Kenapa Tak Ramai Boleh Buat BISNES

by admin on April 13, 2011 · 11 comments

Walaupun katanya 9/10 dari punca pendapatan adalah dari perniagaan, tapi 9/10 jugak yang tak sanggup nak berniaga. Antara sebabnya ialah memang tak minat, tak reti, tak ada motivasi, dah serik dan sebagainya. Ada juga yang teringin sangat nak berniaga (bisnes serius, bukan suka2), dah mula, tapi tak berpanjangan. Akhirnya tak ke mana. Kenapa ya sebenarnya?

Terlalu fokus terhadap DUIT

Dah bisnes memanglah cari duit. Betul. Tapi bila terlalu fokus pada $$$$$, kadangkala ia membuatkan seseorang tu gelap mata dan buta hati. Asal nampak DUIT je, teruja. Itulah yang mudah sangat jadi mangsa team MLM haram jadah, skim cepat kaya, skim piramid dan apa2 lah yang menjanjikan pulangan berganda-ganda DENGAN SEMUDAH 1,2,3.

Walaupun menjalankan bisnes berorientasikan keuntungan dan target nak untung tapi tak bolehlah tengok DUIT semata-mata. Bisnes ni bukannya main judi (gamble), kena ada perancangan, projection dan sebagainya. Boleh kalo nak main redah tapi kena ukurlah dengan risikonya. Bisnes labur 50 ribu nak redah? Kalo saya tu tak cukup sikit untuk diredah HuHu.

Bisnes ikut-ikutan

Orang buat itu, dia pun buat itu. Orang buat ini dia pun buat ini. Orang ikut trend untuk catch market, dia ikut orang sebab takde idea. Akhirnya tak bertahan lama sebab tak ada plan jangka panjang, cuma tengok orang buat, rasa macam nak buat jugak :D

Tak ada plan

Banyak sebab membuatkan seseorang tu takde plan. Mungkin dia TAK TAHU yang kena ada plan. Mungkin sebab dia suka2 saja, so plan-plan segala tak penting buatnya, mungkin dia ikut-ikut orang, dan sebagainya. Tak ada plan mungkin bunyinya simple, tapi natijahnya nanti sampai satu tahap akan stuck dan mungkin bertanya balik “Apa yang aku buat ni?”.

Bisnes tak menepati personaliti

Bukan tak boleh, tapi rumit sikit terutama kalau bisnes yang kerah dan perah tenaga sendiri. Misalnya tak suka kerja rutin tapi bisnes jual pisang goreng di pasar malam setiap hari. Mula2 mungkin OK tapi lama sikit adoii bosannya buat benda sama. Begitu jugak seorang yang ‘geek’ atau introvert tapi jual insurans. Boleh tu memang boleh, tapi perlukan masa untuk mengatasi masalah peribadi sendiri dulu. Kalau tahan hati boleh, tapi ramai yang cepat fed-up. Itu yang terus stop taknak buat.

Tak yakin dengan bisnes sendiri

Biasanya terjadi kepada pengusaha MLM. Jual barang tapi dia sendiri pun tak yakin dengan barang yang dia jual. Maklumlah tak pernah pakai pun. Nak tarik downline pun tak tau kat mana nak yakinkan orang, ye lah sebab dia sendiri pun tak yakin.

Susahlah sikit kalau tak yakin ni. Agak-agak orang tertarik tak kalau si penjual bagitau “Cik beli lah baju ni. Kain dia sedap, tapi.. saya pun tak pastilah. Mungkin sedap mungkin tak. Tapi, mahalnya boleh tahan jugak. Suka hati Cik lah nak beli ke tidak”. Erk!

Enggan usaha lebih

Taknak usaha marketkan produk, taknak invest lebih. Rasa dah cukup keluarkan modal beli barang. Hmm… KFC pun masih lagi iklankan produknya di TV, billboard, surat khabar, etc. Inikan baru bermula nak tunggu orang datang cari kita, apahal pulak.

Tak tahu makna bisnes yang sebenar

Ingatkan bila dah buat bisnes tu mesti untung. Ini pun biasa berlaku kepada ejen MLM atau pelaburan, terutama yang menjanjikan pulangan sekian2 selepas sekian2 bulan… so yang mendaftar tu ingatkan automatik lah dapat that wealth. Tak tahu pulak yang dia kena buat kerja… Adoyai. If that so easy to get money, saya pun nak jugaklah, tak payah tunggang terbalik kerja siang malam.

Malas

Ini tak boleh buat apa lah. Kalau dah malas kita cakap apa pun tak guna :)

Macamana? Mungkin anda ada pengalaman nak kongsi? Atau apa yang saya tulis tak betul?

Share Button

{ 11 comments… read them below or add one }