admin Avatar

Mungkin saya dah terlalu (erk, keterlaluan!) untuk backpacking. Tapi takpe, usia bukan penghalang hehe.

Backpacking dengan kata mudahnya adalah traveling yang melibatkan bajet rendah, hotel murah, makanan murah, tak habiskan duit sangat. Pendekata segalanya bajet. Dan satu lagi, sendiri-sendiri tanpa menggunakan ejen pelancongan. Sejak mencubanya pertama kali di tahun 2012 (bersama suami dan baby), rasa ketagih dengan ‘adventure’ yang ada.

Walaupun sebenarnya lebih mudah menggunakan ejen.. tak payah nak fikir-fikir, ikut je apa yang dah disediakan. Tapi kami lebih enjoy angkat-beg-jalan-sendiri.

BACKPACKING KE EROPAH

Sebelum berangkat ke mana-mana, of course perlu perancangan yang rapi terutama bila bawa anak-anak kecil bersama. Sekurang-kurangnya pengangkutan dan penginapan sudah siap di-booking. Kalau dah besar, tak ada masalah sangat untuk redah dan walk-in. Kalau tak ada tempat sangat mungkin boleh buka sleeping bag di mana-mana stesen bas. Tapi budak-budak kecil (anak saya lah) perlukan ‘ruang’ dan rehat yang cukup. Kalau tak, nak layan cranky mereka tu, hadoi.

Setakat ke beberapa tempat secara backpacking dengan anak-anak ni… penat memang penat. Lagi-lagi kalau tak berapa prepare (kerana ada macam-macam hal termasuk kecemasan) seperti pengalaman motorhome kami di Perth baru-baru ini, memang lebih banyak meredah dari merancang awal. Tapi, itulah sebenarnya adventure-nya kan. Nasib baik naik rumah bergerak, jadi tak ada lah susah sangat nak cari hotel yang OK-OK untuk kami (tak berani lagi nak cuba hostel dengan budak-budak ni, lagipun nanti bapaknya yang kena jaga semua, hahaha).

Penginapan kalau boleh cari yang dekat dengan pengangkutan awam – be it train station, bus station, taxi station.. Senang nak ke sana ke mari.

Pengangkutan ni, ada tempat-tempat yang gunakan sistem kad atau pass – kena rajin korek, kadang2 boleh dapat diskaun. Macam kami dapat buy 1 free 1 Swiss Pass sewaktu ke Switzerland dulu.

==> Lain-lain tips untuk budget travel kat entry ni.

Kenalpasti kedai 24 jam yang berdekatan dengan tempat penginapan, sebab budak-budak ni kadang-kadang tak kene time nak macam-macam. Oh ye, kami ni jenis makan cheap-cheap food, biasanya buah, salad dan roti… jadi memang lah dasar perut Melayu, tengah-tengah malam kadang-kadang merengek nak makan.

Baju-baju pun tak bawak banyak-banyak… Nanti beli je sebagai cenderamata. Kami gunakan disposable diapers, disposable undergarments supaya nanti ada space untuk isi benda lain. Kalau ada baju yang disposable pun bagus (adaaa sapa kata takde).

Satu benda yang penting untuk sesiapa pun di zaman ini – internet! Sesetengah tempat tak ada kemudahan internet di hotel, dan sesetengah tempat tak ada perkhidmatan unlimited roaming. Nak roaming? Kirim salam, dah tak jadi budget travel lah. Kami biasanya bawa mobile wifi, lepas tu beli simcard data. Tapi kalau ada kafe atau tempat yang ada free wifi, guna jelah yang free tu, jimat!

Budak-budak… mereka ni sebenarnya tak berapa suka sangat pun style travel macam ni. Penat! Jalan kaki, kejar tren… makan pulak tepi-tepi jalan. Hehe. Hafiy banyak kali complaint, penat lah penat lah. Lapar sebab tak jumpa makanan yang dia biasa makan di rumah… tapi ni lah orang kata, melentur rebung. Bila macam ni kita belajar macam-macam, belajar kawal emosi (terutama bila silap baca peta, dan sesat!), belajar bersabar, belajar berbincang, belajar merancang. Bila kita sampai ke satu tempat asing tanpa ada orang yang guide, semua explore sendiri. Kebanyakan tempat-tempat attraction kami jumpa secara ‘accident’. Jalan-jalan-jalan, ehhh terjumpa Piazza Augusto Imperatus. Lagi menarik kalau kita dah ikut map, dah cari signboard, dah jumpa tempat tu, tapi rupa-rupanya sebenarnya ia bukan tempat yang kami nak tuju, tapi tempat lain yang sampai sekarang tak tahu apa namanya.

Bagi kami, adventure-nya lah. Ramai juga yang meragui, biar betul kami backpacking.. selogiknya dengan anak-anak ni paling koman duduklah di bilik suite. Tapi bila kita buat atas dasar PILIHAN, bukan KEMAMPUAN, ia lebih memberi KEPUASAN.

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge