Berhenti Sebarkan Tentang Pelajar KSKB Ulu Kinta Maut Akibat Makan Suplemen

admin Avatar

Assalamualaikum semua pembaca Superkids.

Selama ni saya diamkan saja kes ni bila ada insan ‘prihatin’ yang memulakan isu dengan upload status di FaceBook tentang rakannya yang pengsan tiba-tiba, dan katanya kerana makan Alfalfa Shaklee.

Saya diam sebab malas nak melayan benda bod*h macam ni. Maafla cakap ye, mana tak bod*hnya, bertahun2 saya makan Alfalfa… kalaulah Alfalfa Shaklee tu ada bahan terlarang, mungkin yang menaip ni adalah kuntilanak Mommy Lyna, bukan saya.

Akhirnya telah keluar kenyataan bahawa tiada kaitan kematian allahyarhamah dengan Shaklee atau mana-mana suplemen seperti yang didakwa (malah pihak yang pertama sekali membuat kenyataan tu pun katanya dah tukar profil FaceBooknya).

siakap keli
Kredit : Siakap Keli

shakleetakbahaya

Tapi masih ada jugalah pihak yang still mensensasikan hal ini.

Masih ada lagi yang buat entry dan viralkan bahawa arwah mengambil Shaklee lah, Qu Puteh lah, Aura White lah, makan dalam masa yang sama lah dan sebagainya…

Saya tulis ni sebab saya kesian kat kita yang dok sebar-sebar fitnah terhadap arwah. Arwah dah tak ada, dan family serta orang terdekat pun dah dapat jawapan sebab kematiannya, kenapa kita yang tak ada kena-mengena ni pula nak sebar-sebar benda yang kita pun tak tahu..

Nak naikkan trafik blog?

Sebaran am ni sekarang ni dah tak memburukkan nama Shaklee ke, Qu Puteh ke atau apa-apa lagi dah, tapi memberi fitnah kepada arwah..

Bayangkan kalau adik-beradik kita… orang sebar-sebar tentang dia, lepas tu buruk-burukkan dia, kata dia macam-macam… suka ke kita?

Saya tak ada kena mengena pun dengan arwah, tapi dek kerana dia bermula dengan ‘Alfalfa Shaklee’ jadi saya follow juga perkembangan ni.

Hadiahkanlah al-Fatihah buat arwah, lebih baik daripada kita menyebar fitnah dan menambah dosa sendiri…

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Berhenti Sebarkan Tentang Pelajar KSKB Ulu Kinta Maut Akibat Makan Suplemen”

  1. raihanah Avatar

    ramai orang mengambil kesempatan la ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge