Buat duit online mungkin benda yang orang dah biasa dengar. Buat duit dengan hartanah pun benda yang biasa juga. Tapi bagaimana pula buat duit dengan hartanah elektronik?
Aha, menarik bukan.
Sekarang ini zaman siber, memang apa pun boleh jadi dan boleh dibuat. Merujuk kepada buku E-Business: An Islamic Perspective karya Hurriyah el-Islamy, perniagaan secara online atau siber adalah satu peluang yang harus diselongkari dan direbut oleh umat Islam kerana potensinya yang begitu besar.
Memiliki hartanah elektronik, secara literalnya, samalah dengan memiliki hartanah yang nyata. Jika hartanah di atas mukabumi ini dinilai dari segi lokasi, dan mungkin syarikat yang membangunkannya (misalnya rumah Sime Darby di ceruk mana pun pasti mahal), manakala hartanah elektronik menggunakan kaedah perniagaan internet yang biasa iaitu trafik.
Trafik ni kepada hartanah elektronik, sama lah fungsinya seperti lokasi yang strategik, kerana itu adalah pendorong kepada pengeluaran dan permintaan (supply and demand) terhadap subjek tersebut.
Seperti hartanah yang biasa, hartanah elektronik ini juga dicari orang, secara amnya atas 2 sebab, pertama, untuk perniagaan, mungkin kawasan itu adalah kawasan komersial ataupun untuk dijual semula, yang kedua adalah untuk tempat tinggal. Pastinya kedua-duanya punya ciri-ciri tersendiri. Hartanah elektronik juga demikian. Ada yang mencari hartanah elektronik untuk tujuan perniagaan, dan ada juga untuk tujuan peribadi.
Apakah bendanya hartanah elektronik itu?
Ya, itulah website, blog, portal, atau apa saja laman sesawang. Jika anda memiliki blog, anda adalah pemilik hartanah elektronik. Namun seperti juga hartanah biasa, jika anda ada 10 keping tanah pun, tapi semuanya terletak di atas bukit yang jauh misalnya, mungkin ia agak sukar untuk mencari prospek sesuai sekiranya nak jual balik. Jadi, jika anda ada 10 blog tapi semuanya trafik tak memberangsangkan, sama lah seperti kes di atas.
Jadi kalau rasa nak buat duit dengan hartanah (property) tapi tak yakin dengan pasaran hartanah di luar, bolehlah cuba dengan hartanah elektronik. Kos tak tinggi, risiko tak banyak, prospek lebih luas 🙂
Kalau nak tahu lanjut tentang hartanah elektronik, silalah mendaftar ke WoHoWo Mom 20 November ini 🙂
Leave a Reply