Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung

admin Avatar

Dah mula puasa, bagaimana ya keadaan ibu2 di luar sana?

Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbagan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga.

Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

  • Pergerakan bayi yang tidak normal.
  • Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

  • Banyakkan pengambilan cecair.
  • Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
  • Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
  • Mengambil vitamin C.
  • Berehat secukupnya.
  • Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.

Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.

Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

  • Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
  • Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  • Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
  • Banyakkan bertenang.
  • Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
  • Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
  • Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
  • Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.

Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.

Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!

admin Avatar

24 responses to “Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung”

  1. Honey Avatar
    Honey

    Assalamualaikum … Copy masuk blog yer … Nak syer ngan kengkawan … 😆
    .-= Honey´s last blog ..NUR KASIH … =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Waalaikumussalam Honey

      silakan if bermanfaat 🙂 smg ramai dapat manfaatnya.

  2. AshAnas Avatar

    shira copy hantar email kat kwn2 bleh? ramai yg dok tanya…
    .-= AshAnas´s last blog ..Ramadhan tahun ini =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Silakan Shira, kongsi mana yg bg manfaat 😀 & include my blog’s link if u dont mind 😉

  3. ummi Hanie Avatar

    SALAM KAK LYNA…

    USEFUL INFOS FOR US…ESPECIALLY ME (PREGGY MUMMY) COMING TO BFing BBY SOON THIS RAMADHAN…

    THUMBS UP FRM ME
    .-= ummi Hanie´s last blog ..Me n Family Apart Again . . . =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Ummi Hanie,

      Sem0ga dipermudahkan semuanya ya! Happy fasting!

  4. Yati Avatar

    Thanks for sharing this very useful tips, Mommy Lyna. 🙂
    .-= Yati´s last blog ..Selamat Menyambut Ramadhan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sharing is caring kata orang 😀

  5. NaDiaH SiDeK Avatar

    thanks 4 sharing mommy lyna! thn lps ms mengandungkn safiyyah alhamdulillah dpt puasa penuh..thn ni punya puasa kena ganti la..ada kwn baik..gitu la..ehe..
    .-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Dapat lesen kereta! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Wa mana tau kawan baik nak berehat bulan ni. Bg hadiah besday.. Ahaks.

  6. MommaMia Avatar

    Walla best info. Thanx for sharing.
    .-= MommaMia´s last blog ..Hadiah Bufday Damia =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      😉 moga bermanfaat

  7. dinky's mom Avatar

    thanx for the info. hari ni mmg kena buka posa sbb tak sempat sahur. bgn pg jer dh pening2, by mid day dh nak pitam. ingat kan blh posa mcm dulu2. suami dh warning dah pasal posa ni tp berlagak gagah dahlah pregnancy kali ni ada problem, uri bawah, placenta previa 3.
    .-= dinky’s mom´s last blog ..My Rootote =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      semoga dipelihara kandungan dinky’s mom sampai la selamat semuanya.

      ye la tak sahur mmg sakitla sikit kan. lagi2 kalau malam tu tak sempat minum banyak2 😀

      takpe, ada kelebihan kat situ hix.

  8. fid Avatar

    makanlah kurma/.tamar banyak banyak

    hehehheeeee
    .-= fid´s last blog ..musk lime =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yusof Taiyoob~

  9. tunfrida Avatar
    tunfrida

    Salaam Lyna,
    saya pun masih menyusukan pada ramadhan kali ini. alhamdulillah, semuanya lancar [setidaknya buat masa ini]. I ambil lingzhi dan pollen sebagai makanan tambahan. Pollen kaya dengan vitamin B kompleks.

    I also highlight shaklee performance drink.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Gud sharing tunfrida. Now we hav byk option utk sustain puasa 😀

      & so thank u 4 d highlight!

  10. sumijelly Avatar

    tips yg memang berguna, skrg nie sumi sdg cuba sedaya upaya mengepam juga.
    walaupun terasa lemah, tp selalu ada hikmah di sebaliknya.
    pada ibu2yglain, jgn berputus asa yek..
    go BF…!!!

  11. aidie Avatar
    aidie

    saya cuba mengepam..tapi hasilnye tak seberapa..tapi tetap mahu berusaha..thanks for the tips! :mrgreen:

  12. aidie Avatar
    aidie

    oh satu lagi..i amik omega3.. good for the quality of ur milk

  13. […] petik dari laman web My Super Kid untuk lebih info, sila rujuk laman web […]

  14. Nadia Avatar
    Nadia

    salam kak lina
    saya skang ni mengandung. try cri breast pump.
    tp cam mhl je la. klu bleh nk cri yg sratus lbih je.
    bleh x bg idea skit nk cri brand pe. nk stat mnyimpan duit.

  15. ibubahia Avatar

    thanks 4 sharing info..sy mmg tercari2 info nih,dulu b4 jd ibu tak ambik pusing pasal ni tp skrg mmg pntg untuk tahu sbb sy 100% menyusu bdn.sy nk copy info ni kt my blog n ahare ngn kengkawan lain yer..ramai yg duk tnye 🙂
    tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge