Dr Lo’Lo’ Meninggal Dunia. Al Fatihah

admin Avatar

Saya mengenali Allahyarhamah Dr Lo’Lo’ Dato’ Hj Mohamed Ghazali lama dahulu dengan membaca artikel tentang beliau di sebuah majalah. Beliau adalah seorang pakar sakit puan dan pengarah di Kohilal Medical Centre. Saya sangat kagum dengan beliau dan pernah merasakan “Saya nak jadi wanita hebat seperti Dr Lo’Lo’”

Lepas tu saya tak follow sangat tentang beliau sehinggalah beliau menjadi MP Titiwangsa.

Dan hari ni menerima berita pemergian arwah akibat kanser.

Dari KLPos.Com:

Dr Lo’lo Disahkan Meninggal Dunia

17 Jul 2011 11:15PM

KUALA LUMPUR 17 Julai – Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali telah kembali ke rahmatullah dan disahkan oleh ibu beliau, Datin Zainab binti Salleh.

Pihak KL POS turut menerima pengesahan berita dari YB Salahuddin Ayub dan Dr Mariah Siri Mahmud mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

Beliau yang dilahirkan pada 2 Ogos 1957 mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly Ipoh, Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Ijazah Kelas Pertama (Kedoktoran).

YB Dr Lo’Lo juga telah melanjutkan pengajiannya di Adelaide Alternative Medicine & Surgery dalam pengkhususan Acupunturist.

Beliau memenangi kerusi Parlimen P119 Titiwangsa pada pilihanraya umum lalu pernah bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang namun tewas kepada calon Barisan Nasional.

Allahyarhamah Dr Lo’Lo telah meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan. Beliau juga mempunyai seorang cucu yang bernama cucu iaitu ‘Izz Nu’man.

Jenazah beliau kini dibawa dalam perjalanan ke Masjid Akram Dato Keramat untuk dimandikan dan dikapankan.

Al Fatihah …

Dari Malay Mail

Titiwangsa MP Dr Lo’ Lo’ dies

Sunday, July 17th, 2011 23:29:00

KUALA LUMPUR: Titiwangsa Member of Parliament Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali of PAS, who was receiving treatment for cancer died at 10.13pm today at the Selayang Hospital here.

She was 54.

PAS vice president Salahuddin Ayub confirmed her death when contacted by Bernama.

News of her death was posted on Dr Lo’Lo’s Twitter account at 10.30pm.

The posting also said that arrangements were being made to bring her remains to the Al-Akram Mosque in Dato Keramat here.

Dari FreeMalaysiaToday

Titiwangsa MP Dr Lo’ Lo’ dies of cancer

PETALING JAYA: Titiwangsa MP Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali of PAS died at about 10.25pm today after suffering from breast cancer.

A tweet message, sent out from her twitter account by an admin at 10.28pm, read: “Dr Lo’ Lo’ has just breathed her last moments ago.”

This was confirmed by PAS Dewan Muslimat chief Siti Zailah Mohd Yusoff, who is also the Rantau Panjang MP.

SMSes sent out to PAS members are saying that her remains will be taken to the Masjid Al-Akram in Dato Keramat for prayers at 8am tomorrow.

Lo’Lo’ had undergone treatment at the Selayang Hospital and was in a critical condition earlier today.

The news of Lo’Lo’s death made its round in the micro-blogging twitter site earlier today afternoon but her family had denied the news, stating that the parliamentarian was in critical condition and seeking treatment in Selayang Hospital.

Even Opposition Leader Anwar Ibrahim had tweeted at about 2pm about her death. He later retracted his tweet and apologised to her family.

The first term MP won the Titiwangsa seat in 2008.

While her seat will be declared vacant now, there will however be no by-election as the Parliament has served its three-year mandate. PAS will have to nominate someone to look after this constituency until the next general election.

Dari Berita Harian Online

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo meninggal dunia

2011/07/17

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa daripada PAS, Dr Lo’Lo Mohd Ghazali meninggal dunia di Hospital Selayang malam ini kerana menghidap barah.

Allahyarham berusia 53 tahun.

Jenazah Allahyarham sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Teringat dialog dalam Stanza Cinta yang lebih kurang macam ni “Kematian bukan pengakhiran tapi bermulanya satu kehidupan” , “Kematian adalah pintu untuk bertemu Allah”

Semoga roh allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi-Nya. Dan semoga setiap berita kematian memberi pengajaran buat kita semua.

admin Avatar

9 responses to “Dr Lo’Lo’ Meninggal Dunia. Al Fatihah”

  1. sitisifir10 Avatar

    Pernah mengenali arwah dulu… pernah pergi ke rumahnya juga… sungguh lawan dan kawan ramai yang akan rasa kehilangannya

  2. kinna Avatar

    saya juga kagum dgn arwah..kenal dia sblm arwah jd MP lagi..shes a great women

  3. azu Avatar
    azu

    Alfatihah. Sedikit pembetulan..arwah meninggal sebab kanser paru-paru & bukannya breast cancer seperti yg dilaporkan free malaysia today di atas

  4. Along Avatar

    AlFatihah. Along dan keluarga memang kenal arwah sebab rumah arwah atok Along sebelah rumah dia. Arwah seorang yang sangat baik hati dan peramah. Masa atok Along sakit dulu, dia selalu datang melawat, bagi ubat, bagi nasihat. Semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini.

  5. nadiea Avatar
    nadiea

    al-fatihah… dgr berita drpd news kat radio this morning… sgt terkejut! yes… dia meninggal kerana lung cancer….

  6. Nur Avatar

    akak terkejut sbb x pernah dengar dia sakit…masih terbyg2 mukanya sibuk mengendalikan bantuan masa tragedi tanah runtuh di bukit antarabangsa tempoh hari…semoga rohnya dirahmati Allah…sesungguhnya beliau permata yang sukar dicari ganti…

  7. cityiklan Avatar

    doakanlah agar rohnya di cucuri rahmat al fatihah

  8. eliss Avatar

    permata yang hilang.. Al- Fatihah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge