Kerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka, terutama bagi seorang ibu. Mana tidaknya, jika bagi FTWM (full time working mom), rumah adalah syurga keluarga. Bila berada di rumah, 100% perhatian boleh diberi kepada keluarga. Berlainan dengan WAHM (working at home mom), rumah jugalah tempat buat kerja, rumah jugalah tempat keluarga, rumah jugalah tempat sendiri melepas tekanan.
Pasti tak begitu mudah bagi seorang WAHM untuk mengawalnya, lebih2 lagi pada yang baru menceburkan diri dalam dunia WAHM.
Ramai yang hilang fokus antara kerja (bisnes) dan keluarga (terutama anak-anak dan housechores). Akhirnya kerja (bisnes) entah ke mana, anak entah ke mana, rumahtangga pun entah ke mana.
Jadi, bagaimana nak selesaikan?
Pertama, FOKUS dan PRIORITI.
Fokus & prioriti ni adalah untuk jangkamasa panjang, bukan masa dan saat ini atau esok saja. Nyatakan dengan jelas tujuan2 anda.
KENAPA jadi WAHM? Suka-suka? Bantu suami? Untuk tabungan anak? Nak sekolahkan anak di sekolah mahal yang bagus? Cari dana nakgi melancong? Sila nyatakan dengan jelas dan jangan pula jawapannya “Tengok kawan buat rasa nak buat juga”. Buang masa saja…
Bila dah tahu tujuan jadi WAHM, maka senang untuk kita merangka objektif, misi dan visi.
Kalau sekadar suka2, tak ada masalah kalau kita taknak serius pun. Kalau ‘ada pun takpa, takde pun takpa’, that’s very good sebab kita punya freedom, bila free, buat. Tak free, biarkan aje.
Tapi kalau memang serius, misalnya nak buat tabungan ntuk anak, itu tak bleh buat main2… Anak makin besar, dan makin bertambah. Jangan di satu masa kelak kita gigit jari sambil kata “Menyesal aku tak buat bisnes betul2 dulu…”
Iyelah semua tu takdir Allah, tapi kalau kita tak tanam, mana kan pokok tu nak tumbuh, ye tak?
Serius dalam bisnes bukanlah kita kena abaikan anak2 dan rumahtangga… Dari situ kita boleh set prioriti lah. Kalau siang hari tak boleh buat kerja sebab nak habiskan masa dengan anak2, kita boleh buat masa anak tidur. Ataupun hantar anak ke taska/pengasuh ntuk tempoh sejam dua sementara kita selesaikan urusan bisnes.
Bila kita betul2 ada target, objektif, misi dan visi, kita takkan ada masa ntuk buat alasan lagi. Tapi… kalo sekadar ada tulis je target objektif semua, buatnya separuh hati, memang tak jadi juga. Sendiri mau ingat, apa yang kita nak sebenarnya. Kenali diri kita. Sebab, tak semua orang self motivated. Ada orang yang perlu faktor penolak dari luar. Kalau anda yang jenis macam ni PERLU ada network dengan mereka yang bermotivasi tinggi dan bersistematik serta pandai memotivasikan orang lain.
Tips Ibu Bekerja Dari Rumah (merujuk kepada fokus)
- Kenali diri dan kehendak kita. Usah terpengaruh dengan orang lain.
- Set-kan target dan objektif. TULIS. Pastikan target kita benar2 clear dan kita tahu kita boleh dan akan melakukannya.
- Tetapkan priority. Apa yang lebih utama? Jaga anak? Bisnes? Suami? Housechores? Stick to it. Put first things first.
- Fikirkan alternatif yang boleh membantu. Misalnya, upah pekerja; hantar anak kepada pengasuh; cari orang gaji, etc.
- Networking. Cari teman yang sama2 melakukan kerja dari rumah. Sekurang2nya ada orang yang memahami keluhan kita.
- Jadual. Buat jadual harian dan WAJIB follow.
- Jangan bertangguh, bila ada masa terus buat.
- Bezakan antara ‘musabab’ dan ‘alasan’. Kadang2 jadikan ‘keluarga dan anak2’ sebagai alasan saja. Fikirkan tentang ini.
- Tetapkan di mana anda mahu berada 10-15 tahun lagi. Masih nak struggle macam ni lagi ke? Kalau nak nikmati passive income mesti kena bermula dari sekarang.
- Jangan takut nak berkorban sekejap untuk masa depan yang lebih baik.
- Baca buku-buku motivasi yang boleh membangunkan diri dari mimpi.
- Kita tunggu komen2 dari ibu yang berjaya buat kerja dari rumah, mesti diorang ada banyaaak tips untuk dikongsi 😉
Leave a Reply