Tempoh hari saya ada kongsikan pengalaman sendiri tentang Shaklee Soy Protein Works Wonder – Susu Ibu, dan saya ada sebut tentang ini:
Dan saya telah berkongsi rahsia ini dengan seorang saudara saya yang manis orangnya, yang mengalami kemeruduman susu badan.. maklumlah ibu berkarier…
Dengan excited saya berkongsi dengan beliau rahsia itu (semalam), dan hari ni saya terima SMS ni:
Alhamdulillah, sangat happy sekali bila dah dapat membantu seorang ibu menyusu. Syukur pada-Mu ya Allah.
Tak ada apa lagi yang dapat saya beri selain sokongan dan bantuan kepada mereka yang sebumbung dengan saya yang memerlukan.. Saya memang sedih betul bila tengok ibu-ibu menyusu yang ‘terpaksa’ top-up formula tanpa kerelaan (nak sangat menyusu badan fully tapi mungkin tak ada rezeki). Saya sedih bila ada antara mereka yang cepat mengalah sebelum berusaha mencari tips & trick untuk membanyakkan susu ibu. OK, tak salah pun beri susu formula ke susu apa, tapi untuk ibu yang menyusu badan, bila dah beri formula, ia akan mengurangkan stimulasi atau rangsangan kepada tubuhnya sendiri untuk menghasilkan susu.
Ilmu penyusuan ni.. sangatlah luas. Saya rasa saya belajar jadi ibu dari breastfeeding. Mana taknya, bukan je belajar tentang basic concept of breastfeeding, tapi juga tentang amalan2 dalam agama kita (Islam) yang mungkin kita tak buat kalau tak menyusu badan. Misalnya najis bayi lelaki di bawah umur 2 tahun yang exclusive breastfed (minum susu ibu semata-mata) adalah najis ringan. (ada terdapat argument dalam hal ni, kerana sekarang ni kan baby2 dah makan ubat, etc. tp mengikut pendapat ustaz, selagi benda2 lain macam ubat diambil dalam kuantiti sedikit dan ‘tidak membina tubuhnya’, ia masih dikiran exclusive breastfeed). Begitu juga dengan rukhsah berpuasa bagi ibu menyusu, yang mana ibu boleh untuk tak puasa sekiranya puasa memberi kemudaratan kepada anaknya. Misalnya susu menjadi kurang atau kering dan sebagainya.
Ia juga mengajar tentang people skill, yang mana nak berhadapan dengan orang yang tak menyokong penyusuan ibu; dan juga cara untuk berhadapan dengan ibu yang tidak menyusu badan dengan cara yang tidak menyinggung perasaannya.
Maklum sajalah kadang2 ada ibu menyusu yang ‘excited sikit’. Siapa tak bangga menyusukan anak dengan susu badan sendiri kan? Kadang2 tu ada jugak tersasul kata… jadi itu lah perkara2 yang ibu menyusu kena jaga supaya ibu yang tak menyusukan anak tidak terasa hati.
So, OK lah.. ibuk-ibuk yang nak prepare stok untuk puasa, ataupun nak tahu cara maintain susu semasa puasa… bolehlah hubungi saya. Email mommy[@]fahry.net atau SMS 012-2811136. Saya prefer SMS sebab saya sekarang banyak sesi meeting & discussion, takut tak ter-angkat pula. Tapi kalau pakai telefon rumah (cemana nak SMS kan), bolehla try, kalau saya tak angkat, nanti call lagi ye 😀
Oh saya ada satu lagi SMS nak share:
*kenapa undisclosed sender? Sebab nama yang saya save kt handphone tu saya sorang je yang faham (takut tertukar, ramai nama sama).. nanti la lepas ni saya interview mereka yang dah menikmati hasil lumayan 😀
Leave a Reply