Tips Memandu dan Menyewa Kereta di Jepun

By | May 15, 2015

Ketika kami berkunjung ke Jepun, kami memandu semasa berada di Hokkaido, dan dari Yamanashi ke Kyoto.

PETA JEPUN

Memandu kereta adalah pilihan kalau nak ke kawasan yang mana public transport agak terhad (tapi Jepun punya public transport memang superb!), dan juga sebagai satu cara untuk lebih fleksibel. Dan juga…. boleh cuba untuk rasa pengalaman.

Di Sapporo, kami menyewa kereta dari Toyota Rent a Car di Tomakomai. Walaupun sistem train di Pulau Hokkaido memang canggih dan lengkap, tapi nak juga cuba memandu di sini.

Tapi bandar-bandar besar macam Tokyo, Osaka, Nagoya…, memandu sepatutnya bukan pilihanlah, lebih baik naik public transport yang sangat efisyen. Di Osaka kami terperangkap dalam jem berjam-jam… bazir masa saja.

Apa yang diperlukan untuk sewa kereta di Jepun:

Lesen memandu, IC sila jangan tinggal walau ke mana kita pergi. Senang untuk apa-apa urusan.

Nak memandu di Jepun perlukan IDP (international driving permit), setakat ni negara lain dah tak minta IDP kecuali Jepun dan Ireland (nak sewa kereta di Ireland strict betol!). IDP boleh buat di JPJ, bayaran RM150 untuk setahun.

Memandu di Jepun tak susah, sebab diorang pun memandu di sebelah kiri jalan & tempat pemandu di sebelah kanan, sama macam kita. Jadi untuk familiarisation tu tak lama.. tak macam di negara yang left-hand drive macam middle east, europe…

Kadar sewa:

Kadar sewa pula mengikut musim… kalau peak season harga sewa akan naik la sikit. Biasanya kalau musim sakura tu memang peak, tambahan pula sekolah di sana pun cuti di akhir bulan Mac tu.

Kadar sewaan kami di Hokkaido tak silap dalam 7000 yen sehari untuk kereta compact.

 Syarikat sewa kereta:

Biasanya kalau di negara lain kami akan sewa dengan company international yang ada di airport macam Avis, Hertz dan sebagainya. Tapi company2 tu kalau di Jepun ni, diorang cooperate dengan company2 sewa kereta local. Jadi harganya pun tak murahlah.

Syarikat2 sewa kereta di Jepun yang boleh dipercayai seperti Toyota Rent a car, Nippon Rent a car, Orix Rent a car, Times Car Rental , dan Nissan Rent a car.

Biasanya mereka menyediakan khidmat drop-off di mana-mana saja lokasi yang terdapat ofis mereka. Toyota rent a car menyediakan transit dari tempat drop off ke airport.

GPS:

Setakat ni Nissan rent a car yang ada reputasi terbaik dengan menyediakan GPS berbahasa Inggeris. Yang lain-lain tu apa lagi kalau bukan Nihongo. Tapi tak pasti kalau sekarang dah lain.

Untuk lebih selamat, gunakan saja GPS dalam smartphone.

Isi minyak :

Nak isi minyak, nak senang cakap je “mantang” hehe. Mantang maknanya nak isi penuh. Kalau tidak, tunjukkan note berapa yen kita nak isi kepada attendance. Ini in case attendance tak reti cakap Inggeris lah.

Parking:

Kalau masuk bandar, parking memang super-mahal lah. Sebab tu kalau boleh tak payah drive di kawasan bandar. Tapi di area-area countyside, biasanya banyak free parking, atau parking kadar minima.

Tapi di bandar biasanya ada parking bertingkat. Boleh le kalau nak rasa.

Memandu di Jepun:

Orang Jepun terkenal dengan sifat suka beratur, termasuk di jalanraya. Adegan cilok-mencilok mungkin tak ada atau minimum.

Disebabkan memandu ni lah kami merasa tidur dalam kereta bila tak sempat sampai ke capsule hotel di Osaka. Cari parking dan tidur sampai Subuh.

Apa pun pengalaman memandu di Jepun memang best. Paling best signboard-nya yang menunjukkan ciri2 hormat orang.

SIGNBOARD JEPUN

Abaikan apa yang dia tulis, sebab tak paham pun hehe.

Lagi satu keramahan dan sopan santun orang Jepun walaupun di jalan raya. Terbaik!

Category: 2013 - Jepun 2015 - Tokyo Tips Travelling Travel with Super Kids Tags:

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Tips Memandu dan Menyewa Kereta di Jepun

  1. Azmi

    Salam..kami sekeluarga akan ke jepun dari 2 dec ke 14 dec 2015..kami bercadang utk memandu kereta sendiri dari tokyo ke nagayo, ke kyota ke nagona..
    Kami memilih utk self-driven sebab kamo keluarga berlima dan sewa kereta jauh lebih cost effective dari memgabil jr pass.
    Adakah pilihan kami tepat? Apakah nasihat saudara utk self driven kat japun ni..
    Terima kasih

    Reply
  2. Farah

    Salam. Saya nk tnya international driving license yg kita apply tu kelas B atau D ye? Sbab sy nk sewa kereta Toyota Hiace 10 seaters tp penyewa ckp kalau IDL tu kelas D bru boleh bawak 10 seaters. Tp saya x pasti yg kita apply ni kelas apa. Boleh puan tlg refer pada lesen puan. Tq

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge