Tips Untuk Hiking Pertama Kali

By | October 11, 2013

Semasa zaman kanak-kanak dan remaja, saya bukanlah seorang yang aktif. Bersukan paling bagus pun sukaneka. Selalu kena komen dengan cikgu sebab kurang stamina. Paling bagus pun join kelab taekwon-do dan silat.

Hiking, kalau boleh dikira hiking lah, masa kecil-kecil dulu dengan kawan-kawan keluar masuk hutan. Tapi bila dah besar, berkhemah pun jarang. Yang pertama dan mungkin terakhir kot, berkhemah dengan kawan-kawan kadet remaja di Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan. Itu pun cuma berkhemah saja, tak ada aktiviti yang lasak apa…

Pertama kali panjat bukit, semasa Tingkatan 5, Bukit Peraksi di Pasir Puteh. Bukit kecil je, lagipun badan masih remaja, tak terasa pun panjat bukit 😀

Bila dah masuk uni, dah kerja, memang dah tinggal langsung aktiviti fizikal, bersenam pun jarang 🙁 Hanya bila saya mula serius dalam bidang kesihatan sejak menceburkan diri dalam Shaklee, saya mula menyedari akan 4 pilar untuk kesihatan yang optimum:-

  • Makanan berkhasiat dan seimbang
  • Suplemen tambahan
  • Aktiviti fizikal
  • Kesihatan rohani (spiritual)

Jadi saya mula konsisten dengan aktiviti fizikal, sekurang-kurangnya senaman mengikut program Nike di rumah.

Pertama kali saya hiking memanjat Bukit Broga bersama suami pada bulan Mei tahun 2013. Saya memang agak kurang yakin dengan keupayaan diri sendiri; berdasarkan sejarah lampau; saya cepat pancit, semput, rasa nak pitam. Malah saya pernah pitam semasa latihan taekwon-do dan kawad kaki.

Pengalaman saya mendaki Broga boleh baca di sini.

Jadi, sekarang saya nak share beberapa tips untuk orang yang macam saya – pertama kali nak hiking.

1) Mulakan dengan latihan ringan seperti jogging, aerobik… untuk sediakan tubuh kita agar bersedia untuk hiking. Rentak jantung perlu dijaga, pertama supaya kita tak semput, dan kedua supaya otot tak tercedera. Bila rentak jantung terlalu laju, badan kita mula ‘membakar’ otot dan mendedahkan tubuh kepada kecederaan otot.

2) Stamina sangat penting. Dan sendi yang fleksibel untuk memudahkan pergerakan. Makanlah makanan yang menjaga sendi dan stamina seperti oat, ikan, kacang2 dan pisang. Saya mengamalkan Advanced Joint Health Tablet dan CoQ Health Plus. Alhamdulillah, nak melompat batu ke jeram ke dah tak risau.

tips untuk hiking berkesan

3) Peralatan yang sesuai untuk hiking. Jika nak mendaki, pakailah kasut yang sesuai agar kaki terus selesa dan tidak mencederakan atau menyebabkannya melecet. Paling best kalau dapat kasut yang cover bahagian buku lali. Dan kalau boleh dapatkan hiking pole memang sangat bagus kerana ia membantu menyokong tubuh dan mengelakkan tekanan terutama pada lutut.

kasut hiking

4) Air! Air sangat penting kerana kita bukan saja akan berpeluh tapi metabolisma meningkat menjadikan tubuh perlukan lebih banyak air. Dehidrasi boleh membawa kepada pelbagai masalah. Biasanya saya bawa sebotol air masak dan sebotol Performance Drink.

beg hiking

5) Energy bar dan coklat. Kalau hiking di Broga atau Bukit Kiara tidak terasa sangat, kerana dekat saja.. tapi kalau hiking sampai 10km memang rasa stress, letih dan lesu di minda. Untuk atasi masalah ni saya bawa coklat dan energy bar. Tapi bagi pertama kali mungkin perlu juga supaya tak stress. Coklat buat saya gembira 🙂

Hiking yang pertama kali tu memang buat saya rasa serik. Penat dan pancit. Masa tu saya belum konsisten dengan CoQ Health Plus. Alhamdulillah, lepas konsisten, dah tak pancit2 dah. Apa lagi bila dan mula cukupkan peralatan. Teringat pertama kali naik Broga, saya penat sangat sampai muntah di puncak (tu pun tak sampai ke puncak yang lagi tinggi sebab dah tak boleh berdiri dah). Balik rumah, seminggu tahan sakit otot. Kali kedua, alhamdulillah memang dah tak rasa penat dan sakit badan. Begitu juga masa mendaki gunung di Korea dan New Zealand, syukur alhamdulillah. Benda yang selama ni rasa mustahil, sekarang rasa sangat mudah.

Aktiviti fizikal ni memang best. Rasa tubuh ‘muda’ kembali. Nak beribadat seperti solat pun tak sukar sebab sendi-sendi dan fleksibel dan tubuh mudah digerakkan.

Jadi bagi sesiapa seusia saya yang tak pernah buat aktiviti fizikal (ramai kawan saya memang aktif dari rumah, so kalau korang golongan ni, dah tak perlu nasihat ni), mulakanlah sekarang. Mula-mula kena tahan sakit sana sini.. tapi lama-lama rasa seronok, badan pun ringan, hati pun senang. Alhamdulillah. Sangat dituntut untuk kita sentiasa kuat dan cergas.

Jom!

One thought on “Tips Untuk Hiking Pertama Kali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge