“Aku exclusive BF anak aku. Ko cemana?”kata Fasha (bukan nama sebenar) kepada kawannya, Fazura (bukan nama sebenar).
“Aku campur-campur” jawab Fazura.
“Ish, kenapa tak full BF?” ujar Fasha.
“Susu aku tak banyak lah” ucap Fazura.
“Ah, alasan ko je tuh. Susu kita ni, selagi ada permintaan, ia akan sentiasa banyak. Kesian anak kau minum susu lembu” kata Fasha.
“Tak semua orang bernasib baik…”ujar Fazura dengan nada sedih.
Semua ibu ingin melakukan dan memberikan yang terbaik buat anak masing-masing. Saya percaya kalau semua ibu tahu kebaikan susu ibu dan mendapat akses untuk ilmu penyusuan, semua orang nak menyusukan anak dengan susu terbaik tu. Tapi iye lah, seperti kata Fazura. “..tak semua orang bernasib baik…”
Dalam hidup kita ni ada benda yang kita boleh ubah, dan benda yang kita tak boleh ubah. Yang pastinya kita tak boleh ubah masa silam, sejarah hidup, keturunan dan benda2 yang dah ditakdirkan macam siapa mak ayah kita, adik beradik dan sebagainya. Yang pasti juga kita tak boleh nak ubah orang lain, meskipun orang tu suami/isteri ataupun anak kita sendiri.
Dan yang pasti lagi satu benda kita boleh ubah. Diri kita dan rancangan untuk masa depan.
Kalau nak cerita tentang penyusuan susu ibu, saya pun bukan orang yang bernasib baik. Setakat hari ni mungkin bahagian susu untuk Danny syukur alhamdulillah, boleh la berkira2 nak beli deep freezer sebijik.
Tapi masa zaman Fahry memanglah sungguh cabaran. Hasil pam cuma cukup-cukup aje, especially masa dia dalam inkubator. Tapi itulah hikmahnya, masa tu la kawan2 dari Semenanjung kirimkan macam-macam makanan untuk membanyakkan susu. Besar nikmat di sebalik mehnah dan tribulasi 😀
Tapi itu bukan masalah untuk berhenti menyusukan Fahry.
Yang penting kita terus berusaha untuk mengubah benda yang kita boleh ubah –> perancangan untuk masa depan.
Kalau dulu tak ada ilmu, biarlah nak buat macamana bukan ada Doraemon kita boleh pinjam mesin masa. Biarkan ajelah yang dah lepas. Yang ke depan ni kita boleh usaha, dan usaha. Kalau tak tahu, boleh belajar. Kalau kurang, boleh tambah. Kalau lemah, boleh diperkuatkan.
Kita yang kurang bernasib baik sebenarnya dah bernasib baik, apabila kita bertemu dengan mereka yang ‘bernasib baik’. Itulah panggilan untuk mengubah nasib kita. Jadi, jangan cepat sentap bila seseorang umpama Fasha datang, mungkin Fasha lah ‘kunci’ kepada perubahan dalam hidup kita ni.
Carilah ‘nasib baik’ anda. Ada tu terselit kat situ-situ tu haaaa.
*to my surprised, selepas cuba mempraktikkan satu teknik rahsia ni, my hasil pam yang biasanya 24 oz per day menjadi 40 oz per day, so can send 100% of fresh milk to the school! Alhamdulillah, dengan izin-Nya. Sesiapa nak tau rahsianya sila email saya di sauberlina[@]gmail.com.
Leave a Reply