Bagaimana saya buat duit dengan blog?
Ramai yang hairan sebenarnya sebab melihatkan blog yang tak macam blog ni, boleh generate duit ke? Lagi pula tulisan bercampur-campur. Sekejap English, sekejap Bahasa.. pulak tu bahasa tunggang terbalik.
Sebenarnya ada banyak cara dan strategi saya untuk buat duit dengan blog. Saya tidak pernah memberitahu sesiapa kecuali mentee dalam program Mommy Cash dan peserta WoHoWo Mom Workshop Series. Jadi kalau nak tahu rahsia saya, bolehlah jadi salah seorang dari mereka 🙂
Blog yang satu ini, tidak dinafikan banyak juga membantu saya bergumbira dan berkongsi kegumbiraan dengan orang lain. Kebanyakan income blog ini adalah bersumberkan dari Nuffnang (CPC, BE campaign dan advertorial) dan Innity. Tidak lupa juga kepada mereka yang menyewa ruang iklan dalam blog ini.
Kawan saya ada pernah bertanya tentang prestasi mereka yang mengiklan di sidebar blog ini. Kebetulan saya menerima satu email dari pemilik Eva Shoppe, yang berbunyi:
salam mommy lyna
alhamdulillah good business since advertise kat ur blog
i ingat nak sambung untuk 2 bulan lagi- till decemberdah transfer ke maybank akaun
ref no 1438278271thank u 🙂
-evashoppe owner-
Oh, mak suka noks. Tidak sia2 mereka membayar sejumlah itu untuk good business 🙂 Syukur alhamdulillah.
Dengan blog ini juga saya berkongsi tentang supplement Shaklee dan menjana jualan.
Saya bukan orang glamour dan tidak ada benda yang menarik dalam kehidupan saya untuk dipaparkan, jadi saya lebih suka berkongsi tentang perkara-perkara yang saya rasa boleh membantu orang (hopefully lah, if not all, at least the basic). Contohnya berkongsi tips-tips tentang hartanah, emas, saham, kesihatan.
Pabila menulis tentang ini, saya rasa ramai yang baca termasuklah otai2 dalam perkara yang saya tulis. Rasa sungguh honoured dengan kehadiran komen dari mereka2 yang saya kira GURU dalam bidang masing-masing, apalagi bila ‘tak kena kutuk dengan mereka’ LOL.
Antaranya ialah:
Bangga hokeh bila orang2 famous (kalau korang tak kenal diorang tak apa, in their circle diorang memang famous & otai) singgah blog kita & baca tulisan kita walaupun sekali 🙂 Lagi2 tinggal komen, terasa takdela kosong sangat penulisan aku LOL.
Saya rasa saya dah berganjak sedikit dari penulisan berbentuk keibuan, iaitu cerita tentang anak-anak dan menulis untuk ibu-ibu di belog ini. Maklumlah, pada asalnya saya mewujudkan blog ini sebagai jurnal keibuan, tapi akhirnya menjadi seperti rojak. Tapi takpe, rojak pun sedap dimakan jugak 🙂
Untuk blog ini saya sebenarnya sedang upgrade otak dan pemikiran agar dapat menghasilkan penulisan yang matang dan berfakta, seperti blogger2 hebat idola saya, antaranya JebatMustDie dan KickDeFella. Ohhh terlalu jauh untuk meletakkan diri ini sebaris mahupun bawah sikit dari mereka, tapi usaha untuk upgrade mindset itu yang penting, di mana kita berada tak penting 🙂 Yelah, mereka berpengalaman luas dan mungkin mengalami sendiri apa yang mereka tuliskan, tapi itu tak menjadi hal. Seorang penulis sejarah tidak pernah kembali ke zaman purba tapi dapat buat teori sejarah dengan baik.
Berbalik kepada bagaimana saya buat duit dengan blog, kalau kata Google Adsense, memang ya. Untuk blog ini saya buatkan satu akaun Google Adsense untuk monitor dan compare. Nampaknya blog ini cuma boleh mengutip USD$70 sahaja selepas setahun. Mungkin sebab:
1. Banyak gunakan Bahasa Malaysia menjadikan target pembaca hanya di kalangan penduduk Malaysia dan Brunei sahaja.
2. Isi kandungan tidak berapa informatif.
Tidak mustahil blog berbahasa Malaysia boleh meraih income dengan Google Adsense,dengan syarat dapat menarik pelawat/pembaca yang bermutu. Pembaca yang bermutu ialah yang baca bukan sekadar baca dan berhiburan semata2, sebaliknya mencari sesuatu maklumat.
Blog yang santai dan tiada informasi, mungkin pembacanya pun adalah yang mahukan santai dan tidak berminat untuk mencari apa-apa yang patut dari dalam blog tersebut. So mereka mungkin tak berminat dengan ads link yang ada, dan sebagainya.
Eventually saya pun tak tahu apa tujuan entry ni ditulis. Mungkin nak clarify tentang teknik buat duit dengan blog yang saya usahakan, sebab ramai juga yang ‘memperlekehkan’, maklumlah blog ni macam sampah saja rupanya, agaknya dapat 50 sen je tapi duk bising2 dah buat duit 🙂
Itulah rahsia saya.
LOL. Poyo sungguh.
Kepada blogger2 yang baru berkecimpung dan memang nak buat duit dengan blog, contohnya ex-gefren saya MrsNik@Meah (oh tidak, aku bukan lesbo), buat duit dengan blog ni bukan overnight. Kena usaha gigih. Blogger2 baru yang cepat naik, mereka bukan bernasib baik tiba2 jadi glamour. Mungkin laa ada yang nasib baik, mungkin sebab dia cantik ke or memang dah glamour. Tapi usaha gigih mereka membuahkan hasil to be one of the otais dalam kumpulan otai2 blogger Malaysia untuk circle tertentu.
Kalau tengok blogger2 yang famous ni diorang tak duduk diam. Kalau tak bersosial secara menghadiri majlis2 pun, mereka bersosial secara maya. Kalau nak cepat famous haruslah kena rangka strategi macamana nak cepat dikenali.
Ada blogger yang tak famous tapi dikenali dari tulisannya. Jadi terserah kepada kita nak jadi yang mana satu.
Saya? Saya tak kisah mana-mana, janji masyuk. Hehe. Tapi saya senang dengan kehidupan sekarang, pegi mana2 tak ada orang tanya “You blogger kan?” Wah segannya kalau orang kenal saya di luar. Biar saja kawan2 yang kenal saya macamana 😉
Konklusinya, kalau nak tau rahsia saya buat duit dengan blog, daftarlah dengan WohoWo Mom Workshop For Beginner 20 November ni 😉
Leave a Reply