Tinggal kurang seminggu lagi kita nak masuk bulan Ramadhan.
Ibu2 yang BF, termasuk saya, mula dah sibuk ke sana sini mencari petua untuk maintain pengeluaran susu di dalam bulan puasa ini. Ya lah, menyusu bukan halangan bagi kita ibu2 untuk meneruskan ibadah wajib ni
Bulan puasa tahun lepas, saya banyak mengalah kerana susu sangat2 kurang, tambahan pula saya sedang mengandungkan Fahry masa tu. Bukan saja di waktu siang, bila dipam keluar setitik saja, waktu malam juga Hafiy menangis2 kerana susu tiada. Demi dia, 6 hari saya mengambil rukhsah untuk tidak berpuasa, alhamdulillah pada malamnya dia dapat tidur lena seperti biasa dalam dakapan saya. Kerana saya berbuka demi Hafiy, saya dikenakan fidyah, dan sudah pun dijelaskan. Alhamdulillah…
Puasa kali ni, insya-Allah, saya berazam untuk puasa penuh. Sepanjang saya mengganti puasa, alhamdulillah susu OK. Saya tak risau sebab kedua2 hero ni, Hafiy dan Fahry direct feeding setiap masa, cuma kadang2 bila waktu petang Fahry macam meradang sebab flownya mungkin slow. Jadi, apa yang saya buat ialah mengambil Performance Drink Shaklee untuk memastikan bendalir badan saya sentiasa balance dan saya tidak mudah ternyah-hidrat (dehydrated). Dengan itu, badan saya berupaya menghasilkan susu mengikut permintaan anak2 saya.
Inilah dia minuman yang dimaksudkan:

picture courtesy of Health and Harmony
Ia sebenarnya minuman untuk ahli sukan, oleh itu ada gambar orang berbasikal di peknya. Hakikatnya ia sangat bagus untuk menghalang dehidrasi dari berlaku, selain sesuai bagi ibu menyusu, ia juga sesuai untuk mengerjakan haji/umrah, pekerja di bawah panas terik dan mereka yang demam. Ia berfungsi seperti minuman isotonik, e.g. 100 Plus, cuma kandungan gulanya lebih rendah dan tentunya lebih menyihatkan.
Performance Drink yang berperisa oren ni memang sedap, terutama bila diminum sejuk-sejuk. Kalau puasa kan mesti nak minum sejuk2. Minuman ni boleh dijadikan alternatif kepada minuman kesukaan lain, selain rasanya sedap, ia juga mudah untuk disediakan. Tak perlu tambah gula lagi.
Ia bukan je sesuai untuk ibu menyusu ya, tapi seluruh keluarga.
Kalau ada yang berminat untuk info lebih lanjut atau nak order, boleh CONTACT saja saya
Kalau nak lagi best, boleh tambah MealShake yang mengandungi protin, vitamin dan zat galian yang lengkap untuk bekalan nutrient harian, dan Fiber agar tidak berasa lapar terlalu. Pun boleh CONTACT saya juga.
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan dan Selamat Menyusukan Bayi!

**bukanle nak promo tapi since ramai yang tanya macamana nak hadapi puasa + menyusu ni, elokla kita kongsikan apa yang patut kan.



{ 42 comments… read them below or add one }
Alhamdulillah Mommy Lyna mampu puasa macam tu…
Ni tengah risau lagi ni, mampu ke tak puasa dalam bulan ramadhan ni, lil muhammad baru 4 bulan, so masih full menyusu…
Tapi Allah SWT dah mengiktiraf kedudukan seorang ibu dengan memberikan mereka hadiah untuk berbuka puasa, bertapa Allah SWT sangat memahami hamba-hambaNya…
Itula saya pun ada budget juga utk berbuka if susu kureng, kesian kat anak2 pula. Dah nyata Allah lebih utamakan anak2 yg menyusu badan, tak perlu rasa tak sedap hati if kna buka puasa.
Tapi jgn pula ada yg ambil kesempatan kan. Mentang2 ada rukhsah, main bantai je buka puasa atas alasan itu, padahal hati tak risaukan anak/diri sdr pun. Berasa lapar dan dahaga bukan alasan utk berbuka, memang adat puasa mcm tu gayanya, tak menyusu pun lapar dahaga juga.
salam mommy lyna…..
saya berkenanlah nak beli performance drink tu…..berapa yer harganyer????boleh tak mommy lyna bgtahu saya…..
saya pun still nyusu badan lagi…ain dah 11 bulan…..tp alhamdulillah…biler sy ganti puasa hari tu susu still ader lagi…nie cuma nak tambah susu lagi…..makin besar makin banyaklak ain nak minum susu…hehehe
hopefully mommy lyna leh bagitahu saya secepat mungkin yer…..
.-= liza´s last blog ..SUNGGUH TAKUT….. =-.
Salam Liza. Harganya RM66 setin. Plus postage rm10. Actualy ni harga diskaun for members, so bole dapat if order dgn saya. If beli sdr, lg mahal la.
so liza nak bankin kat bank mana yer????maybank leh tak????
.-= liza´s last blog ..SUNGGUH TAKUT….. =-.
akak takut sgt2 bln posa nie susu akak terus kering…
.-= mama emma®´s last blog ..-PERSONALISED BABY BIRTH POSTER- =-.
Marila kita sama2 usaha dan berdoa..
Tak salah la kalau u promote pun..
I pun ckp..kalau ada nak beli shaklee..kawan i..iaitu u ada jual..hehe
.-= mamadanish dan arissa´s last blog ..Eumora =-.
Hehehe. TQ TQ.
Nways..thanx for the info..kita ni kena start kumpul lemak sebanyak mungkin..huhuh..
.-= mamadanish dan arissa´s last blog ..Eumora =-.
Cemana tah nk kumpul lemak ni, kumpul ebm pun tak dan (malas) hehe.
lyna,boleh dapat kat farmasi berdekatan tak?
.-= farah´s last blog ..My first attempt wearing skinny leg jeans =-.
Tadak kat famasi la Yang, ada kat kdai Shaklee je.if oder dgn i dpt member price.hehe.
a ah la, berapa rm eh..? bagus sangat ya..? kalau bagus, saya pun nak try…
RM nya rm66 + postage rm10. So far testimonial bagus2 jugala. Tak salah if nk cube kan? Lagipun 1 family bole minum.
ok.. tq. beli dengan sapa..? anakkuwiraku ke..? ke kat kedai2…
.-= zuhaini´s last blog ..A new day! =-.
Beli dgn sayala Zu. Hehe.
salam pn.mod
I’m doing ‘Say it with cupcakes’ – charity drive. I work together with my sahabat in TM, Jules, eksekutif suri (serunding) & ummikusayang.
Part if our sale goes to the orphanage home. you can see the list in my blog. mysunshine2u.blogspot.com or mysunshine-cupcakes.blogspot.com
if sudi pls share this with all your friends & relative.
appreciate your help. Thanks
zar
.-= zarina´s last blog ..Say it with Cupcakes – Charity Drive =-.
Pn Zar,
Allrite, will cekidaut!
ala..nk order pun jauh sgt..huhu..
.-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Cheese cake & pizza =-.
huuhuhuhu
brp gram ye setin? semlm duk tunjuk kat suami..dia kata kalau nk beli..beli la..nnt dia byrkn. hehe. ingt nk beli jgk la..sbg preparation..risau gk safiyyah tak puas nyusu. kalau reply kat FB sy pun ok gk. tq!
.-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Cheese cake & pizza =-.
saya nak beli ngan puan mommy lina…please call me….0192872087
Kalu time puasa bila kene amik? Time sahur or mlm?
a ah amik time sahur dan malam juga
ok, kalu cam tu nak try jugak lah.Next week bila dah dpt gaji maz order ye. Bape lama yea process pembelian dan penghantaran?
.-= mazlia´s last blog ..Assalamualaikum =-.
penghantaran dia.. kal order before jam 2 petang, keesokan harinya akan sampai ke pintu rumah/opis anda!
i dah benti susu adam…. niple berbulan-bulan cracked segala ubat dah cuba tapi on off sekajap baik n sakit balik. tapi maa nysus adam dulu bila nak puasa jek mesti gerun takut susu kurang…
.-= yaya´s last blog ..Tips rahsia "bersama" suami =-.
itula memikirkan puasa memang bole expect susu kureng. itu yg i berbuka kalo rasa susu kritikal, kesian budak2 kan hehe.
Check my preps..he,he..
All the best to all nursing moms out there!
.-= Hanz´s last blog ..Ramadhan Preps for Nursing Mom(s) =-.
good sharing Hanz!
all the best to you too!
last ramadhan i missed 3 days sebab BFing. almost pitam after express susu.
insyaallah ramadhan ni, i will be much better coz this past 1 month dah practise berpuasa. key to it, wajib sahur. kalau tak sahur, after BFing mesti cam nak pitam.
nnt menu berbuka, try selit2 food yg boleh UPkan susu. cam lobak putih, fennel, sweet potato, the famous ice blended kurma, masak nasik with fenugreek, cucur bilis/udang with lots of kucai and apa2 food that works for your boday. i’ve been doing that during puasa ganti ni, alahamdulillah susu ok.
hope u all have a wonderful ramadhan.
.-= mamamiya´s last blog ..Rezeki Anak- Miya with her new Bike!! =-.
good tips mamamiya!
milk booster pun penting utk menten susu. yg penting sahur jgn skip, bole blackout silap2 kan.
makan nasi with fenugreek? ni kena tanak nasi with fenugreek ke? kena cuba nih..
so far i dok telan fenugreek pills tuh..tapi mcm biasa la jugak amount susu
salaam..
along..yg ni org preggy boleh minum ke? or ada protein drinks lain yg along can suggest utk preggy mummy yg boleh tlg curb hunger cket esp yg tak berselera mau mkn mende lain..
thanks..
Bole amiq ESP (energizing soy proton), ia bole beri rasa kenyang & protin yg mudah diserap tubuh.
saya nak produk ni….
satu tin berapa kg?..leh tahn berapa lama eh?..saya berminat la..leh tak email saya pasal produk n
.-= cuppycake´s last blog ..Mommy puasa la sayang.. =-.
Salam,
Saya berminat nak dptkan performance drink tu.. boleh email mcm mana nak order?
Thanks!
.-= Ruzanna´s last blog ..Ron-ngak =-.
nak tray jugak camna nak order..boleh masukkan ke fb saya..noormarlna ismail
min berminat nak dptkan performance drink tu.. boleh email mcm mana nak order? min dr lahad datu sabah
Thanks!
Good article, i really inspirated and motivated for shaum and ASI give(Air Susu Ibu)
.-= noorhani dyani laksmi´s last blog ..Mutiara Jumat =-.