admin Avatar

New Zealand harus ada dalam bucket list semua orang yang suka travel. Kenapa? Korang cuma perlu Google Image ‘New Zealand’ dan tengoklah betapa menakjubkan tempat bernama New Zealand ni. Kalau tak, manakan kami repeat New Zealand sampai 4 kali. Itu pun tak puas2 lagi.


Pertama kali ke New Zealand, kami mengunjungi South Island selama 2 minggu. Dari timur ke Barat, utara ke selatan. Itu kejadian bulan Oktober 2013.  Dengan tidak semena2 ter-beraya haji di New Zealand.


Dua tahun selepas itu kami beraya lagi di New Zealand 😭 sudahlah bawa emak bersama. Kesian dia tak dapat balik kampung.

Sebelum itu kami ke North Island.

Setahun kemudian, sekali lagi kami mendarat di South Island. Kali ni melengkapkan keempat2 anak kami merasa udara New Zealand. Alhamdulillah.


So, kenapa mesti pergi ke New Zealand?

Landskap semulajadi di South Island – gunung2 bersalji, padang rumput yg luas dengan biri2, tasik2 berwarna turqois, glasier, sungai2, aduh, sukar nak disenaraikan. Manakala North Island kaya dengan budaya Maori, tapak2 geotermal (geyser, air panas, etc), pantai dan sebagainya. Tidak hairan ia dipilih sebagai lokasi filem fantasi Lord of The Rings. 


Apa yang mesti diketahui sebelum ke New Zealand?

1. Iklimnya terbalik dengan negara Eropah kerana ia terletak di Hemisfera Selatan. Jika di Eropah mengalami musim sejuk pada bulan Disember, New Zealand pula mengalami musim panas.

Musim Panas : Disember-Februari

Musim Luruh : Mac-Mei

Musim Sejuk : Jun-Ogos

Musim Bunga : September-November

2. Suhu sepanjang musim2 ni tak tetap. Malah New Zealand mendapat jolokan “4 musim dalam satu hari”. Jangan terkejut kalau tiba2 sejuk sangat, lepas tu panas sangat. Alhamdulillah kami dapat merasa musim panas, musim luruh dan musim bunga di New Zealand. Musim sejuk saja yang belum. Mungkinkah?

3. Di New Zealand susah nak dapat Wifi free, mobile wifi macam Travel Recommends pun tak cover negara ni. So cara terbaik untuk dapatkan internet ialah dgn beli Simcard atau dptkam wifi free di tempat penginapan (tho kebanyakan mengenakan bayaran). Dan data di New Zealand memang mahal lah. Tapi di North Island boleh sewa mifi dgn company car rental.

4. Kos di New Zealand agak tinggi. Tapi tak semahal Britain dan Australia. Tukaran ke MYR sekarang pun dah RM3.25 = NZD1. Agak2 la ais krim satu scoop dalam NZD2.50. Kalau makan satu hidangan kebab dalam NZD12. Sewa kereta paling murah utk compact car manual boleh dapat dalam average NZD25 sehari. Kalau penumpang ramai macam kitorang ni boleh ambil van atau MPV, kos paling murah boleh dpt average NZD60 sehari. Survey dulu guna aplikasi ‘Kayak’.

5. Pemegang pasport Malaysia tak perlu Visa untuk masuk ke New Zealand. Dan boleh berada di sana selama 90 hari.

6. Ramai budak2 muda yang buat kerja ‘working holiday’ kat sana. Jangan terkejut kalau tiba2 SA tegur dgn Bahasa Melayu. Satu dunia pun dtg kerja sambil bercuti di New Zealand.

7. Bahasa2 marketing di New Zealand sgt best. Kalau korang ada bisnes kecik2 macam saya ni, peratikanlah billboard dia, papan tanda, papan iklan, papan notis… menarik sangat.

8. Cara terbaik nak nikmati New Zealand adalah dengan memandu sendiri. Nak motorhome pun sangat sesuai sebab holiday park kat sana sangat lengkap dgn facilities.

Apa tempat wajib dikunjungi di New Zealand?

South Island:

Queenstown:

  • Sangat banyak aktiviti yg boleh dibuat di Queenstown. Selain yang ekstrem macam skydiving, bungy jumping, cliff hanging, kepada yang acah2 manja macam ATV, naik kuda, main luge, jetboat, naik water taxi, hiking dan macam2 lagi.
  • Queenstown terletak di Tasik Wakatipu yg sediakan banyak spot ambil gambar.
  • Di sini juga ada beberapa ski resort – Remarkables dan Coronet Peak. Ski2 resort ni dibuka antara Jun hingga September.

Wanaka:

  • Wanaka juga adalah spot hiking dan ski yang sangat menarik. OK, well.. rasanya satu South Island segenal sudutnya menarik untuk dijelajah.
  • Tasik Wanaka sangat cantik dgn sebatang pokok di tgh2 tasik yg selalu muncul dlm kebanyakan foto.

Aoraki

  • Dari Lake Tekapo yang berwarna turqoise jernih, ke Lake Pukaki yg berwarna turquise pekat, hinggalah kejadian alam semulajadi yg menakjubkan di Mount Cook.
  • Hiking di Mount Cook. Trail2 mudah saja untuk beginner. Pemandangan superb!

Dunedin

  •  Selain dari tarikan utama di bandar Dunedin seperti Baldwin Street (steepest road), Cadbury,  jangan lupa ke Otago Peninsular. Very dramatic view. Dan ada satu istana tunggal di New Zealand – Larnach Castle kat sini.
  • Taieri Gorge Railway. Rasa naik keretapi kat Dunedin tengok scenic view.

Christchurch

  • Nak merasa naik Gondola kat Christchurch boleh pegi Avon River dekat dengan Christchurch Hospital.
  • Nak merasa macamana kat Antartika? Kat sini ada International Antartic Centre. Best sangat!
  • Christchurch selalu kena gempa bumi jadi mungkin banyak bangunan masih di dalam pemuliharaan.

Milford Sound

  • Walaupun kejadian very isolated & jauh tapi ini memang wajib pegi kalau sesiapa ke New Zealand. Keindahan fjord ni tak ada kat negara kita.

Lain-lain:

  • Moeraki Boulders – 75km dari Dunedin
  • Punakaiki Pancake Rocks
  • Franz Josef & Fox Glacier
  • Oamaru Penguin Colony
  • Timaru Maori Rock Art

Untuk North Island boleh refer ENTRY INI (klik sini).

Burung kiwi?

Burung kiwi tak boleh ditemui merata2 dan tak boleh nak sentuh2 macam kangaroo di Australia. Makhluk ni cuma keluar malam2 je & kalau nak tengok kita boleh pegi ke kiwi centre di serata New Zealand. 

Berapa kos agak-agak?

Kos ni sangat subjektif, bergantung pada cara dan keperluan masing-masing. Tapi korang kalau ada impian nak melancong ke mana-mana, kos tolak tepi dulu. Survey dan study dulu tentang tempat tu, kasi excited, lepas tu kita baru kira macamana nak gandakan income dan besarkan tabung untuk tampung perbelanjaan.

Saya cadangkan buat TABUNG TRAVEL. Gunalah apa2 cara pun. Ada yang asingkan 5-10% dari income, ada yang isi duit hijau, merah, oren, biru, purple…. pape pun melancong ni memanglah menelan belanja yang besar. Tapi jgn risau… niat yang baik pasti dipermudah.


Tagged in :

admin Avatar

7 responses to “Tips Pertama Kali ke New Zealand”

  1. Ira Avatar

    wahh mesti best tu sebab dah banyak kali pergi kan. betul tu, nak travel kena usaha lebih sikit lah.

    1. Admin Avatar

      Hehe. Mmg best.

  2. Afiqah Avatar

    Salam kak sya ada banyak pertanyaan yang ingin saya ajukan kepada akak ada tk facebook or whatapp ke

  3. ab halim ab samad Avatar
    ab halim ab samad

    as salam…inn sha Allah akan ke new zealand pada awal mac ni…15 hari…pergi cara back packer…boleh ke…umur saya 61 tahun dan isteri berumur 56 tahun..amat teruja untuk ke new zealand….

    1. admin Avatar
      admin

      wslam Tuan,

      Mestilah boleh. saya pernah jumpa uncle umur 60-an dgn pasangan naik motor around america.

  4. ajja Avatar
    ajja

    mana lagi best pergi by agensi atau sendiri2 ?? teringin sangat nak pergi sana

    1. Admin Avatar
      Admin

      Saya lebih suka sendiri. Terpulang pd keselesaan masing2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge