Itinerary Switzerland

By | May 11, 2013

Switzerland, negara kecil yang mendapat jolokan ‘the paradise on Earth’. Negara yang sangat cantik dan penuh dengan ‘MUST SEE’!

Dalam trip yang singkat itu kami hanya sempat ke beberapa bandar di Switzerland.

Geneva- Lausanne- Montreux- Lucern- Zermatt- Chur- Bern- Zurich

Hari Pertama

Menaiki kapal terbang Easy Jet dari Rome, tiba di Geneva. Check in Central Hotel, Geneva.

Hari Kedua

Menaiki keretapi ke Lausanne. Check in di Hotel City, Lausanne.

Berteman angin sepoi bahasa dalam feri ke Montreux dan balik semula ke Lausanne dengan keretapi.

Hari Ketiga

Dari Lausanne menaiki keretapi ke Lucern, dalam perjalanan ke Zermatt. Untuk menjimatkan masa kami tour Lucern Lake. Kemudian terus naik tren ke Zermatt. Enjoy Zermatt di waktu senja.

Hari Keempat

Sebelum menaiki Glacier Express ke Chur, sempat naik ke Gornegrat untuk melihat hamparan salju yang memutih. Kemudian menikmati pemandangan yang sangat indah dari Glacier Express. Tiba di Chur (sebutannya, ‘Kher’) pada sebelah petang, jalan tengok town dan teruskan perjalanan ke Zurich.

Hari Kelima

Menikmati kota Zurich, dan juga melawat bandar Bern yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage.

Maka berakhirlah kembara 5 hari di Switzerland. Lepas tu sambung ke Amsterdam pula.

Antara tips yang boleh saya kongsi untuk trip ke Switzerland:

Pengangkutan – Dapatkan Swiss Pass untuk kemudahan bergerak di sana. Kalau travel ramai2, ia ada Saver Program, so boleh dapat diskaun. Masa kami ke sana, ada promosi ‘beli satu percuma satu’. Memang rezeki betullah, alhamdulillah. Swiss Pass ni boleh digunakan untuk tren, bas dan boat. Harga dia tak adalah murah (tanpa diskaun) tapi memudahkan, daripada nak beli tiket setiap kali nak naik train.

Penginapan – Hotel di Swiss sangat mahal. Kami banyak duduk di hostel, tapi tak menyesal untuk backpacker bajet macam kami. Walaupun tandas kongsi dengan penghuni lain, tapi sangat bersih, kering dan wangi, seolah-olah tiada orang yang pernah guna tandas tu.

Makan – Makanan halal boleh didapati di kedai-kedai milik orang Arab biasanya. Pastikan tanya dulu “Do you serve halal food?”. Walau bagaimanapun, mereka biasanya akan display sijil halal di kaunter. Di depan Hotel City ada restoran menjual makanan halal.

Komunikasi – Switzerland adalah negara unik yang menggunakan 3 bahasa kebangsaan – Bahasa Perancis, Bahasa Jerman & Bahasa Itali. Namun kebanyakan mereka mahir berbahasa Inggeris.

Matawang – Swiss Franc. Masa kami di sana, kadar tukaran lebih kurang MYR 3.50 = CHF 1.

Pendekata, Switzerland memang terbaek! d(-_^)  memang kena sangat dengan jolokannya ‘paradise on the Earth’. Kebesaran Allah SWT sangat terserlah di sini dan ia amat mengkagumkan. Tambahan pula dengan bandarnya yang sangat bersih, air sungai jernih hingga ke dasar di Kota Zurich.

Namun yang pasti, gunung-gunung Switzerland berjaya membuatkan saya sedar betapa cantik dan indahnya bukit-bukau di negara saya.

Semoga dapat lagi menyambung kembara ke Switzerland, masih banyak tempat yang belum diterokai.

One thought on “Itinerary Switzerland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge