Apakah SMO? Social media optimisation secara amnya adalah menggunakan media sosial secara viral bagi mengembangkan network bisnes, atau apa saja lah. Dengan kata lain ialah – bagaimana nak ‘connect’ sesuatu medium pemasaran dengan media sosial agar menjadi viral.
Contoh SMO ialah dengan menggunakan butang ‘Share’ dalam blog yang mana memudahkan pembaca ‘Share’ artikel yang disukai dalam FaceBook, Twitter, email dan sebagainya. Artikel yang menarik tentunya menarik lebih banyak ‘Share’.
Antara tips-tips untuk SMO adalah:-
- Tulis entry yang menarik, samada terlalu bermanfaat atau terlalu kontroversi atau terlalu teruk sampai orang lain tak teragak-agak nak ‘Share’.
- Gunakan YouTube (atau apa saja yang boleh share), misalnya merakam vlog yang membicarakan topik-topik yang diminati oleh golongan anda.
- Sediakan butang ‘Share’ dalam blog anda.
- Kongsikan entry anda dalam media sosial.
- Berhubunglah dengan pembaca anda & likers.
- Memiliki content & context.
Mengaplikasikan SMO memang kena rajin. OK sebenarnya nak apa-apa pun kena rajinlah… Tak boleh lah nak harap goyang kaki. Kecuali ada modal boleh outsource pada pihak lain.
SMO dan SEO, walaupun berlainan tapi berkait juga. Yang SMO pasti dikenalpasti oleh SEO. Jadi kalau dapat dua-dua memang terbaik.
Namun kepentingan SMO semakin menembusi tembok online marketing yang mana pengguna media sosial semakin ramai dan medan perkongsian maklumat kini bertukar dari blog/website kepada jenis microblogging. Mungkin kerana ia lebih mudah sebagai medium komunikasi berbanding blog atau website.
Nah, apa lagi. Mulakanlah langkah -langkah SMO!
Leave a Reply