admin Avatar

Kami singgah di Amsterdam hanya 2 hari, jadi jadual tu memang sangat-sangat padat. Petang selepas balik dari meninjau kincir angin, kami berehat sekejap, dan keluar semula… melihat-lihat apa yang ada di Kota Amsterdam ni.

Destinasi pertama ialah Hard Rock Cafe, yang mana husband nak beli cenderamata dari sini. Kami ke sini dengan menaiki tram. Untuk transportation di Amsterdam ni ada beberapa cara:-

Tapi kami tak ambil pun mana2 di atas, jalan kaki je.

Ke hard rock tu kami naik tram, tiket beli dalam tram tu. Kejadian salah naik tram ni memang biasa lah.

HARD ROCK CAFE AMSTERDAM

Tak susah pun sebenarnya, tapi first timer, biasa lah. Walaubagaimana pun, public transport di Amsterdam ni memang first class.

Lepas tu kami balik dengan berjalan kaki sambil lihat-lihat apa yang ada di kota ni.

Jalan kaki di sini kena hati-hati dengan basikal! Penunggang basikal di Amsterdam ni memang tak tengok kiri-kanan. Kita kena alert dan hati-hati, jalan tepi-tepi sikit. Nanti kena langgar.. πŸ˜€

Petang tu sempatlah sampai ke I Amsterdam ni.

I AMSTERDAM

Amsterdam bandarnya tak besar. Compact gitu. Jalan kaki pun boleh habis satu bandar, oleh itu kami pilih cara paling mudah, murah dan ‘green’ ni. Tapi untuk sightseeing kami naik waterbus atau bot yang menyusuri Sungai Amstel… seronok sebab boleh rileks dan nampak pemandangan yang cantik πŸ˜€

WATERBUS

Tiket waterbus ni pun boleh beli terus di port dia berdekatan Central Station.

2 hari di Amsterdam rasanya boleh cover semua untuk sightseeing. Tempat-tempat yang berbayar (mahal) macam Madaam Tussaude kami tak masuk, lagipun kat mana-mana pun ada πŸ˜€ Antara tempat yang kami pergi adalah Van Gogh Museum. Jalan kaki dari hotel.

Di Amsterdam ramai Indonesian, malah ramai couple Indonesian-Dutch. Kalau di Britain, ramai Malaysia πŸ˜€ Mungkin kita ni memang suka ‘get connected’ dengan penjajah masing-masing, haha.

admin Avatar

2 responses to “Tips Jalan-Jalan Amsterdam”

  1. Fauzie Avatar

    Jalan2 keliling tempat2 wisata di daerah saya belum semua bisa dikunjungi apalagi ke Amsterdam ya, mungkin hanya dimimpi nie
    Btw sharingnya sangat bermanfaat, semoga nanti saya bisa ke sana juga..

  2. azhari Avatar
    azhari

    Sangat teruja dengan pengmbaraan ke europe puan dan suami dan baby.

    Mohon jasa baik dikongsikan anggaran bajet dan itinerary ke europe tu boleh ker?

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge