Itinerary Motorhome South West Australia

By | April 3, 2014

Australia adalah sebuah negara yang sangat besar, dan jarak dari satu bandar ke satu bandar memang jauh. Di Western Australia, bandar utama adalah Perth, dan kami pilih untuk bermotorhome di sini bersama-sama dengan anak-anak. Kalau nak travel dari satu bandar ke satu bandar, itinerary kena plan betul-betul. Kalau tak, end up sempat menyinggah je tak sempat explore apa-apa.

Kembara kami ni agak singkat, ye memang singkat sangat. Sepatutnya kami bertolak hari Jumaat, tapi kerana ada hal yang tak dapat dielakkan, maka hari Selasa baru kami bergerak ke sana. Rabu baru kami dapat rumah bergerak kami.

Hari pertama kami sewa kereta.  Avis, ambil di airport.

Kami menginap di cabin di Vineyard Holiday Park di Swan Valley. Kami pilih holiday park berbanding hotel, senang nak makan sebab boleh masak sendiri. Sampai pun dah petang, tak sempt buat apa pun. Bandar Perth pun tak adalah besar mana sangat. Macam Kota Bharu je. Kihkihkih.

Esoknya, kami dapat rumah kami! Motorhome Britz ni terletak berhampiran highway ke Perth Airport. Ikut GPS tapi sesat, mujur ada Waze. Excited betul first time naik benda ni. Itu hari tengok orang je yang bawa, sekarang boleh rasa sendiri, yahooo!

MOTORHOME

Motorhome 6 berth (untuk 6 dewasa) ni range sewa sehari dalam AUD 250 hingga AUD 500.. Lengkap semua ada. Katil, dapur, tandas. Anak 3 ni memang sesuai ambil yang ni. Besar macam lori air batu tapi yang penting anak-anak selesa.

Dapat je motorhome, kami terus ke Bunbury yang terletak di selatan Perth. Sebenarnya kami agak sibuk sikit kebelakangan ni dan tak sempat study sangat itinerary. Kira macam last minute punya arrangement pun iya juga. Sepanjang jalan ke Bunbury tu sangat banyak trail untuk hiking, tapi tak sempat nak singgah-singgah. Maklumlah, bergerak dari Perth pun dah dekat jam 2 petang, perjalanan ke Bunbury pula makan masa 2 jam.

Naik motorhome ni agak jimat sebenarnya untuk keluarga besar, sebab sewa powered site lebih murah dari hotel.

Di Bunbury kami menginap di Bunbury Glades Caravan Park. Beli-belah barang masak di Supermarket Iga yang berdekatan. Ini jelah satu-satunya supermarket yang masih dibuka selepas jam 6 petang.

Banyak aktiviti yang plan nak buat di Bunbury, seperti Dolphin Discovery Cenrtre dan Wildlife Park, tapi masa sangatlah mencemburui. Di Australia ni tak boleh nak plan sehari satu tempat, sebab sehari tu hanya habis masa atas jalan je. Lagi-lagi kami ni bukan jenis sampai-dan-ambil-gambar-sudah. Jadi tak lama pun di sini.. esok paginya terus bergerak ke Albany.

Nak ke Albany dari Bunbury ada banyak jalan. Salah satunya ikut Munjimup, atau lalu jalan tengah ikut Collie. Kami pilih Collie.


Perjalanan ke Albany dari Bunbury ambil masa dalam 5 jam. Maklumlah, bawa lori.

Albany ni sebuah bandar yang mengadap Southern Sea. Spot hiking yang menarik dengan laut yang cantik (tapi awas, ada jaws!).

Di Albany kami menginap 2 malam di Middleton Beach Holiday Park. Sempatlah sehari explore Albany dan hiking di area Frenchman Bay. Frenchman Bay ni dikatakan bersambung dengan Antartika satu ketika dulu. Banyak formasi batu tepi pantai yang sangat hebat seperti The Gap, Natural Bridge dan Blowhole.

Esoknya selepas jogging di coastal trail di Middleton Beach ni, kami terus bergerak ke Fermantle.


Paling bagus di Australia ni kena plan sekurang-kurangnya 2 malam di satu-satu tempat. Satu hari perjalanan, satu hari explore tempat tu. Tapi kali ni kami anggapkan ni cuma pengalaman nak rasa motorhome je lah. Memang tak sempat nak buat apa-apa pun. 4 hari je… tapi puas hati jugak, hehe.

Walaupun tak sempat singgah hiking di Mandurah, dan di Bunbury pun tak buat apa-apa… tapi Albany kira wrap semua lah.

Hiking, kat Aussie biasanya bushwalking. Kebanyakan trek berturap, mesra keluarga. Tapi kami buat kerja gila redah semak berduri. Ini di Teluk Albany.

Di Frenchman Bay ada formasi batu-batu seperti gap, natural bridge, .. once upon a time was the edge of Antartica. Dulu…. benua Australia dengan Antartika ni bergabung. Gap adalah formasi tebing tinggi yang mana ombak keluar-masuk dengan daya yang kuat. Natural bridge pula jambatan yang terbentuk secara semulajadi.

Di sini ada juga Blowholes, ombak keluar dari celah batu. Stony Hill, batu-batu bersusun atas bukit (best hiking!).

Juga tempat mancing ikan salmon.

Kalau ke Aussie, tak sah kalau tak tengok kangaroo. Kangaroo ni di Australian Wildlife Centre di Whale World Albany. Masuk ni free entrance tapi ada donation box. Boleh beri berapa-berapa untuk kebajikan binatang di sini. Tak pegang kangaroo sebab takut! Tkde orang lain melainkan kami je.
Satu lagi aktiviti wajib-buat adalah joging! Di tepi scenic road ada laluan untuk pejalan kaki dan basikal berturap. Sini banyak trek yang macam ni. Orang-orang tua nak jalan-jalan petang-petang… ada yang bawa family.. mesra family untuk bushwalking.

Tamat di Albany, kami balik ke Perth dan menginap di Fermantle Woodman Point Holiday Park. Fermantle ni pun tepi laut. Sempat ke pantai sekejap sebelum hantar motorhome. Ramai orang memancing.
Lepas tu kami terus hantar lori, dan terus ke airport. Fermantle dengan Perth dalam hampir sejam juga.

Begitulah kembara singkat kami bermotorhome di Australia. Memang seronok dengan anak-anak. Asalkan mereka enjoy, kita pun happy. Ini pun sebenarnya nak cuba-cuba je. Dah lulus, maknanya trip motorhome di *tettttt!!!* bakal menyusul, insya-Allah.

Pssstt.. nk tengok dalam motorhome tu macamana? Tungguuu entry berikutnya.

11 thoughts on “Itinerary Motorhome South West Australia

    1. Mommy Lyna Post author

      a ah paling koman 2 minggu. sgt banyak hiking spot. in fact mat saleh sini semua tempat pun boleh dihikingkan.

      Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      tak best sangat jalan kami ni Kinna, yang best lalu tepi2 laut tu singgah2 yang tepi2 pantai tu. 4 hari takdan buat apa pun 🙂

      Reply
  1. Qider

    menarik sangat, 4 hari pun dapat explore banyak jugak tu..tapi pada saya walaupun perjalanannya panjang nak ke satu2 tempat, tapi pemandangannya mesti cantik kan?
    Qider´s menulis tentang ..Migrain tanpa pain killerMy Profile

    Reply
  2. Iffah

    Salam… Thank u entry ni sgt membantu! Company britz tu ok ka? Mksud saya xda masalah dr segi deposit? Sy tgh search reliable company.. Insyaallah mau book motorhome juga utk trip december ni.. Thanks again 😉

    Reply
  3. ahmad

    Cik…nak tanya camna nak sewa caravan tu..bond berapa ? Saya tgk dia minta credit card bond uss5k..betul ke..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge