Jana pendapatan sampingan mungkin menjadi impian hampir setiap orang, tapi ramai yang tak tahu bagaimana caranya, apa yang nak dibuat, bagaimana nak mula dan sebagainya. Ramai juga yang berhenti sekerat jalan kerana tidak dapat memberikan komitmen.
Ibu bekerja adalah antara manusia paling sibuk di dunia, terutama bagi yang tiada pembantu rumah dan anak-anak masih kecil. Lebih-lebih lagi bagi yang mempraktikkan green living atau kehidupan alami yang mengutamakan penyusuan ibu, lampin kain, masak di rumah dan sebagainya. Namun begitu, semua itu bukan halangan atau alasan untuk seorang ibu bekerja tidak boleh menjana sebarang pendapatan sampingan.
Berikut adalah tips-tips yang berguna bagi mereka yang masih buntu memikirkan tentang menjana pendapatan sampingan.
Tips Memilih Bisnes Untuk Pendapatan Sampingan
- Kenali diri anda, apa yang anda suka dan selesa.
- Kaji corak kehidupan anda. Lebih mudah kalau buat jadual waktu harian dari bangun tidur hingga tidur semula. Dari situ akan nampak di mana masa2 yang sepatutnya terisi tapi tak ada isi pun.
- Kaji situasi anda. Misalnya, adakah anda mampu keluar rumah pada bila2 masa, atau hanya diam di rumah saja selepas waktu kerja?
- Bila dah selesaikan no 1,2, dan 3, maka lebih mudah untuk anda membuat keputusan. Jadi sekarang ialah mengkaji pelan2 perniagaan yang ditawarkan/datang/ingin anda ceburi.
- Pilih bisnes yang paling senang diuruskan.
- Pilih bisnes yang tidak perlukan komitmen masa di waktu siang (waktu kerja).
- Pilih bisnes yang fleksibel.
- Pilih bisnes yang berkonsepkan kerja sehari makan setahun. Maknanya giat berusaha hanya pada peringkat awal, kemudian ia mungkin jadi pendapatan pasif.
- Pilih bisnes yang anda ada tunjukajar tentangnya. Misalnya bisnes yang anda memang dah biasa, atau bisnes baru yang mana ada mentor untuk tunjukajar.
Antara Bisnes/Pekerjaan Sampingan Yang Sesuai Bagi Ibu Bekerja:
- Bisnes online samada menjual barangan fizikal, digital atau servis.
- Bisnes yang boleh dijalankan semasa hari minggu seperti menjual di pasar tani.
- Perkhidmatan yang fleksibel misalnya membina dan mereka laman web, fotografi, menjahit baju, jual barang2 keperluan dan sebagainya.
- Bisnes yang ada demand jadi anda tak perlu mula dari ‘0’, boleh belajar dari orang lain.
- Bisnes yang anda boleh kerajakan pada waktu malam misalnya party planner, jahit baju, etc.
- Bisnes yang long-lead, iaitu mempunyai durasi yang lama untuk disiapkan.
- Khidmat yang dibayar berdasarkan hasil, misalnya menjahit manik, memterjemah, jurutaip sambilan dan sebagainya.
Pengorbanan yang harus dibuat oleh ibu bekerja yang menjana pendapatan sampingan adalah sangat pelbagai. Misalnya mengorbankan waktu rehat yang lama, waktu menonton, dan waktu2 untuk bersenang2. Tapi bukan bermakna ibu bekerja yang mempuntai side income tidak mempunyai masa rehat mahupun masa untuk diri sendiri. Ia bergantung kepada sejauh mana pengurusan masa dan berkesannya teknik mengurus masa seseorang.
Antara masa-masa yang perlu diisi oleh seorang ibu bekerja yang berpendapatan sampingan:
- Masa untuk berada di tempat kerja dan komitmen yang datang dengannya.
- Masa untuk menjalankan perusahaan sampingan.
- Masa untuk menguruskan rumahtangga (suami) dan keluarga (anak2).
- Masa untuk berehat.
- Masa untuk bersosial.
- Masa untuk belajar benda baru.
- Masa untuk beribadah, berbuat kebaikan, berfikir+zikir.
- Yang paling penting ialah masa untuk Tuhan.
Dalam menguruskan kerja harian, gunakan konsep first thing first atau konsep keutamaan. Utamakan perkara yang lebih besar dan perkara kecil2 akan lebih mudah diselesaikan.
Leave a Reply