Susu Badan Kurang? Satu Analogi

admin Avatar

“Payudara saya tak bengkak, so saya tak pamlah”
“Anak saya taknak menyusu sebab susu saya kurang”

Susu badan kurang, antara masalah biasa dihadapi oleh ibu menyusu.

Apa yang menyebabkan susu kurang itu? Dan apa yang membuatkan susu menjadi banyak?

Analoginya macam ni… Kita ada sebuah peti di rumah yang selalu kita penuhkan dengan stok buah-buahan. Adakalanya kita tak selera makan sangat.. maka buah dalam peti jadi rosak. So kita terpaksa kurangkan kuantiti stok buah supaya tak banyak yang rosak masuk tong sampah.

Ada masanya kita asyik lapar aje, so kita kena selalu top-up stok buah-buahan kita. Silap2 kena beli satu lagi peti simpan stok.

Itulah yang terjadi pada susu kita. Bila kita kurang beri susu pada anak, maka breast kita pun tak buat susu banyak2 sebab bukan nak pakai pun. Dia pun tahu taknak membazir 😀 Bila kita kerap susukan anak, kerap pam, kerap kosongkan payudara, maka susu akan sentiasa dibuat bagi memenuhi keperluan itu.

Kesimpulannya:

1. Jangan tunggu breast bengkak baru nak pam.
2. Kerapkan menyusukan bayi kerana dari hisapan itulah yang menstimulasikan sekaligus membanyakkan susu.

Bila dah mula beri susu formula, ibaratnya di samping simpan stok buah tu, kita mula call delivery buah-buah MBG fruit shop, konon2 nak rasa buah-buah baru la kot. Lepas tu kita dah kenyang dah untuk makan buah2 dalam peti simpanan kita. Maka terbiarlah dia. Kalau dah hari2 pun kita call MBG, so secara tak langsung kita kena kurangkan stok buah kita supaya tak banyak yang rosak.

Begitu juga dengan susu. Bila dah mula beri susu formula, kilang susu kita pun dah kuranglah buat susu. Dia rasa “Bukan budak ni nak pun, dah ada alternatif…”.

Apa yang penting ialah ilmu tentang penyusuan. Alhamdulillah sekarang rasanya breastfeeding dah bukan perkara asing lagi. Di mana-mana pun orang bercakap tentang breastfeeding. Banyak blog yang berkongsi tips-tips penyusuan. Lactation consultant, lactation counsellor, peer counselor bersepah-sepah.

Zaman mak kita dulu mana ada semua ni. Jadilah saya pun membesar dengan Dumex 😀 (Syukur mak ada duit nak beli Dumex)

admin Avatar

16 responses to “Susu Badan Kurang? Satu Analogi”

  1. Wan Anie Avatar

    thanks mommy lyna,
    dulu saya tak tahu pun sgt pasal bf ni… sekarang ni ok lah alhamdulillah.

    kami adik beradik ramai, keluarga susah, tu yg saya dapat bf sampai 2 tahun kihkih sebab mak tak mampu nak beli susu tin 😀
    .-= Wan Anie´s last blog ..FREE Bag Keychain Yang Cute =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Syukurla mak Kak Wer semangat nk BF. Ada mak dulu2 tak mampu beli FM dia kasik susu pekat manis.

  2. fizanur Avatar

    saya pun membesar dgn Dumex!
    .-= fizanur´s last blog ..Fungsi performance Drink =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Anak2 dumex hihu

  3. ruby Avatar
    ruby

    Salam,sy br melahirkan anak ke 2, 29 hr yg lps..kali ni niat nk fully bf anak…cuma confius kenapa kalau nk bg susu perahan tk blh bg mll botol n puting plastik..mmg kena pakai cup atau sudu ker? risau nanti tk der pengasuh yg sanggup nk bg pakai cup.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Ruby

      Utk baby baru lahir disarankan bg susu perahan melalui cup atau sudu utk mengelakkan nipple confusion, takut nanti baby taknak menyusu direct sbb seronok dgn puting botol. Sebaiknya baby baru lahir banyakkan direct feeding utk galakkan penghasilan susu & ‘Latihan’ untuk mahirkan baby menyusu badan.

      Bila baby dah OK dgn penyusuan, bolehlah train dgn botol pula.

      1. ruby Avatar
        ruby

        T.kasih mommy Lyna.

        Pendapat & pengalaman Pn Lyna, bila blh start bg susu perahan mll botol?

        So far cuba train baby dlm pkl 10-11 pakai botol.Adakala ok, adakala baby tk nk botol..tp setakat ni direct bf ok.

        1. Mommy Lyna Avatar

          biasanya ibu2 train baby 1 atau 2 minggu sebelum naik kerja.

          as long as baby takde nipple confusion itu adalah petanda yang baik 🙂

        2. aidie Avatar

          i train my kids pakai botol since umur seminggu dua 🙂 itu pun sebab i nak mengurut. Yelah sesi mengurut mau mkn 2 jam. So terpaksa gak, biasakan pakai botol. Tapi Alhamdulillah, there were no nipple confusion 🙂
          .-= aidie´s last blog ..My Experience delivering Nadirah at home =-.

  4. mrsnik@meah Avatar

    marilah teruskan BF..
    .-= mrsnik@meah´s last blog ..org melabur dpt bungasy melabur dpt durianaaa =-.

  5. Yaati Nor Avatar

    bagus info nie kak lyna..saya masih menyusuka bb zahra 1thn 2bulan..dan suka ajak ibu2 lain yg baru beranak join the club..harap2 pasnie lg ramai ibu2 yg dekat dgn saya blh breasfeeding..berdakwah saya..heheheh tu je yg mampu..ilmu pun takat tu je yg ada..ada la 2,3 org saya dakwah utk fully breastfeed..kita mampu bg nasihat je..tp terpulang pd org tu nak ikut ke tak..baru2 nie kwn saya bb dia 7 bu lan giveup..sedih sgt..tak tahu nak ckp apa..huhuhuhuh
    .-= Yaati Nor´s last blog ..Contest Aksi Si Manja di Playground =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      yelah, kita cuma mencadangkan, keputusan tetap di tangan ibu tu sendiri kan 🙂

  6. nik Avatar
    nik

    salam kak,

    saya nk tny skit lah, sy ni susu dh makin kurang sbb sy dh jrg pam. tmbh2 bln pose, kurg minum air, lg la..ntah2 dh kering susu sy ni.tp dlm hati sy mmg susukan anak.

    boleh ke lau sy kembali kerapkan pam, susu boleh bertambah ke?? anak sy pun mcm dh xnak isap direct sbb dh lama xbg direct, asik sua botol je..susah sbb bila mlm nk kena bgn bancuh susu…:(

  7. azie Avatar
    azie

    sy pun susu kurang, trpksalah bg baby susu botol. tp alhamdulillah, baby x de nipple confusion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge