,

Tips Kerja Dari Rumah – FOKUS

admin Avatar

Kerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka, terutama bagi seorang ibu. Mana tidaknya, jika bagi FTWM (full time working mom), rumah adalah syurga keluarga. Bila berada di rumah, 100% perhatian boleh diberi kepada keluarga. Berlainan dengan WAHM (working at home mom), rumah jugalah tempat buat kerja, rumah jugalah tempat keluarga, rumah jugalah tempat sendiri melepas tekanan.

Pasti tak begitu mudah bagi seorang WAHM untuk mengawalnya, lebih2 lagi pada yang baru menceburkan diri dalam dunia WAHM.

Ramai yang hilang fokus antara kerja (bisnes) dan keluarga (terutama anak-anak dan housechores). Akhirnya kerja (bisnes) entah ke mana, anak entah ke mana, rumahtangga pun entah ke mana.

Jadi, bagaimana nak selesaikan?

Pertama, FOKUS dan PRIORITI.

Fokus & prioriti ni adalah untuk jangkamasa panjang, bukan masa dan saat ini atau esok saja. Nyatakan dengan jelas tujuan2 anda.

KENAPA jadi WAHM? Suka-suka? Bantu suami? Untuk tabungan anak? Nak sekolahkan anak di sekolah mahal yang bagus? Cari dana nakgi melancong? Sila nyatakan dengan jelas dan jangan pula jawapannya “Tengok kawan buat rasa nak buat juga”. Buang masa saja…

Bila dah tahu tujuan jadi WAHM, maka senang untuk kita merangka objektif, misi dan visi.

Kalau sekadar suka2, tak ada masalah kalau kita taknak serius pun. Kalau ‘ada pun takpa, takde pun takpa’, that’s very good sebab kita punya freedom, bila free, buat. Tak free, biarkan aje.

Tapi kalau memang serius, misalnya nak buat tabungan ntuk anak, itu tak bleh buat main2… Anak makin besar, dan makin bertambah. Jangan di satu masa kelak kita gigit jari sambil kata “Menyesal aku tak buat bisnes betul2 dulu…”

Iyelah semua tu takdir Allah, tapi kalau kita tak tanam, mana kan pokok tu nak tumbuh, ye tak?

Serius dalam bisnes bukanlah kita kena abaikan anak2 dan rumahtangga… Dari situ kita boleh set prioriti lah. Kalau siang hari tak boleh buat kerja sebab nak habiskan masa dengan anak2, kita boleh buat masa anak tidur. Ataupun hantar anak ke taska/pengasuh ntuk tempoh sejam dua sementara kita selesaikan urusan bisnes.

Bila kita betul2 ada target, objektif, misi dan visi, kita takkan ada masa ntuk buat alasan lagi. Tapi… kalo sekadar ada tulis je target objektif semua, buatnya separuh hati, memang tak jadi juga. Sendiri mau ingat, apa yang kita nak sebenarnya. Kenali diri kita. Sebab, tak semua orang self motivated. Ada orang yang perlu faktor penolak dari luar. Kalau anda yang jenis macam ni PERLU ada network dengan mereka yang bermotivasi tinggi dan bersistematik serta pandai memotivasikan orang lain.

kerja dari rumah

Tips Ibu Bekerja Dari Rumah (merujuk kepada fokus)

  1. Kenali diri dan kehendak kita. Usah terpengaruh dengan orang lain.
  2. Set-kan target dan objektif. TULIS. Pastikan target kita benar2 clear dan kita tahu kita boleh dan akan melakukannya.
  3. Tetapkan priority. Apa yang lebih utama? Jaga anak? Bisnes? Suami? Housechores? Stick to it. Put first things first.
  4. Fikirkan alternatif yang boleh membantu. Misalnya, upah pekerja; hantar anak kepada pengasuh; cari orang gaji, etc.
  5. Networking. Cari teman yang sama2 melakukan kerja dari rumah. Sekurang2nya ada orang yang memahami keluhan kita.
  6. Jadual. Buat jadual harian dan WAJIB follow.
  7. Jangan bertangguh, bila ada masa terus buat.
  8. Bezakan antara ‘musabab’ dan ‘alasan’. Kadang2 jadikan ‘keluarga dan anak2’ sebagai alasan saja. Fikirkan tentang ini.
  9. Tetapkan di mana anda mahu berada 10-15 tahun lagi. Masih nak struggle macam ni lagi ke? Kalau nak nikmati passive income mesti kena bermula dari sekarang.
  10. Jangan takut nak berkorban sekejap untuk masa depan yang lebih baik.
  11. Baca buku-buku motivasi yang boleh membangunkan diri dari mimpi.
  12. Kita tunggu komen2 dari ibu yang berjaya buat kerja dari rumah, mesti diorang ada banyaaak tips untuk dikongsi 😉
admin Avatar

9 responses to “Tips Kerja Dari Rumah – FOKUS”

  1. azurah Avatar

    Akak kagumlah, awak ni banyak je idea nak menulis. Anyway, you’ve got the point. Fokus amat perlu but after we have set the priority right.

    The first year is always the crucial part of a work-at-home-mom. I am only in my 7thmonth and am still adjusting.

    Ada masa memang apa pun tak jalan. Bisnes tak terbuat, anak tak terlayan. I just succumb to the situation.

    Biasanya akak buat kerja semasa anak ke sekolah. Adalah dalam 3 jam untuk buat itu ini. Jam 12, masa untuk anak. Selesai makan, rehat semua, akak curi masa utk buat kerja2 online marketing. Awal-awal dulu, bila malam anak tidur kita pun tidur sebab tak biasa berjaga malam. Now ni dah ok. Cuma trend tidur dah berubah.

    Talking about sacrifices we have to make. 🙂

    Apapun, tepuk dada tanya selera. When we do something, we should do it whoheartedly. Banyak usahawan wanita muda yang berjaya, lyna, wati, farah, lunatots tu yang put 200% in their effort and it pays.

    Dengan adanya prioriti, mudahlah nak sesuaikan fokus dengan keadaan keluarga. Kita tak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong vberciciran

  2. juanita Avatar

    Saya mmg tgu tips dari cekguu huhuhu

  3. juanita Avatar

    Azurah wat bisnes apa ye. Wahm sgt mencabar di ilusi saya. Adakah benar bagai dikata jika rumah la tmpt keje, tmtp berehat n segala2nya rumah. Hmmmm…nampak gaya kene sewa opis la ginih

    1. azurah Avatar

      Saya buat playgroup di melaka dan jual educational resources eg puzzles, flash cards, book esp utk keluarga islam.

      Boleh lawat http://byc.com.my

      Lyna, tumpang promo ya. 🙂

  4. mommy icha Avatar

    as salam alom,

    masa mula2 buat biz shaklee, icha masih kecil lagi, jadi memang sangat mudah bagi hadha untuk beri tumpuan pada biz. icha masih banyak tidur, hanya perlukan susu ibu dan cuma tahu meniarap dan mengesot aje.

    cabaran sebagai wahm bermula apabila icha dah mula ber’solid food’ dan dah pandai merangkak, memanjat dan seterusnya … sampai lah sekarang. memang sukar hadha nak fokus pada biz, tapi MAYBE sebab hadha ni jenis ‘senyap namun konfiden tinggi’, hadha masih maintain dalam biz ni. syukur.

    sampai satu tahap, hadha sangat stress dan sampai nak nangis sebab hadha tak boleh langsung nak tumpu biz. siang layan icha, malam layan hasben. aduhh.. tensionnye ALLAH je yang tahu. hasben suruh ambik orang gaji. pada hadha, buat apa? nak dijadikan tempat hadha lepas geram? selagi boleh, hadha nak uruskan semuanya sendiri.

    finally, syukur dapat ilham utk buat macam ni. waktu siang hadha gunakan untuk mengajar icha membaca, menulis, mengira, bermain, makan sama2, masak sama2, kemas rumah sama2.. icha suka! hadha pun hepi! petang2 hadha dah siap2 masak utk dinner. so, hasben balik, dah ready.

    hasben jenis tidur awal. icha pulak bila abah dia tidur, dia pun tidur. so, masa diorang tidur tu hadha guna sejam dua utk update blog, check stok, packing order, bw dsb. penat? tapi hadha niat kerja ni bukan utk isi masa lapang lagi, tapi nak bantu suami dan hadha akan pastikan hadha boleh buat sampai tahap, income hadha lebih lumayan dari hasben! hehehe

    alhamdulillah. jadual ni berkesan. cuma, bila hujung bulan, sales mahsyuk.. terpaksa korban masa bersama icha gak sbb kalau buat malam alamat melepaslah rezeki kan?

    hadha masih baru, masih belajar menjadi wahm yang cemerlang. banyak lagi belum siap.. homework utk passive income tuuuu pun belum siap 🙂

    1. nisa Avatar

      RASANYA SAYA MASIH INGAT LAGI NAMA HADHA NI. SAMA-SAMA JOINT MOMS DAY OUT HARI TU KAN? SAYA BUKAN BEKERJA DARI RUMAH. SY BEKERJA DR PEJABAT. SAYA MEMANG TABIK SPRING KT IBU2 YG BOLEH BEKERJA DARI RUMAH IA JAUH LEBIH MENCABAR.

      SAYA INGIN MENJAGA ANAK SENDIRI TETAPI KAMI BELUM MAMPU UNTUK TERUS HIDUP DENGAN HANYA SEORANG SAHAJA YG BEKERJA. SAYA INGIN BEKERJA DARI RUMAH TAPI BELUM PANDAI BERBISNES. SEMOGA SATU MASA ALLAH AKAN TUNJUKKAN JALANNYA

  5. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    hum sy pun aru nk berjinak jd WAHM..just part time utk bantu suami..belumlah bz beno..

  6. halen Avatar

    gud tips mommy.. 🙂

  7. nisa Avatar

    SAYA SEDANG MENGUTIP ILMU …. INSYA ALLAH, BERAZAM SUATU MASA NANTI INGIN MENJADI SEPERTI ANDA SEMUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge