Movie Review: The Secret Life of Walter Mitty

By | May 19, 2014

First time saya tahu tentang movie ni dari kawan saya, Ilani yang sibuk cari movie ni dalam group WhatsApps kami tempoh hari. Kebetulan pula, semasa perjalanan balik dari Perth haritu, ada pula movie ni dalam senarai tayangan pesawat MAS. Apa yang saya boleh cakap masa tu – boring. The only motivation untuk mengenang movie tu adalah- Iceland.

Mana tak boringnya… dah travel dengan anak-anak yang tak reti duk diam.. nak tengok movie pun tak senang, Hehe.

Disebabkan bayangan Iceland tu melambai-lambai, maka saya minta husband belikan filem ni dalam iTunes 😀 .. maka barulah dapat menghayati jalan ceritanya.

THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY

Filem ni ada versi awal-awal dulu, tapi semuanya jalan cerita tak sama. Mungkin part yang sama ialah tentang si Walter yang kuat berangan.

Sedikit sinopsis tentang The Secret Life of Walter Mitty…

Mengisahkan tentang Walter Mitty, seorang negative asset manager di majalah Life, yang sangat suka berangan. Dia selalu bekerjasama dengan Sean O’Connell, photogh ‘misteri’ yang selalu hantar negatif filem kat dia. Satu hari si Sean ni hantar negatif yang tak lengkap, dengan sebuah wallet. Negatif yang tak ada tu adalah Nombor 25, yang mana dia nak gambar tu jadi cover final issue majalah Life, sebab lepas tu Life dah tak diprint dah, sebab diorang nak buat online.

Si Walter ni ada minat dengan sorang pekerja Life, Cheryl. Kelakar bila dia asyik berangan je.

OK, then disebabkan oleh negatif #25 tu lah, Walter keluar dari comfort zone. Dia pergi ke Greenland, Iceland dan Himalaya untuk cari Sean… ye akhirnya jumpa di pergunungan Himalaya. Rupa-rupanya negatif #25 tu Sean selit dalam wallet yang dia beri pada Walter… yang si Walter dah buang!

Dipendekkan cerita.. akhirnya Walter dapat balik negatif #25 tu, dapat tackle Cheryl, dan gambar dia jadi penghias kulit majalah Life versi final.

Banyak pengajaran sebenarnya movie ni

1. Beranganlah, tapi jangan panjang angan-angan. Maksudnya, jangan dok berangan je, tapi lakukanlah usaha untuk sampaikan angan-angan tu kepada kita.

2. Jangan mudah buat assumption. Tanya dan selidik dulu. Jangan mudah buruk sangka.

3. Benda yang kita cari-cari sebenarnya ada dekat sangat dengan kita. Cuma kita tak sedar bila otak serabut dengan benda lain.

4. Keluarlah dari zon selesa. Sebenarnya, banyak benda yang kita tak pernah terfikir boleh dibuat, kita boleh buat.

5. Percaya pada diri sendiri. Diri kita tidak layak untuk dibuli oleh sesiapa.

6. Tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu.

7. Catat perkara-perkara yang kita buat, ia mungkin akan membantu kita di masa depan.

8. Jangan rasa rendah diri hanya kerana ada orang lain yang ‘tak approve’ diri kita. Dia tu yang bermasalah, bukan kita.

9. Beri perhatian dan dengarlah dengan baik semasa orang lain bercakap, jangan berangan. Mungkin terselit benda yang sangat penting dalam kata-katanya.

10. Jangan pandang remeh pada perkara yang kecil-kecil.

Sarat dengan pengajaran, Tapi itu je yang saya mampu nak taip sekarang.

Oh ye, saya ada buat poster ni tau, hehe.

THE SECRET LIFE OF MOMMY LYNA

Konon secret sangatlah hidupku ini. Hmm, sebenarnya memang secret pun 🙂

Category: Movie Review

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “Movie Review: The Secret Life of Walter Mitty

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge