, , , , , , ,

Tips Memandu di 4 Negara Eropah – Austria, Hungary, Slovakia & Republik Czech

admin Avatar

Sebelum go into detail, saya nak share beberapa perkara yang perlu diambilkira sebelum menyewa kereta di Eropah.

1. Eropah bukan saja terdiri dari EU dan non-EU, tapi juga Shengen dan non-Shengen. Di negara Shengen kita boleh cross border tanpa was-was (cuma kena beli vignette *tgk poin berikutnya* dan environmental sticker di  beberapa negara. Tapi dari Shengen ke non-Shengen atau sebaliknya, tak semudah tu nak cross border bagi foreigner macam kita. Silap2 berjam2 sangkut.

2. Di beberapa negara Eropah, kita kena beli vignette. Vignette ialah macam road tax yg kita kena bayar bila cross border ke negara2 berikut : Austria, Bulgaria, Czech Republic, Hungary, Romania, Slovakia, Slovenia & Switzerland. Kalau kita dah sewa kereta di negara berkenaan, kita tak perlu vignette dah. Misalnya kami sewa di Austria, takyah dah beli. Tapi masa bawa kereta tu cross ke Hungary, Slovakia & Czech, semua kena beli… kebetulan pulak ye.

3. Semasa sewa kereta, kalau masa winter tu, tanya dulu kereta tu dilengkapi dgn snow tyres atau snow chain. Walaupun negara Eropah mewajibkan car rental tukar kepada snow tyre bila masuk winter, tapi ada tempat2 yang tak cover. Contohnya masa sewa kereta di Nice, Perancis, kereta tak dipasang snow tyres dan tak ada snow chain. Mungkin kerana winter kat situ tak sejuk sangat dan takde snow pun.

4. Benua Eropah semuanya kedudukan driver belah kiri kenderaan kecuali UK. 

So.. the story begins

Kami bermula di Vienna, setelah mengambil penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul. Di airport Vienna kami menyewa sebuah kereta untuk tour 4 negara Shengen ni.

Rezeki dapat kereta sewa BMW
Trafik di Vienna sangat lapang hari itu, lega hati selepas memandu di dalam jem di Bucharest. Sekejap saja dah sampai hotel.

Petang itu kami habiskan masa jalan kaki di Vienna.

Jalan jalan di Vienna
Christmas Market di Vienna
Kereta kuda di Vienna
 

Sebelah malamnya kami jalan2 di Kartner Shopping Street sampai ke Bahnhoft. Panjang gak shopping street diorang ni.

Malam-malam tetap busy
Cakoi Austria
 

Keesokan harinya kami melawat summer house diraja yang wajib dilawati kat Vienna ni – Schönbrunn Palace.

Schönbrunn Palace
Tempat ni kalau betul2 nak nikmati, perlukan sehari solid. Kami pulak lepas asar tu check-out dari Austria… ke Hungary kita! Border Hungary ni dekat je dengan Vienna. So sesiapa ke Vienna boleh la lajak ke Hungary kejap.

Border Austria-Hungary
Cross border diorang ni tak payah buat apa-apa pun. Just jerit “Yay!! Welcome Hungary!!!”. Cuma lepas tu kena berhenti beli vignette.
Kat Hungary ni kami beli vignette di stesen minyak. First petrol pump after border. Cakap je nak beli e-vignette. Untuk seminggu harganya 11.05 Euro atau 2975 forint.

Kat Hungary ni sebelum sampai Budapest kami singgah Sopron kejap.


Bandar kecik je Sopron ni. Orang pun takde. Mungkin masa summer ramai kot.


So… ke Budapest lah kita. Jalan ke Budapest senang je, highway sepanjang2. Sampai Budapest pun dah malam. Sejuk pulak tu. Tapi redah juga keluar sejuk2.

Malam tu ada orang tengah shooting. Hehe. Saja wat2 melintas kot termasuk dalam muvi Hungary 😝

Esoknya kami jalan2 sekitar Buda dan Pest.

Turun ke bahagian Pest dengan funicular
Lepas tu cross sungai via chain bridge

Dah petang sikit, kita gerak ke ibukota Slovakia, Bratislava.

Masuk Slovakia, terus beli Vignette kat border tu juga.

Harga vignette untuk Slovakia ialah 10 Euro untuk 10 hari. 

Oh ye kat area sini takyah tampal stiker macam kat Switzerland. Swiss kena tampal stiker vignette kat cermin depan. Tapi kat sini2 diorang terus masuk sistem je.

Sampai Bratislava, kitorang check in dan terus ke old town.

Hujan pun turun… jadinya takde gambar sangat kat Bratislava. Penginapan kami sebelah shopping complex, Eurovea. So lepas balik dari old town, kami dok situ je. Kat luar sejuk pun nak jalan2.

Esoknya lepas jalan2 kejap sekitar Bratislava, kami gerak ke Czec Republic pula.

Timbul idea nak ke Krakov, tapi macam agak gila. Jauh sangat pula, dah la kena patah balik ke Vienna. So kami decide ke Brno, Czec. Prague kena drive jauh, lagipun dah pernah pergi Prague.

Masuk Czec, pun kena beli vignette, kat booth tulis Motorway Sticker ni selepas border.

Kat sini untuk 10 hari kena bayar 12 Euro.

Brno ialah bandar kedua terbesar di Czec, selepas Prague. Kat sini ada 3-4 lokasi Christmas Market, semua kami jejak. 

Kerepek ubi, sedap!

On the way balik ke Vienna, sempat singgah di satu lagi pekan di Czec, Mikulov. Pekan ni tak ramai orang tapi yarobbi sorang2 peramah betul duk menegur, ajak pi rumah semua. Tapi terpaksa tolaklah, nak cepat2 sampai Vienna.


Masuk semula ke Austria, dah tak payah beli vignette dah sebab kereta dah sewa di Austria. Sebelum check in, kami ke Pandorf Designer Outlet, shopping baju anak sikit. Hehe.

Gitulah sikit sebanyak pengalaman driving di 4 negara Eropah ni. Semuanya highway kecuali ada la sikit2 jalan kecik tapi takde la kecik pun, jalan raya biasa 2 lane. Dan lori memang banyak especially petang2 tapi diorang OK, tak ganggu trafik.

Dalam terowong pun kereta semua ke tepi. In case emergency ambulan boleh lalu tengah2.

Esoknya… dah tamat pengembaraan kat sini. Hantar semua kereta ke Vienna Airport dan ambil EasyJet ke London. London-Paris pun ada story, tunggu!

admin Avatar

14 responses to “Tips Memandu di 4 Negara Eropah – Austria, Hungary, Slovakia & Republik Czech”

  1. Ira Avatar

    thanks for sharing tips

    1. admin Avatar
      admin

      sama-sama 🙂

  2. Rahaya Avatar
    Rahaya

    Admin.. Sy nk tny beberapa soalan psl trip ni.. Need ur emel add.. Tq

    1. admin Avatar
      admin

      Hi Puan Rahaya,
      boleh email saya di — sauberlina@gmail.com

      🙂

      im waiting

  3. mulan Avatar

    Thanks fro sharing..

  4. Ayu Avatar

    Bestnya.. 1 fine day! InsyaAllah

  5. Mohd Nasir Bin Mohd Idris Avatar
    Mohd Nasir Bin Mohd Idris

    Salam. oct 2017 yg lps trip kami berenam bermula dari Kl ke Amman, Jordan. Dari Amman naik flight pegasus ke Istanbul.

    Dari Iatanbul kami ke Madrid dan mula menyewa mpv di Madrid merentasi Andalucia spt Granada, Cordoba, Seville. Dari Seville masuk ke Portugal spt Faro dan Lisbon, seterusnya hntar balik mpv di airport Madrid utk menaiki flight ke Munich.

    Dari airport munich kami sewa mpv lg merentasi Zurich, Interlaken, leistantein, innsbruck, salzburg, bratislava, Vienna, Prague dan pulangkan semula mpv di Munich utk naik flight easyjet ke London.
    Kami tak sempat singgah di Budapest kerana kekangan waktu walau pun trip kami selama 20 hari. Kos keseluruhan 7500rm.

    Oct ini in sha Allah kami akan backpacking ke europe lg termasuk Bosnia selama 13 hari.

    Saya dan 6 lg rakan pernah ke Bosnia pd Mei 2016. Bermula dari kl ke London, naik bas ke Amsterdam , brussel dan Paris. Dari Paris naik kerwtapi laju ke Geneva. Dari Geneva naik flight ke Dubrovnik. Di aini kami mula menyewa mpv ke Mostar, Sarajevo, Nemila, Sarajevo, Kotor, Podgorica, Budva (Montenegro), Skhoder ( Albania), Prizren, Pristina (kosovo). Pulangkan mpv di airpprt Pristina utk naik flight ke Istanbul.

    Oct 2016 kami sekali lg jelajah eropah dan scandinavia selama 16 hari. Bermula dari London ke Sofia (bulgaria) dgn flight wizz air, seva van ke Skopje, Ohrid (macedonia).

    Dari Skopje ke Paris. Then ke brussel dn amsterdam dgn bas. Dari amsterdam naik flight ke Stockholm. Dari Stockholm ke Kuruna dgn flight.
    Then, naik scandinavia train ke Abisko dan Narvik (Norway). Dari Norvay sewa 2 buah kereta ke arctic circle. Balik semula ke Kiruna utk naik fligjt ke Stockholm.

    Dari stockholm naik kapal viking line ke Helsinki dgn hrg hnya rm50 return. Dari helsinki kami naik flight ke copenhagen. Dari copwnhagen balik kl

    1. Zulaikha Avatar
      Zulaikha

      Salqm boleh sy dapat contact encik?email ke.tq

  6. nekmas Avatar
    nekmas

    Nak tanya sis, sewa kereta ni mahal ka tak? Nak pi austria dengan famili 4 orang. Tapi tak tau apa pulak company bagus untuk sewa kereta.

  7. fatin Avatar
    fatin

    kami dari vienna ke budapest.plan nak sewa kereta sbb travel dgn 4org anak.nak tahu sis sewa kereta dgn company apa ye??
    ada masalah tak kat border nak masuk ke hungry??

    1. admin Avatar
      admin

      kami sewa dgn Sixt. takde masalah masuk border Shengen countries drg takde border control. cuma kena beli vignette je

      1. Norhidayah Avatar
        Norhidayah

        Hi.. Kos sewa kereta berapa ye…?

  8. NORAZIDAH BINTI MOHD TAP Avatar
    NORAZIDAH BINTI MOHD TAP

    hi salam..nk tanya masa u sewa kereta di sana usually u ambil fully inclusive protection ke atau basic protection ye? mana satu better n menjimatkan?..tq sudi mmbaca n reply msg saya.

    1. admin Avatar
      admin

      Aaa biasanya sy amik yg basic je. Tp kena tgk term dua2 yang full & basic. Most of the time yg basic dah cukup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge