, ,

Bilik Anak, Dekorasi Bersama Mommy Lyna

admin Avatar

Ini adalah akibat kesibukan (konon!) akhirnya bilik anak-anak terbiar dan dalam keadaan seperti reban layaknya. Setelah berminggu barulah saya berpeluang menjenguk bilik anak-anak (gaya macam Presiden Amerika punya busy!). Kusss semangat! Ni kalau mak saya tengok mesti kena tarbiah seround 😀

awal jun 029  

Rumah orang ke reban?

Deco? Takde pun. Hehe. Cuma kemas je. Susun semua ke tempat yang sepatutnya. Patut saja anak-anak dah lama tak buat apa-apa kat rumah. Suasana yang tidak kondusif!

awal jun 030

Si kecik nampak gaya menolong tapi sebenarnya tengah cuba nak tanggalkan tape yang saya guna untuk tampal poster.

Bila tengok poster2 ni.. Itula poster2 pertama yang saya belikan kepada Hafiy. Yang tulisan Arab tu hadiah dari kawan saya, Elaney 🙂 TQ Laney! Dari poster2 ni lah Hafiy dulu kenal planets, kenal sun, kenal Japan, Malaysia, Australia, kenal A B C, 1 2 3, alif ba ta… Wah sungguh nostalgik. Walaupun dah berconteng-conteng dengan marker pen tapi masih boleh dibaca.

Saya tak banyak beli poster, dulu buat sendiri je semua. Beli kertas mahjong, lukis/tulis apa2 yang patut dan tampal kat dinding. Di rumah sewa kami dulu, penuh dinding dengan poster buatan sendiri 😀

Sekarang saya rasa dah tiba masa untuk kembali kepada aktiviti dulu-dulu. Kesian pula kat Fahry, dah setahun setengah tapi tak reti ape lagi. Yang paling sadis dia pandai jerit2 minta mainan bila masuk kedai, which is sangat berbeza dengan Hafiy. Yess, Fahry perlukan latih tubi intensif!  Maafkan Mommy mensia-siakan kapasiti otakmu selama setahun setengah, nak~ T_T

Masa Hafiy dulu saya buat eksperimen (biasala, anak sulung jadi bahan eksperimen). Kalau budak2 kecik boleh kenal watak2 kartun, dia mesti boleh kenal huruf, nombor dan yang seumpamanya.Tertanya sangkaan saya memang tepat! Semasa usia Fahry dulu Hafiy dah kenal A B C, 1 2 3, alif ba ta sikit2. Saya tau dia kenal, bukan hafal, sebab kalau suruh dia baca/nyanyi ABC-Z, dia tak tahu.Tapi bila saya tunjukkan huruf/nombor, dia boleh sebut. Bila saya sebut huruf2/nombor2, dia boleh tunjuk. Tapi sayang sungguh sebab terdapat banyak halangan (alasan!) menyebabkan eksperimen tu berhenti setakat tu aje 😛 (Mak pemalas!). Wah kalau tak Hafiy dah boleh tolong saya kira reaction kat pelantar minyak dah ni! (Over!)

Sekarang ni kalau kita bloghop/youtube hop, banyak budak2 kecil sebaya Hafiy dah pandai membaca, mengaji, hafal Quran, main alat muzik,etc. Jujurnya, saya suka! Saya tak rasa benda2 tu ‘menyeksa’ atau ‘memaksa’ budak2. Sebab, kalau kita lihat ilmuan zaman dulu2, contohnya Imam Syafie hafal Quran semasa umur 7 tahun. Syeikh Abu al-A’la menjadi editor akhbar semasa umur 15 tahun. Ilmuan2 dulu tak macam kita sekarang, dialah doktor, dialah pakar Maths, dia lah astronomer, dia lah ustaz… Malah Iskandar Zulkarnain yang hebat tu pun meninggal di usia awal 30-an. Bagaimana beliau boleh jadi sebegitu hebat, kalau dia dibesarkan dalam keadaan biasa2 je?

Ehe, benda ni bergantung kepada persepsi masing2. Tapi saya amat bangga bila ada anak-anak bangsa saya yang luar biasa! Semoga kepandaian mereka lestari dalam perjuangan menegakkan agama, bukan mintak undi SMS 😛

admin Avatar

24 responses to “Bilik Anak, Dekorasi Bersama Mommy Lyna”

  1. LeeN Avatar

    betulll. anak pakcik leen, dia hantar anak dia pergi kelas hafal quran on every weekend. takde membebankan pun. aritu periksa PMR, dapat straight A’s. ayat quran kan penerang hati dan jiwa.
    .-= LeeN´s last blog ..tukar kata ganti nama. sebab? tak tahu juga. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bestnya. i wish i could send them to IQKL bila besar nanti. dekat je ngan umah wakakaka.

  2. aiDiena Avatar

    Hmmm.. betul tu.. tapi kemalasan mak pak tu lar penghalang sebenar mendidik anak².. camner nak ilangkan raser malas dan letih tu eak??
    .-= aiDiena´s last blog ..Aritu di i-CiTy.. 😉 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      allahumma inni a’uzubika minal hammi wal hazan, wa a’uzubika minal a’jzi wal kasal, wa’auzubika minal junbi wal bukhl

  3. zuhaini Avatar

    alahai comelnya bilik study hafiy & fahry 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Susahnya nak dapatkan BUKU MERAH! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      comel????

      terima kasih zu.. sejuk hatiku hahahaa

  4. dbalkis Avatar

    kadang2 saya rasa “what a useless/lazy mom i am” coz i tak ajar anak apa-apa pun sangat. My son is about Fahry’s age..jangankan ABC, nose and ears pun tak kenal..yang dia tau bile saya cakap “show me your….” belum abis cakap dah tunjuk idung die..bile cakap ears pun tunjuk idung coz nose yang first i ajar..pastu dah malas nak continue..kesian bb..biarle nanti belaja sikit2 eh..mamanye pemalas, poster segala pun tak de kat umh..baca buku sket campak..mama pun jenis tak sabar nak mendidik anak, bila dah campak sudah le..kita main mainan je, x yah baca buku…it’s me!!!
    .-= dbalkis´s last blog ..IELTS anyone??? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mengajar anak tak semestinya dengan buku saja. terpulang pada cara masing2. malah Lukmanul Hakim mengajar anaknya dgn membawa anak berjalan2 dan bercakap2 dengan anak.

      kita tak boleh ada perasaan a lousy mother bila tgk orang lain buat macam tu buat macam ni. everybody fits to certain standard. kita harus put our own standard & berusaha capai standard itu rather than comparing with others, which usually leads to jealousy, rasa rendah diri tak bertempat, tak puas hati etc.

      even kompeni besar2 pun have their own standards & they are proud with themselves. 😀

      1. dbalkis Avatar

        betul3…blaja cara kita sendirik ek..hehe..let bbies enjoy their chilhood with their own ways..
        .-= dbalkis´s last blog ..IELTS anyone??? =-.

  5. Asiah Abd Jalil Avatar

    Anak sulung memang jadi bahan eksperimen. Masa tu kita excited gila ada anak, macam-macam benda kita ajar dia. Lagipun waktu tu life taklah busy mana, baru ada sorang anak. Kita siap letak target lagi dan sungguh-sungguh mencapainya, kalau boleh by the time dia umur 2 tahun, kena tahu macam-macam dah!

    Masuk anak kedua, ketiga, keempat, kita cool down sikit (or malas?!). Umur 2 tahun tak kenal ABC pun kita relax aje lagi. Sedar-sedar anak jiran sebelah yang lebih kecil lebih pandai dari anak kita. Hah, mulalah menggelabah!

    Sekarang ni anak sulung saya yang dok mengajar adik-adik dia. Anak kedua dan ketiga saya belajar mengeja dari kakak diorang. Bagus, bagus…!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo saya, pandang Fahry macam baby je. sedar2 eh dah setahun setengah anakku! rasa cam baru umur 4 bulan, bole takkkkk.

      tapi betul Sah, bila kita polish anak sulung betul2, dia bole take over ajar adik2 😀

  6. eyriqazz Avatar

    tak sabar menanti alisya boleh bercakap dan bersekolah..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Air Tangan Isteri =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      nanti akan rasa “waaa cepatnya budak ni besar tak puas jaga dia masa baby2” 😛

  7. isabelle Avatar

    ayat yg last tu mmg berisi…hehehe
    .-= isabelle´s last blog .. =-.

  8. zaila / Mari Kelih Store Avatar

    Ameera banyak dipengaruhi Haziq & kawan-kawan di nursery..Kalo tanya A untuk apa dik, dia jawab “Ayan” (ayam), B = Bola, C = Cicak, D = Dawun (daun)..heheheee..tak kisahlah, janji dia ingat setiap alphabet itu..
    .-= zaila / Mari Kelih Store´s last blog ..Baguslah Kalau Dah Tak Boleh Merokok Di Sektor Swasta =-.

  9. knv Avatar
    knv

    oh memang perlukan kesabaran yang jitu dalam nak istiqamah ni. kengkadang it takes only a few minutes daily. tapi kena hari2. masalahnya banyak sgt lubang in between. padahal kalau constant 5 minit everyday pun sudah cukup.

    akak pun tengah nak didik diri sendiri supaya istiqamah. memang berat. 🙁
    .-= knv´s last blog ..anak-anak =-.

  10. nadnye Avatar

    tu bila anak 2,
    tapi betul la rasa mcm kurang perhatian yg no 2 nie, sibuk entertain adik, abg dah pandai bwk diri
    .-= nadnye´s last blog ..Sanggul Arab – Is it haram? =-.

  11. Diego Avatar
    Diego

    mmm.. ni yang takut nak ada anak ni ;p

  12. Jue Avatar

    yea~ seronok tgk budak2 yg cepat mengenal A B C, alif ba ta.. semua tu bley klau kita parents pay more attention to them.. tp tuh la kan.. kita pon sibuk and penat (or maybe malas and mencari alasan jek.. like ME!!) kdg2 teringat baru terhegeh2 nak ajar or i can say more to “playing”.. mmg tak konsistent lgsg.. huhu~ ape2 pon semua parents nk yg terbaik tuk anak2.. yg penting doa and tunjukkan sikap yg terbaik depan anak2.. 🙂
    .-= Jue´s last blog ..It was Indeed A Great Lunch Ever!!! =-.

  13. Wan Anie Avatar

    setuju sangat bila mummy lyna cakap standard tu…

    standard berbeza setiap parent, jika kita letak standard tinggi maka kena usaha lebih /cari jalan utk ke arah tu, begitu juga sebaliknya.

    saya sendiri berasa amat bersalah dan cetek pengetahuan bila anak semakin membesar, banyak menda yg perlu di asuh sedari kecil (malah dari kandungan) dan ia bukan suatu yg membebankan cuma tiada perancangan dari awal dan tidak sungguh2, belajar dari kesilapan
    .-= Wan Anie´s last blog ..Bila Aiesyah Mula ke Playschool =-.

  14. Tithi Saha Avatar
    Tithi Saha

    Your Article is really too good. I am Impressed. Thanks for your article. It is very helpful for us. I will recommend to my friend to follow your article. thanks
    Seo media agencies

  15. Indigoplc Avatar

    Excellent articles,wanna read again your post,thanks for this.

  16. Toha Avatar

    Your Article is truly too great. I am Impressed. A debt of gratitude is in order for your article. It is extremely useful for us. I will prescribe to my companion to take after your article. much obliged..http://hillhandicrafts.com/

  17. fleurdsign Avatar

    Easily, the guide is actually the greatest with this valuable subject. I concur with your decisions and will look forward to your future upgrades. Saying thanks won’t only be adequate, for the superb lucidity on your own writing. I’ll immediately grab your RSS feed to keep abreast of any upgrades. Strong work and success in your business endeavors!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge