Ibu Berkerjaya Menjana Pendapatan Sampingan tak Bersyukur?

By | November 27, 2010

Ibu berkerjaya yang menjana pendapatan sampingan, kini seolah menjadi satu ‘trend’. Kebanyakan peniaga2 kecil yang berjualan di blog-blog dan FaceBook adalah terdiri dari mereka yang mempunyai pekerjaan tetap terutama ibu berkerjaya.

Apakah rasional di sebalik menjana pendapatan sampingan ini? Adakah sudah tak cukup gaji? Atau mahukan duit lebih untuk enjoy dan shopping? Atau tak bersyukur dengan apa yang ada?

Saya nak sentuh topik bersyukur itu. Sebabnya, saya dah biasa kena tembak dengan benda tak bersyukur ni. Sekadar nak berkongsi agar kita dapat menukar perspektif terhadap syukur ni. Syukur asalnya dari perkataan Arab, Syakaro bermaksud ‘membuka’ dan dalam istilahnya ialah pujian terhadap nikmat yang diberikan dan berasa puas dengan pemberian walaupun sedikit. Walau bagaimana pun, nikmat Tuhan itu tidak pernah sedikit, kerana Dia sendiri menyatakan dalam Surah Ibrahim ayat 7 “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambahkan nikmat kepadamu“. Makin kita bersyukur, makin banyak Dia beri.

Kadangkala, sebenarnya kalimat ‘syukur’ itu disalahguna, terhadap benda2 yang ‘malas’ untuk diusahakan, maka jalan mudah dan ‘nampak mulia’ ialah dengan berkata “syukur dengan apa yang ada”.

Bilakah keadaan syukur itu disalahguna? Tidak semestinya kesyukuran itu ketika kaya atau senang, atau ketika diberi nikmat kegembiraan sahaja. Nabi SAW bersolat malam setiap hari untuk menyatakan kesyukurannya kepada Allah, meskipun ketika dilanda musibah. Penyalahgunaan kata syukur itu berlaku apabila kita cuma nak lari, atau escape dari memikirkan sesuatu yang lebih baik, namun pada masa yang sama kita mengeluh dengan keadaan yang kita hadapi. Misalnya “Ahhhh, harga barang naik lagi, duit aku dah tinggal 2 ringgit apa boleh beli ni? Malangnya nasib aku. Tak apalah, syukur dengan apa yang ada”. Bersyukurkah begitu? Seolah2 kita menghambur marah caci maki kepada seseorang kemudian berkata “Tak mengapa, aku OK saja”. Adakah orang tersebut berasa gembira walaupun kata “OK” tapi selepas dicaci maki segala?

Syukur bukan bermakna kita patut berhenti berusaha. Qanaah itu bukan hanya sekadar cukup makan dan kemudian mengeluh bila jadi mangsa keadaan. Zuhud itu bukan hidup dalam keadaan kesempitan. Itulah konsep wasatiah yang diajar oleh Islam. Balance life yang lebih besar maknanya daripada benda yang berkaitan dengan work-life-balance. Kehidupan seimbang antara seorang insan, seorang khalifah dan seorang hamba. Sebagai insan kita perlukan sesuatu untuk keperluan diri dan hidup kita, sebagai khalifah kita perlukan sesuatu untuk memimpin bawahan kita dan sebagai hamba kita perlukan sesuatu untuk dipersembahkan kepada Tuhan kita.

Dalam surah Ibrahim ayat di atas, Allah menyambung lagi dengan kata lawan bagi syukur iaitu kufur “Dan jika kamu mengingkari (kufur) nikmat-Ku, maka azab-Ku amatlah pedih“. Kata kufur membawa maksud ‘menutup’ dan dari segi istilahnya ialah lupa pada nikmat2 yang diberi. Maka terjadilah salahguna nikmat tersebut, contohnya seperti kisah Qarun yang mengaku kekayaannya tiada kaitan dengan Tuhan sebaliknya hasil usaha beliau sendiri. Tidak berterima kasih kepada Sang Pemberi Nikmat dengan nikmat yang sikit atau banyak. Ia juga bermaksud menggunakan nikmat Allah di jalan yang menyimpang, misalnya nikmat mata digunakan untuk mengintai aurat orang lain, dan sebagainya.

Syukur itu adalah hubungan unik antara hamba dengan Tuhannya. Seseorang yang hidupnya sentiasa sibuk tapi setiap masa dia bersyukur langsung tak sama dengan seseorang yang banyak masa free tapi asyik mengeluh dan merungut. Syukur itu pula tidak hanya dengan kalimat “Alhamdulillah” sahaja, ia harus diisikan dengan perbuatan dan niat. Perbuatan bersyukur itu mungkin tak boleh dilihat oleh orang lain, mungkin orang itu rajin solat sunat syukur, rajin bersedekah tanda kesyukuran, rajin berkongsi ilmu kerana berterima kasih pada Allah atas ilmu yang dimiliki. Setakat kata “Alhamdulillah” tapi dalam hati duk merungut2 kenapa lahhh aku tak senang macam orang lain, amal buat tak ada apa2 melainkan merungut sepanjang masa, tapi mulut sentiasa berkata “Syukur dengan apa yang ada”. Masihkah lagi nak beralasan?

Ini berbeza dengan mereka yang tidak ada apa-apa tapi hidup dengan gembira. Bila tak ada lauk di dapur, syukur ada peluang kita puasa sunat. Bila ditimpa sakit, syukur Allah panggil kita untuk jadi tetamu agung-Nya. Bila duit simpanan habis, syukur Allah masih beri nyawa dan kudrat untuk berusaha dan bekerja.

Dunia ini bila kita sandarkan pada wang, memang akan nampak $$$$$$ saja. Nilai di sebaliknya itu yang ramai orang gagal untuk lihat dan rasakan. Menjana pendapatan sampingan bukan semata-mata untuk duit. Bak kata orang kita “Duit boleh dicari” (tapi hati yg suci sukar dimiliki). Pendapatan itu bukan semata-mata datang dalam bentuk wang. Ia dalam pelbagai bentuk dan sudut. Dari segi pengalaman, anjakan paradigma, pemikiran, pengurusan dan banyak perkara lain lagi.

Saya tidak terkejut jika seorang ibu yang tidak bekerja, sepenuh masa berada di rumah, atau ibu bekerjaya yang tidak buat benda lain tapi masih tidak se-efektif ibu bekerja yang keluar seawal jam 7 pagi, pulang jam 7 malam, di rumah tiada pembantu, menguruskan anak, suami, masak, bisnes dan sebagainya. Mungkin kerana pendedahan terhadap ibu berkerjaya lebih meluas dari segi pengurusan dan paradigma menjadikan ibu2 ini lebih berkesan dalam pengurusan masa, emosi dan sebagainya.

Saya amat kagum dengan wanita2 besi ini. Seolah2 tiada masa rehat buat mereka tapi mereka gembira, puas dan jarang sekali merungut. Malah rutin harian yang memenatkan itu tidak langsung mematahkan semangat untuk terus berusaha. Anak, suami, rumahtangga tidak langsung terabai walaupun semuanya tergalas di bahunya seorang. (Saya pernah kawan saya kata “Kau takpe kalau nak buat benda lain pun, kau ada maid, suami kau buat kerja rumah, anak2 kau baik2”. Oh sesungguhnya semua itu adalah kata berlawanan T_T) Dalam masa yang sama sudi pula berkongsi pengalaman yang serba sedikit ni untuk manfaat bersama orang lain.

*entry ini tiada kena mengena dgn wanita korporat atau bisneswoman yg sibuk sampai melupakan keluarga & anak2, sekadar berdasarkan pengalaman sendiri & rakan2 terdekat sahaja.

Sebenarnya ibu berkerjaya yang menjana pendapatan sampingan sedang melalukan kerja yang mulia. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sekurang-kurangnya jika kompeni yang membayar gaji sekarang itu melingkup dan gulung tikar, maka mereka ni tak perlu risau dan gundah gulana kerana sudah ada back-up plan. Di pejabat pun boleh buat kerja dengan riang gembira tanpa perlu stress dengan persaingan tikam menikam untuk naik pangkat dan sebagainya. Janji meet all requirements ­čÖé

Jadi bagaimana? Masih ada yang rasa ibu bekerjaya yg menjana pendapatan sampingan ni tak bersyukur?

ibu berkerjaya

10 thoughts on “Ibu Berkerjaya Menjana Pendapatan Sampingan tak Bersyukur?

  1. z@m

    Bekerja biarlah macam nak hidup sampai bila-bila. Beribadat biarlah macam nak mati sekarang….Tu jek bagi saya.
    z@m┬┤s menulis tentang ..A Come-BackMy Profile

    Reply
  2. mama faiz

    good entry sharing dear lyna……and nak share..”.Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada setiap hari. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
    mama faiz┬┤s menulis tentang ..negative thinking juga membantu merealisasikan azambagaimanaMy Profile

    Reply
  3. kana

    again, semuanya pucuk pangkal diri sendiri.

    you are totally correct in a sense yang defination syukur itu sendiri adalah tidak sama antara individu. so buat apa perlu dipertikaikan usaha (atau no usaha) orang lain. tidak wajar berlaku tembak menembak. rezeki allah luas. hak kita sentiasa ada if only kita berusaha mencari.

    then personally saya rasa ayat ‘..berusaha as if nak hidup 1000 tahun lagi dan beribadat as if nak mati esok..’ sudah agak lari dari penafsiran yang seimbang. nak2 tang ‘beribadatlah as if nak mati esok’. sebab bila muhasabah diri balik, bagaimanakah gamaknya keadaan ibadat kita yang sesungguhnya jika diberi masa sampai esok sahaja untuk hidup didunia ini? tak tercapai diakalku.

    ­čśÇ

    Reply
  4. kakyong

    kalo malas memang tak ke mana?
    jgn cemburu @ dengki dgn pencapaian org, jika kita pun tak mau usaha… ­čśë
    sepatutnya dijadikan pendorong agar sama2 bergerak ke depan…
    kakyong┬┤s menulis tentang ..GA Teka &amp Menang Ibu3AMy Profile

    Reply
  5. inadot

    hakikatnya wanita yg bekerjaya memang dah berjaya….
    tapi naluri seorang isteri yg sentiasa ingin membantu suami…
    hati nurani seorang ibu yg sentiasa ingin yg terbaik utk ank2…
    limpahan yg diterima sentiasa bersama kesyukuran di hati WANITA.

    Reply
  6. Cinta Super

    setuju with your point of view. now i am a sahm. setahun lalu adalah ftwm. apa yang nak dikata kat sini, ada di antara kita yang mmg husband tak beri cari nafkah tambahan pun sbb mahu kosentret dengan membesarkan anak2 shj. (bukan saya sbb suami mmg galakkan). pun begitu, menjadi isteri sebegitu tak lah bermakna life diorang tak productive, right? pokok pangkalnya, terpulang pada kita suami-isteri. ada suami tak menghalang. ada suami menghalang. suami mesti ada good reasons kenapa beri atau tak beri. dan pada saya, if u adalah ftwm dan cari duit sampingan pulak, mmg tak betul kalau dikatakan tamak/tak bersyukur whatsoever.

    keperluan dalam setiap keluarga, hanya kita yang tahu. kita, suami-isteri. bukan orang lain yang tengok dengan mata. right? so, keep strong. keep the determination.

    mengenai sahm yg takde motivation macam ibu2 yg busy kerja, urus rumah dan side-income juga tu mmg benar. salahnya, saya rasa that mom takde semangat nak improve diri. tak semestinya kena meniaga. takyah meniaga pun takpa. janji kita kuat membaca dan sentiasa ada ilmu penuh kat dada. itu cukup. baru berbaloi fulltime jaga anak dan fully monitor ilmu anak-anak seperti orang yg bekerja tak boleh buat, ye dak?
    Cinta Super┬┤s menulis tentang ..HurdlesMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge