Susu Badan Kurang – Salah Faham Tentangnya

admin Avatar

Kerapkali saya diajukan persoalan tentang susu badan yang kurang, tak cukup, susu badan sikit dan sebagainya. Antara lain ibu-ibu ni menyebutkan beberapa perkara yang menjadi indikasi bahawa mereka mengalami kekurangan susu badan, which is not always true.

Jom kita tengok satu persatu.

1.Susu tiada bila diperah sama ada menggunakan tangan atau pam susu

Sebenarnya, jumlah susu yang dapat dipam tidak menggambarkan susu sebenar yang dapat badan kita hasilkan. Berapa oz susu yang boleh dikeluarkan dengan pam itu bergantung kepada keberkesanan pam tersebut, keadaan pam yang baik atau tidak, tisu payudara si ibu dan keselesaan semasa mengepam.

Setiap ibu mempunyai keupayaan yang berbeza untuk mengeluarkan susu badan. Ada orang susunya memang senang keluar, tak buat apa-apa pun terpancut2. Ada orang susunya tak semudah itu. Kerana itu ada ibu yang boleh survive dengan pam susu berharga RM10 tapi ada ibu yang memerlukan pam susu berharga beribu-ibu ringgit.

Sekiranya ibu menggunakan tangan, ia juga bergantung kepada sejauh mana kepakaran/skill si ibu dalam hands expressing.

Sekiranya susu yang dipam tidak banyak, kemungkinan ia bukan disebabkan oleh susu badan yang tidak banyak, sebaliknya masalah pam susu, kurang skill mengepam dan hal2 yang tidak berkaitan dengan susu badan kurang.

2. Payudara lembik

Semasa di dalam pantang anak pertama, biasanya ibu mengalami bengkak susu yang ketara, namun ia semakin kurang apabila anak meningkat usia, dan adakalanya tidak mengalami bengkak susu setelah melahirkan anak berikutnya.

Ini adalah kerana semasa kali pertama menyusu, payudara masih dalam peringat ‘belajar mengenal waktu bayi menyusu’ jadi ia akan menghasilkan susu yang banyak bagi menampung keperluan bayi yang tidak tentu masa. Namun apabila bayi sudah ada waktu menyusu tersendiri, payudara dah belajar tentang rutin tersebut, dan ia tidak lagi full bloom sepanjang masa.

Lebih2 lagi jika ibu bekerja, kerana kurangnya stimulasi pada waktu siang.

3. Ibu tidak mengalami ‘susu bocor’

Sesetengah ibu sentiasa perlu memakai breastpad untuk menampung susu yang sentiasa keluar. Ada ibu yang susu tidak langsung meleleh. Ia tidak memberi makna susu ibu yang meleleh2 itu adalah mempunyai susu yang banyak sampai melimpah tak muat breast. Kebocoran ni disebabkan oleh tindakan otot pada puting susu. Setiap ibu mempunyai keupayaan otot yang berbeza, jadi tahap kebocoran juga tidak sama antara satu sama lain.

4. Tidak mengalami engorgement atau bengkak susu

Bila ibu masih lagi menyusukan anaknya secara terus (direct feeding), kadangkala keupayaan menghisap si bayi dengan mudah mengosongkan payudara. Ini adalah petanda yang bagus kerana lebih banyak susu bakal dihasilkan.

5. Tidak mengalami let-down reflex

Let down reflex ialah bila puting tiba2 mengeluarkan susu, dan membuatkan si ibu berasa seperti dicucuk2 di bahagian payudaranya.

Tidak semua orang mengalaminya. Ada ibu mengalami reflex ini setiap kali teringatkan bayinya. Ada orang, tidak. Tapi ia tidak menunjukkan ibu yang tidak mengalami ejection reflex ini mempunyai masalah kekurangan susu.

Silap interpretasi ini menyebabkan ramai ibu yang terus menukar keputusan dari exclusive breastfeeding kepada pemberian susu formula, oleh kerana mereka tidak yakin bayi mendapat cukup susu dengan susu badan mereka. Kita akan bincangkan tentang ini di lain entry.

admin Avatar

12 responses to “Susu Badan Kurang – Salah Faham Tentangnya”

  1. sya Avatar

    mohon izin dipanjangkan kepada kawan saya yang sering bertanya mengenai hal ini…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh sya 🙂

      kalau boleh kredit kepada sumbernya ya

  2. nanak Avatar

    my baby selalu tersedak tiap kali menyusu sebab air susu tlalu laju & banyak..harap2 dpt menyusukan baby smpi 2thn or lebih..amin,
    .-= nanak´s last blog ..Mais Au Lait du Soja =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      heaven!

      semoga baby dapat menyusu sekurang2nya sampai umur dia 2 tahun, amiin

    2. Fid Avatar

      untuk slowkan flow susu kepit dengan jari masa susu keluar bnyk tu
      baby tersedak sbb tak mampu nak telan bnyk sgt

  3. mrsnik@meah Avatar

    sy masih menyusu badan, tp kalu kt umah baby sitter falah minum FM..tp jarang sgt, sebab umah dkat so sy kerap balik, so menyusu ler dia, nak perah tak kuar sgt, tp susu byk jugak..meleleh ar jugak..bleh gitu?org melabur dpt bunga…..saya melabur dpt duriab..aaa??
    .-= mrsnik@meah´s last blog ..org melabur dpt bungasy melabur dpt durianaaa =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kamu tidak memandaikan diri dalam teknik mengepam mungkin?

  4. lydzar Avatar

    lyna, boleh buat entry pasal susu kurang masa ibu tgh period tak? hehe tugasan gitu..
    .-= lydzar´s last blog ..Akhirnya aku merasa Mc Donalds GCB =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh,insya-Allah… kalau lupa nanti ingatkan ya hehehhe

  5. FARRA Avatar
    FARRA

    Mommy Lyna…

    Macam mane nak order set breastfeeding tu? teruja nak cube sbl terlambat…sbb susu makin kurang…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Farra

      Bole buat order dgn click tab di atas ‘beli barang Shaklee’ atau email saya sauberlina@gmail.com

      🙂

  6. ayu Avatar

    salam, minta izin share ye entry ini..ayu akan kredit blog akak sebagai sumber nya..terima kasih..^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge