,

Cara Merebus Kurma Merah (Red Dates) Yang Betul

admin Avatar

Cara merebus kurma merah atau red dates ni ada saya kongsikan dengan ibu-ibu di KIM (Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan) – satu group di FaceBook.

resipi kurma merah

Rupanya ramai yang tak tahu ni.. (termasuk lah saya sebelum tahu ni, HiHi, thanks to Opah).

Kurma merah yang direbus dengan longan kering adalah minuman asasi saya semasa pantang (thanks to Salwa yang mula2 beri red dates pada saya). Kalau time malas tu saya tak rebus2 dah, letak dalam tumbler pastu boh air panas, tutup sampaila air tu sejuk 😀

Kurma merah dan longan kering ni untuk memanaskan badan, dan tambah susu badan jugak. Hmm.. menurut kata mak kawan saya (kawan mana satu saya tak ingat dah lah, ramai sangat kawan saya HeHe), red dates tu memanaskan, longan kering tu menyejukkan. Tapi kata tuan kedai ubat Cina yang saya beli kurma merah serta longan kering tu, kedua2nya memanaskan, sampai dia suggest beli sejenis herba untuk sejukkan balik. Tapi saya tak beli sebab mahal eKeKeKeKe. Apa-apa ajelah. Masa pantang ni lagi panas lagi bagus, kalau sejuk2 nanti rahim boleh jatuh (tak masuk ke kedudukan asal) – ikut kata makcik saya dan Opah.

Saya rasa… ni yang saya rasa lah… Bagi ibu2 yang berpantang sendiri ni.. penting benda2 untuk memanaskan badan ni. Maklumlah kita ni tak ada orang tua nak tengok-tengokkan (bebel-bebelkan). Kalau silap gaya boleh seram sejuk pulak (saya pernah rasa ni tiba2 time mandi menggeletar padahal dah mandi air hangat). Jadi, jagalah diri elok2, kalau demam ke sakit ke, siapa yang susah? Kita sendiri la yang susah T____T Demam ke sakit ke still kena jaga si kecik dan semua orang, bukan ada orang lain dah (kecuali Cik Abang).

So, kepada ibu-ibu yang bakal menjalani tempoh pantang, terutama yang berpantang sendiri… selamat melalui saat itu!

🙂

admin Avatar

15 responses to “Cara Merebus Kurma Merah (Red Dates) Yang Betul”

  1. miezah Avatar
    miezah

    salam, kt mana nk beli red dates n longan kering ni ye? mana2 kedai ubat cina pun ada jual ke?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam miezah

      yep kat kedai ubat Cina. kadang2 kat Jusco ada jugak kat bahagian brg2 kering tu

  2. mommynadia Avatar

    hehehe…betul2…
    me too tgh pantang jgak..
    punye pemalas.. ingat nk beli air season red date n longan dlm tin aje 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yang asli itu lebih baik 🙂 dalam tin tu tak sure bole panaskan badan ke tak, rasa cam makin sejuk je minum yg tu hehe

  3. Zety Avatar

    Hoho selama ni main campak2 je red dates dengan longan tu. Thanks for the info ye!

  4. nisa Avatar

    SAYA BELUM PERNAH CUBE LONGAN +KURMA. DULU MINUM AIR KURMA JE. INSYA ALLAH AKN KU CUBA KALAU ALLAH IZINKAN

  5. safura Avatar
    safura

    tekanan darah sy amat rendah tp bl makcik jga koperasi sek bgtau ttg red dates ni aku trus bli dan pg tu cik abang bgtau anak demam.( baby b/feeding ).tp aku rasa x.rupanya bl baca kat info ni bru aku tau red dates ni panas.pttlah baby cm demam..hahah.tp khasiatnya mmg bgs….

  6. safura Avatar
    safura

    tekanan darah dh kmbali normal dan aku xpening2 lg…tq

  7. norehan saad Avatar

    boleh cuba petua ni….perkongsian yang bagus untuk ibu2 yang sedang berpantang

  8. […] ni kongsikan ibu-ibu kim (kumpulan ibu-ibu menyusukan) – satu group facebook. rupanya ramai tak. Cara Merebus Kurma Merah (Red Dates) Yang Betul Vote icefilms.info – globolister icefilms.info, <div […]

  9. Mazni Azmi Avatar

    Mazni dulu kirim kawan bangsa cina untuk beli kurma merah dan longan kering

    Memang bagus untuk kesihatan dan tambah susu

    Longan kering tu bagus minum masa cuaca panas untuk sejukkan badan

  10. […] Kata-kata hikmah | motivasi | mutiara kata – saljuhumairah, Mutiara kata kata-kata nasihat penting kita . kata-kata bermanfaat menjadi sumber inspirasi kehidupan kita samada rumah tangga. http://www.saljuhumairah.com/2012/02/himpunan-koleksi-kata-kata-hikmah.html Mutiara kata, madah kata, kata-kata hikmah, “ baik jarang mengaku jahat, tapi jahat seronok mengaku baik.” “ kita berjaya memotivasi diri sendiri, hebat, tetapi andainya kita . Mutiara Kata, Madah Kata, Kata-Kata Hikmah Cara merebus kurma merah (red dates) betul, Cara merebus kurma merah red dates ni kongsikan ibu-ibu kim (kumpulan ibu-ibu menyusukan) – satu group facebook. rupanya ramai tak. Cara Merebus Kurma Merah (Red Dates) Yang Betul […]

  11. […] ni kongsikan ibu-ibu kim (kumpulan ibu-ibu menyusukan) – satu group facebook. rupanya ramai tak. Cara Merebus Kurma Merah (Red Dates) Yang Betul Kata kata buat anak tersayang – kata mutiara cinta, Kata kata buat anak tersayang | kata kata […]

  12. […] ni kongsikan ibu-ibu kim (kumpulan ibu-ibu menyusukan) – satu group facebook. rupanya ramai tak. Cara Merebus Kurma Merah (Red Dates) Yang Betul Senarai hotel berhantu malaysia ~ diana rashid, Assalamualaikum.. rasa gelipulak hati baca senarai […]

  13. […] ni kongsikan ibu-ibu kim (kumpulan ibu-ibu menyusukan) – satu group facebook. rupanya ramai tak. Cara Merebus Kurma Merah (Red Dates) Yang Betul Kata mutiara kristen hari | kata ilmu, Kata mutiara kristen hari – sahabat sekaian, kesempatan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge