positif, kuat berazam dan berusaha, saling menyokong, sentiasa ingat mengingati terhadap kebenaran dan kesabaran.
5. Tidak Sanggup Hadapi Cabaran
Bila nak mula langkah pertama, cabarannya memang kuat. Dari dalam diri, orang sekeliling dan alam sekeliling. Antaranya ialah orang-orang yang suka menabur fitnah dan mengumpat keji bukan-bukan. Apa lagi bile menghadapi persaingan, ada yang secara terang2 atau sembunyi2 cuba untuk menabur pasir dalam periuk nasi. Tak kurang juga yang sekadar mengata mengeji mengumpat.
Cara mengatasinya : Ingatlah bahawa rezeki, ajal maut adalah kerja Tuhan, bukan terletak di tangan sesiapa. Rezeki Allah sungguh luas, kata orang Putih “when one door’s close, another’s open”. Yang penting ialah mengeratkan hubungan dengan Sang Pemberi Rezeki, dan tak perlu risau tentang cabaran-cabaran yang memang dah lumrah bila kita mengambil langkah berbeza. Tiada sesiapa yang berhak ke atas periuk nasi kita, apa lagi cuba nak menabur pasir atau menutupnya, selagi kita yakin yang Allahu Rabbi itu sentiasa bersama kita.
Sementelah dengan pendapat bahawa berniaga (atau apa saja usaha) adalah sunnah, maka perbuatan lain hendaklah selari dengan sunnah. Janganlah hanya menggunakan term itu untuk men-justify perbuatan kita itu mulia, sedangkan dalam perniagaan kita menipu, dalam persaingan kita menganiaya orang, dalam pelaburan kita main redah je…
Di WoHoWo Mom Workshop Series, kami cuba memberi idea dan tunjuk cara kepada mereka yang begitu minat untuk jana pendapatan sampingan. Dalam workshop for beginner kami akan beri overview tentang apa cara jana pendapatan yang boleh dibuat, i.e. online dan trading. Mungkin ramai yang tertanya2 kenapa dah bertahun tulis blog tapi income tak ada pun. Mungkin ada yang minat nak berniaga tapi tak tahu caranya dan tak tahu dari mana nak dapatkan supply.
Di sini insya-Allah kita akan rungkai persoalan itu bersama-sama.
Untuk tahun 2010 kami akan ‘pulun’ untuk workshop for beginner je dulu, dengan fee serendah RM70. Untuk intermediate dan personal coaching/field trip insya-Allah kita akan mula tahun hadapan, 2011. Setiap WoHoWo adalah dalam satu team, insya-Allah. Semoga semua peserta WoHoWo Mom Workshop Series dapat memberikan komitmen terhadap pilihan masing-masing dan semuanya berjaya menjadi WoHoWo!
Leave a Reply