Itinerary 8 Hari di North Island, New Zealand

By | March 22, 2015

Kami sekeluarga ke New Zealand, di bahagian North Island pula tahun ni, alhamdulillah. Itinerary last minute, hari nak bertolak baru plan segala. Maklumlah, agak sibuk dengan urusan bisnes Shaklee (juga dikenali sebagai Shukree) dan projek terbaru.

Tapi… Walaupun last minute tetap happening.

Cuaca musim luruh agak sejuk di sini dengan suhu purata 17 darjah Celcius, tak termasuk kalau hari hujan dan berangin. Malam-malam memang sejuk betul. Aircond tak pernah pasang pun.

Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland pada jam 1.22 tengahari. Keadaan agak kalut sebab saya tertinggal beg di kaunter sewa kereta… Nantilah cerita pasal ni. Lepas dapat kereta, sebuah Toyota Rav4, kami memandu ke Selatan menuju ke Rotorua.

Dah agak lambat sebenarnya, hampir jam 4 petang baru boleh gerak. Kami sewa kereta dari syarikat Thrifty, dan sewa GPS dari information centre bersebelahan kaunter Thrifty. Sewa kereta NZD1050 untuk seminggu, dan sewa GPS NZD56 je.

Di airport ni ada segala macam syarikat telco kalau nak beli simcard.

 Itinerary North Island ni saya buat dalam bentuk point di bawah:-

Hari 1 – tiba di Auckland

– bertolak ke Rotorua (kira-kira 2 jam lebih dari Auckland)
– check in di Rotorua Top 10 Holiday Park (NZD265 satu malam untuk motel 2 bilik, 2 dewasa 3 kanak-kanak)

Seperti kebiasaan kami kalau ke negara-negara Australasia ni, kami akan pilih untuk menginap di holiday park (campsite). Lebih selesa dan mengujakan anak-anak di sini.

Saya masak sendiri, mujurlah supermarket New World tutup jam 9 malam. Sempat borong bahan mentah untuk makan malam dan sarapan esok.

Di New Zealand ni, kedai2 biasa tutup jam 5, New World yang selalunya tutup lambat (9 malam). Tengok tempat juga, ada yang jam 7.30 dah tutup.

Hari 2 –  Rotorua (layan jetlag budak2)

– Te Puia Thermal Park (Bayaran Masuk : Dewasa NZD49; Kanak-kanak NZD25; Family Pack NZD135)

Te Puia adalah kawasan taman air panas yang paling dekat dengan pusat bandar Rotorua. Dari pusat bandar, pandu ke arah Toupu, dan Te Puia berada di sebelah kiri jalan selepas deretan kedai, sebelum masuk kawasan bukit.

Di sini ada persembahan tradisional tarian Maori bermula jam 3.15 setiap hari. Kena datang awal book tiket, kalau tak, tiket habis.

Dalam park ni juga ada mock Maori village dan sebuah rumah kiwi. Burung kiwi maksudnya. Kalau nasib baik, boleh nampak burung kiwi dalam rumahnya yang gelap tu.

Sini juga ada weaving school (sekolah tenunan) & carving school (sekolah mengukir).

Hari 3 – Rotorua

– Hobbiton (Bayaran masuk Dewasa: NZD70; Kanak-kanak: NZD10)
– Blue Lake
– Green Lake
– Okareka Lake
– Tarawera Lake
– Rotorua Lake
– Maori Traditional Performance (Bayaran masuk Dewasa : NZD139; kanak-kanak : NDZ42; Family Package NZD374)

Set untuk movie Hobbit, atau Hobbiton ni terletak di Matamata, dalam 70km dari Rotorua. Perjalanan mengambil masa sejam lebih, jadi awal pagi dah kena gerak.

Lepas sarapan dan tapau untuk tengahari, kami gerak ke Matamata. GPS bawa kami ke information centre Matamata, di sini boleh beli tiket Hobbiton, dan kalau nak naik bas ke sana, boleh park kereta sini.

Kami memandu sampai ke tapak Hobbiton, kira2 13km dari bandar Matamata. Dari entrance, kami dibawa naik bas sampailah ke kampung Hobbit.

Hobbiton ni asalnya adalah ladang milik sebuah keluarga New Zealander, dipilih sebagai lokasi Middle-Earth dalam Lord of The Ring. Diubahbsuai dah dibina perkampungan Hobbit.

Rumah Hobbit ni cuma ada laman, pintu, dinding je… Kat dalam takde apa-apa. Penggambaran bahagian dalam rumah tu dibuat di sebuah studio di Wellington.

Saya tak pernah tengok Lords of The Ring, jadi takdelah pandai appreciate. Tapi saya memang sangat suka dengan benda comel-comel. Hobbiton memang sangat lah membawa balik ke zaman kanak-kanak >_<

Balik dari Hobbiton, kami berekspedisi menjejak tasik-tasik di sekitar Rotorua. Kebanyakan tasik ni dianggap suci oleh masyarakat Maori.

Lepas tu kena cepat2 sebab performance di Mitai village bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam. Dimulakan dengan makan-makan… inform dulu kalau nak makanan vegetarian dan seafood saja. Lepas tu ada penerangan tentang budaya Maori, bushwalk dan cultural show.

Selain Mitai, Maori Village yang terdapat di Rotorua adalah Whakarewarewa danTamaki.

Hari 4 – habiskan Rotorua, dan memandu dari Rotorua ke Ohakune

– check out Rotorua Top 10
– Rainbow Spring (Bayaran, Dewasa : NZD40; Kanak-kanak NZD20; Family Pass NZD99)
– Rotorua Skyline (Bayaran, Family Gondola and 6 x Luge rides NZD99)
– Wai-O-Tapu (Bayaran, Dewasa : NZD32.50; Kanak-kanak NZD11; Family Pass NZD80)
– Taupo Lake
– check in Ohakune Top 10 Holiday Park (NZD198 satu malam untuk motel 2 bilik)

Rainbow Spring adalah taman burung yang terletak di sebelah Rotorua Skyline dan Mitai Maori Village. Kat sini anak-anak berpeluang tengok sendiri burung kiwi dan kea! Peminat kiwi adalah Danny.

Ada kolam ikan trout, boleh beli makanan ikan NZD5 dan beri ikan-ikan tu makan. Jalan-jalan dalam tu… banyak jenis burung yang boleh anak-anak tengok.

Lepas tu ke Rotorua Skyline, kat sebelah je. Kami look forward nak main luge kat Rotorua ni. Lengkap dah senarai skyline luge, kecuali yang di Kanada.

Seperti biasa kalau luge kena naik chairlift, tapi chairlift kat sini muat 2 orang je. Jadinya salah sorang budak kena naik dengan stranger.

Luge Rotorua untuk intermediate ni tracknya panjang betul. Siap lenguh tangan tak sampai-sampai lagi T__T

Lepas habis di Skyline, kami terus gerak ke Ohakune, kira2 2 jam setengah perjalanan dari Rotorua.

Dalam 13km dari Rotorua menuju Ohakune, kami singgah di Wai-O-Tapu. Ia adalah thermal park dan terkenal dengan warnanya yang cantik.

Kami tak sempat tengok Lady Knox Geyser yang menyembur airnya jam 10.15 pagi setiap hari. Tapi sini memang colorful habis. Siap ada kolam dinamakan Artist’s Pallette sebab terlalu berwarna-Warni macam pallette.

Taupo Lake terletak dalam perjalanan ke Ohakune, dalam 40km lebih menyusuri tasik ni. Ada banyak aktiviti kat sini, dan famili beranak kecik – piknik!

Kami tiba di Ohakune Top 10 Holiday Park jam 7.30 malam. Cuaca di sini sangat sejuk. Maklumlah kawasan pergunungan. Ski area di North Island terletak di sini. Dari motel kami nampak puncak gunung bersalji tu.

Hari 5 – Ohakune

– National Park

Apa lagi nak buat di taman negara kalau bukan hiking!!!

Kami sekeluarga hike sama-sama masuk ke dalam hutan yang sejuk, bawa bekal lunch tepi sungai. Sejuk sangat-sangat, budak-budak pun agak cranky, minta dokong je. Dahla tak bawa carrier untuk hiking tu.

Hari 6 –Waitomo

– check out Ohakune Top 10 Holiday Park
– check in Waitomo Top 10 Holiday Park (NZD250 satu malam untuk motel 2 bilik)
– Glowworm Cave & Ruakuri Cave (Bayaran, Family Package NZD204)

Lepas masak sarapan dan tapau untuk lunch sekali, kami bergerak ke Waitomo.

Perjalanan hampir 3 jam sebab Danny muntah. Sampai di Waitomo, kami check in, lunch dan rehat kejap. Kemudian terus beli tiket gua dan mula-mula kami ke Ruakuri Cave. Kalau nak memandu ke situ dinasihatkan follow shuttle diorang dari Discovery Centre (info center).

Ruakuri ni kena pre-book, dan tour dia cuma ada setiap sejam, sampai pukul 4.30 petang je.

Yang menarik tentang gua ni adalah entrance yang berbentuk spiral. Gua ni terletak di bawah tanah, kira2 60 kaki di bawah tanah. Banyak sangat formation batu kapur yang cantik… selain stalagtit dan stalagmit. banyak formation yang tak pernah tengok, termasuk ‘kain langsir’.

Lepas tu kami ke Glowworm Cave. Gua-gua ni semua kena ikut tour guide, takleh main masuk je. Tapi Glowworm ni takde timing2, masuk je tunggu guide datang.

Yang bestnya sini boleh naik bot. Hehhe. Kagum sangat tengok glowworm bersinar dalam gelap. Guide di Ruakuri (Ruakuri pun ada glowworm) kata, nama glowworm ni marketing je.. benda tu sebenarnya maggots. Hehe.

Di sebelah malamnya… langit sangat cerah di Waitomo ni berbanding tempat lain yang berawan je. Milky Way lah apa lagi! Sayangnya saya tak reti setting kamera. Simpan dalam otak jelah.

Hari 7 – memandu dari Waitomo ke Auckland

– check out Waitomo Top 10 Holiday Park
– check in Ibis Budjet Auckland Airport (NZD109 satu malam, family room)
– Auckland City Centre
– Newmarket
– Auckland Domain

Towards the end of the journey.. kena juga singgah Auckland. Kami parking berdekatan City Hall dan jalan-jalan di sekitar Queen Street. Makan Nandos! Nandos New Zealand sama macam Australia, halal, alhamdulillah.

Jalan-jalan ke New Market, dan Auckland Domain iaitu taman tertua di Auckland. Lepas tu patah balik Queen Street, masuk-keluar kedai-kedai kesukaan sebelum ditutup. Hehe. Masuk-keluar je, duit tak payah keluar, cuci mata sudah.

Hari 8 – hari terakhir di Auckland

– Butterfly Creek (bayaran ikut pakej. Kalau ambil pakej full, Family Pass NZD73)

Bersebelahan Airport Domestik adalah sebuah ‘farm in the city’, namanya Butterfly Creek. Last kopek di Auckland. Anak-anak suka dapat tengok dinosaur, tak habis2 dok sebut pasal ‘Dinosaur Kingdom’. Kat sini ada banyak haiwan ‘farm’ seperti kambing, biri-biri, arnab, ayam, itik dan sebagainya.

Juga ada buaya, serangga dan of course, rama-rama.

Dalam ni juga ada tren keliling yang dikenakan bayaran NZD 3 setiap orang kalau ambil pakej penuh.

Lepas habis di Butterfly Creek, terus ke airport, check in dan tunggu flight ke KL!

NOTA:
– Booking awal2 kalau di peak season untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
– Kebanyakan attraction ditutup jam 5 petang (kecuali yang memang berjalannya di waktu malam), jadi jangan lambat-lambat.

– Posted using BlogPress from my iPhone (thats why takde gambar)

3 thoughts on “Itinerary 8 Hari di North Island, New Zealand

  1. irfa

    emm bagus buat point2 camni
    senang paham
    ni tgh perah otak nak update blog utk edisi jalan2 ke london n amsterdam mggu lepas, tak tahu mana nak mula, plus gambar pulak ribu2 keping nak kena pilih, huhu

    btw, rindu NZ
    irfa´s menulis tentang ..Teaser: Throwback Tahun 2004My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge