, , ,

Tips Bawa Anak Bercuti Ke Iceland

admin Avatar

Alhamdulillah, pada awal cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga ke sebuah negara yang jarang disebut, Iceland yang terletak berhampiran Kutub Utara. Iceland adalah antara negara2 Nordic, iaitu yang terletak di utara Eropah dan Lautan Atlantik Utara. Antara inpirasi kami ke Iceland adalah dari pengembaraan adik ipar saya ke sana tahun lepas, dan juga movie The Secret Life of Walter Mitty!

Kami bertolak dari KLIA dengan pesawat KLM. Tiada direct flight dari Malaysia ke Iceland, kami pilih penerbangan yang transit di Amsterdam. KLM ni best, sebab dia sediakan makanan halal (“)b

Tips #1 bila bawa anak bercuti ke Iceland : PILIH LONG TRANSIT

Penerbangan selama 12 jam bukan saja memenatkan, malah membosankan. Apalagi anak-anak. Anak-anak saya pun kompelin juga “Tak suka tidur dalam kapal terbang, tak boleh baring”.

Di Amsterdam, kami transit selama 8 jam. Cukup lama untuk keluar ke bandar, dan tidak terlalu panjang masa menunggu untuk terbang ke Iceland.

2014-05-28 12.39.15

Tips #2 : Beli seat untuk semua penerbangan

Ini pengajaran buat kami juga, disebabkan ambil mudah tentang ni (mahal kot beli seat dia), jadi drama juga dalam Icelandair. Yelah, orang kita biasanya OK je nak tukar-tukar tempat duduk ni.. duduk di mana-mana pun sampai juga ke destinasi. Tapi pakcik sorang ni memang tak boleh blah. Sanggup pulak duduk sebelah budak yang menangis nak Mami. Hehe. Mahal pun takpelah, daripada berdrama lagi.

ICELANDAIR

Tips #3: Travel di waktu musim panas

Setiap musim di Iceland ni ada tarikan tersendiri, tapi musim panas lebih menyeronokkan. Kami sendiri berpeluang menikmati midnight sun dek kerana waktu siang 24 jam di Iceland pada bulan Jun.

MUSIM PANAS ICELAND

Tips #4 : Biasakan memandu di sebelah kiri

Public transport yang tersedia di Iceland adalah bas. Kalau nak stay di satu hotel dan ikuti tour program, itu lebih senang. Kami memandu di pulau ini, kerana target nak habiskan satu pusingan. Tak banyak kereta sangat, kecuali di bandar-bandar seperti Reykjavik.. dan pemandunya.. er.. seperti… pemandu Malaysia T___T

MEMANDU DI ICELAND

Tips #5 : Plan trip dengan baik supaya tak rushing

Di Iceland walaupun tak banyak kereta, tapi jalan raya (lebuh raya) tiada bahu jalan. Sepanjang jalan ramai backpackers berbasikal dan berjalan kaki. Jadi tokleh nak pecut-pecut sangat. Itu belum burung tiba-tiba melintas.

JALAN ICELAND

Tips #6 : Cuaca berubah setiap 10 minit

Bangun pagi dengan hujan renyai-renyai dan langit gelap? Dont worry, kejap lagi cerahlah tu.

IKLIM ICELAND

Tips #7 : Ajak anak enjoy nature

Iceland is about nature. Tak payah fikir nak shopping ke, main roller coaster ke. Kami ke shopping complex di Reykjavik,.. jam 1 baru depa buka T__T

Lagipun, lebih baik jangan bawa ke tempat shopping, kerana apa yang ada di Iceland adalah MAHAL! Terutama minyak kereta.

ICELAND NATURE

Kadar tukaran wang Ringgit Malaysia (MYR) ke Krona Iceland (ISK) adalah RM1 bersamaan dengan 35 ISK. Harga barang-barang dia memang mahal lah.

Purata harga antara barang keperluan di Iceland:-

  • Air mineral 350ml – 240 kr (RM6.50)
  • Restoran biasa per head – 1600 kr (RM45)
  • Buah (sekilo) – 300 kr (RM8.50)
  • Roti – 300 kr (RM8.50)
  • Minyak kereta (1 Liter) – 280 kr (RM8)

Tempat shopping groceries paling murah adalah di Bonus. Supermarket diorang ni standard lah tempat-tempat macam tu, seawal pukul 5 ada yang dah tutup.

Nantikan entry akan datang. Lebih banyak tips menarik untuk kembara di Iceland!

Tagged in :

admin Avatar

9 responses to “Tips Bawa Anak Bercuti Ke Iceland”

  1. tutyrahiza Avatar

    Melancong dengan anak-anak memang seronok walaupun ke mana…Cuma kena sabar dengan perangai setiap seorang.. Long flight journey ni, bukan anak je, mak pak pun jadi lenguh badan sampai tak tahu nak buat camne..

  2. Yong Cantik Avatar
    Yong Cantik

    24 jam siang..lamanya nak tunggu bulan mengambang. tidur bgn smayang zuhur asar je ke?

    hehe

  3. kinna Avatar

    syoknye explore tempat ni..

  4. deeni Avatar

    iceland jarang masuk dlm destinasi pelancongan org m’sia. menarik baca ttg negara yg jarang di ketengahkan. nanti update lagi ye.

  5. Mai okinokiyo Avatar
    Mai okinokiyo

    Eh besnyee update lg moree

  6. azraffi Avatar
    azraffi

    Hi..serius inspire gile nk gi iceland after tengok walter mitty…bole x u storey lagi detail ..expences tiket from malaysia ke sana..pegi balik tu semua…serius nk gi sanee

  7. Raihanah Ahmad Avatar

    kalau 24jam siang tu, langsung takde malam la ek. Bulan langsung xde ke?

  8. Lydia Rahayu Avatar

    percutian idaman saya!!

  9. ZULAIKHA ISMAIL Avatar
    ZULAIKHA ISMAIL

    baby wajib carseat ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge