,

Buat Duit Online Dengan Hartanah Elektronik

admin Avatar

Buat duit online mungkin benda yang orang dah biasa dengar. Buat duit dengan hartanah pun benda yang biasa juga. Tapi bagaimana pula buat duit dengan hartanah elektronik?

Aha, menarik bukan.

Sekarang ini zaman siber, memang apa pun boleh jadi dan boleh dibuat. Merujuk kepada buku E-Business: An Islamic Perspective karya Hurriyah el-Islamy, perniagaan secara online atau siber adalah satu peluang yang harus diselongkari dan direbut oleh umat Islam kerana potensinya yang begitu besar.

Memiliki hartanah elektronik, secara literalnya, samalah dengan memiliki hartanah yang nyata. Jika hartanah di atas mukabumi ini dinilai dari segi lokasi, dan mungkin syarikat yang membangunkannya (misalnya rumah Sime Darby di ceruk mana pun pasti mahal), manakala hartanah elektronik menggunakan kaedah perniagaan internet yang biasa iaitu trafik.

Trafik ni kepada hartanah elektronik, sama lah fungsinya seperti lokasi yang strategik, kerana itu adalah pendorong kepada pengeluaran dan permintaan (supply and demand) terhadap subjek tersebut.

Seperti hartanah yang biasa, hartanah elektronik ini juga dicari orang, secara amnya atas 2 sebab, pertama, untuk perniagaan, mungkin kawasan itu adalah kawasan komersial ataupun untuk dijual semula, yang kedua adalah untuk tempat tinggal. Pastinya kedua-duanya punya ciri-ciri tersendiri. Hartanah elektronik juga demikian. Ada yang mencari hartanah elektronik untuk tujuan perniagaan, dan ada juga untuk tujuan peribadi.

Apakah bendanya hartanah elektronik itu?

Ya, itulah website, blog, portal, atau apa saja laman sesawang. Jika anda memiliki blog, anda adalah pemilik hartanah elektronik. Namun seperti juga hartanah biasa, jika anda ada 10 keping tanah pun, tapi semuanya terletak di atas bukit yang jauh misalnya, mungkin ia agak sukar untuk mencari prospek sesuai sekiranya nak jual balik. Jadi, jika anda ada 10 blog tapi semuanya trafik tak memberangsangkan, sama lah seperti kes di atas.

Jadi kalau rasa nak buat duit dengan hartanah (property) tapi tak yakin dengan pasaran hartanah di luar, bolehlah cuba dengan hartanah elektronik. Kos tak tinggi, risiko tak banyak, prospek lebih luas 🙂

Kalau nak tahu lanjut tentang hartanah elektronik, silalah mendaftar ke WoHoWo Mom 20 November ini 🙂

admin Avatar

11 responses to “Buat Duit Online Dengan Hartanah Elektronik”

  1. Ummi Hanie Avatar

    oh,saya dan kite semua sudah menjadi pemilik hartanah ! ;p

    1. Mommy Lyna Avatar

      kaya.. kaya.. 🙂

  2. kinna Avatar

    sy masih menyewa dengan ‘blogspot’..entah bila nak beli hartanah dot com 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar

      insya-Allah dah ada tanda2 tu 🙂

  3. Nazri Avatar
    Nazri

    Saya tak ada hartanah langsung samada di laman siber apatha lagi di alam nyata. Kesian tak ?? huhu.

    * Bila la nak buat worksyop kat utara nih.. Harap2 tahun depan leh lobby buat kat sini kot, bolehla mengorak langkah hartanah pertama di alam siber

    1. Mommy Lyna Avatar

      insya-Allah kita bincang & plan projek 2011 😉

  4. masalifah Avatar

    hartanah siber ni boleh dilelong tak? ada tak datuk-datuk botak berkepala licin berpoket tebal nak beli?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak payah lelong, just up for sale je cukup. kalo ade quality content + good traffic, definitely ade orang beli.

  5. zik Avatar

    wah memang betul tuh… informasi mengenai hartanah di blog sis nie memang banyak… sebab itu dikatakan lubuk duit…

    1. Mommy Lyna Avatar

      apa yang lubuk duit zik? hartanah ke blog akak? muahahaha.

  6. Asiah Abd Jalil Avatar

    Hartanah elektronik saya untuk saya duduk dan untuk tetamu datang ziarah. Tak plan nak buat duit pun dari hartanah elektronik saya tu. Buat menyemak aje kasi orang sewa. Hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge