Sebelum ke luar negara, pelbagai persediaan harus dibuat. Salah satu perkara penting ialah – roaming talian telefon. Tanpa roaming, Maxis atau Celcom mahupun DiGi tidak berguna lagi.
Perlukah roaming? Atau ada pilihan lebih mudah dan murah?
Untuk pilihan yang lebih murah, beli simcard baru di destinasi adalah terbaik. Tapi untuk mereka yang selalu anticipate panggilan daripada tanahair, sebaiknya aktifkan roaming.
Bagaimana nak aktifkan roaming?
Untuk pengguna Maxis postpaid, dan pengguna baru Celcom, deposit sebanyak RM300 perlu dijelaskan untuk pengaktifan, bersama dengan pasport. Saya aktifkan roaming sejak tahun 2009, semasa kami sekeluarga berkunjung ke London. Pengguna talian prabayar terus mendapat roaming secara automatik.
Bagi mereka yang tak boleh hidup tanpa internet, Maxis dan Celcom menawarkan unlimited data roaming di beberapa negara.
Maklumat tentang data roam partner dengan Maxis boleh diperolehi di SINI
Maklumat tentang data roam partner dengan Celcom boleh diperolehi di SINI
Saya jarang menggunakan data roaming, kecuali di tempat-tempat yang tiada perkhidmatan internet percuma di hotel.
Hotel-hotel di Eropah menyediakan WiFi percuma, namun di negara lain seperti Jepun, UAE, Jordan tidak semua hotel menyediakannya. Di negara yang tidak ada partner dengan talian kami, maka kafe-lah jawabnya. Kebanyakan kafe menyediakan WiFi percuma ^^
Kenangan dengan data roaming ni ialah sewaktu ke Jepun. Disebabkan Maxis tiada partner di Jepun, maka kami mendaftarkan diri dengan Celcom, semata-mata untuk mendapatkan unlimited data roaming.
Namun, setiba di sana, bukan saja data roaming, malah talian telefon kami berada dalam keadaan NO SERVIS selama 10 hari berada di sana. Sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana kami tidak tahu langsung untuk aktifkan roaming di Jepun dan Korea, hanya telefon 3G yang boleh digunakan, dan perlu aktifkan 3G untuk roaming. Sayang betul, putus hubungan langsung dengan Malaysia >_<
Beberapa perkara yang perlu diketahui tentang roaming:-
- Kadar roaming hanya boleh digunapakai untuk talian ‘partner’, jadi perlu periksa talian ‘partner’ agar tidak overcharged. Kerana talian selain dari itu, kita akan dikenakan kadar mengikut zon, yang tentunga sangat mahal.
- Sekiranya tidak menggunakan data roaming, nyahaktifkan atau ‘inactivate’ atau ‘Off’ – Cellular Data, 3G (kecuali Jepun dan Korea) dan Data Roaming. Anda mungkin menerima bil beribu-ribu kalau lupa nak turn off benda-benda tersebut.
- Periksa kadar panggilan IDD supaya tidak terbawa-bawa dengan keasyikan bergayut.
- Pemanggil juga dikenakan caj yang berbeza semasa kita sedang roaming, termasuk SMS. Seeloknya beritahu pemanggil kita ada di luar negara agar dia pun tak teruja nak cakap lama-lama.
Pastikan juga bil telefon sudah dijelaskan sebelum berangkat.
Selamat berangkat ke luar negara!
Leave a Reply