,

Si Kaki Palsu Yang Gigih

admin Avatar

Fahry anak saya yang berkaki palsu, mula berjalan dengan yakin dan gagah pada hari raya tahun 2010 ini. Beliau adalah anak yang gigih, sebaik sahaja dapat lesen L, terus mahu berlari. Pada mulanya saya risau juga kalau jatuh2 dia sudah serik dan mahu kembali kepada aktiviti asal – jalan dengan lutut. Tapi semangatnya sungguh kuat. Selepas diajar oleh bapanya cara-cara untuk bangkit setelah jatuh terduduk, beliau terus-terusan bangkit sendiri.

Bermula dengan berani jalan dekat2 dinding/kerusi (kalau nak jatuh senang bergantung), berani jalan ke tengah2 rumah, dan pada hari raya ke-5 sudah pandai jalan sambil pegang objek.

Itulah Fahry saya yang kental semangatnya.

Hari pertama ke taska, saya berpesan kepada pengasuhnya agar Fahry dipakaikan kaki sepanjang masa kerana dia sudah boleh berjalan. Sepanjang di pejabat hati saya berdebar2 menunggu petang, apakah perkembangan Fahry di taska? Adakah dia boleh sesuaikan diri dengan berjalan menggunakan kaki palsunya?

Usai masa bekerja dan sayamengambilnya di taska, Fahry menyambut kedatangan kami sambil berpimpin tangan dengan seorang budak perempuan. Apakah? Dah pandai jalan terus dapat girlfriendkah Adik???

Seperti biasa cikgu-cikgu akan melaporkan kegiatan anak-anak saya.

“Fahry ni main kejar-kejar dengan kawan-kawannya. Habis satu rumah dia jalan, siap terkedek-kedek masuk dapur”

“Tadi dengar bunyi tap..tap..tap.. ingatkan apa, rupanya si Fahry melompat2 dengan kaki palsunya”

“Lasak betul dia, kami takut dia jatuh, tapi dia memang tak kisah, jalan aje”

Alhamdulillah, lega mendengarnya. Dengan Fahry saya tak kisahlah kalau orang kata dia ‘buas’ ke apa ke, sebab ‘buas’ dia tu yang menjadikan Fahry macam budak2 normal. Kalaulah si Fahry ni senyap je, pasif je, kang ramai pulak yang kesian kat dia. Dengan begini dia diterima seperti budak2 lain, tak ada beza pun.

Disebabkan Fahry sudah semakin debab dan meninggi, kaki palsunya sekarang kami laraskan menguikut ketinggiannya. Kakinya sudah disediakan 1 slot tambahan untuk dianjakkan skrunya sekiranya beliau semakin meninggi. Jadi kami buat sendiri saja. Bila dia sudah debab, kaki palsu pun sudah ketat, nak tak nak terpaksalah buat yang baru. Mungkin kali ini yang lebih elok sikit berbanding yang sekarang.

Sekarang ni cuma kaki palsu asas saja, direka khas oleh pembuat kaki Palsu dari Singapura untuk Fahry membiasakan diri dan belajar berjalan. Bila sudah master berjalan dan berlari, mungkin materialnya ditukar kepada yang lebih kuat. Fahry pun dah pandai menyepak bola, saya katakan kepada bapanya nanti kita make sure Fahry boleh optimumkan keupayaan fizikalnya.

Hafiy pun semakin prihatin dengan adiknya. Bila adik jatuh, cepat2lah dia mereport. Kadang2 dia sendiri yang tolong Fahry bangun (sebenarnya tak membantu pun, 🙂 baik lahh Fahry bangun sendiri:) )

Sungguh seronok. Syukur pada Allah.

Saya doakan rakan2 lain yang punya anak istimewa terus tabah mendoakan dan merangsang anak-anak kita agar mereka dapat menggunakan segala peluang yang ada dalam hidup mereka dengan semaksima mungkin. Jika ada seseorang yang senasib dengan anak kita berjaya menjadi ‘somebody’,anak kita pasti dapat jadi lebih baik dari itu. 😀

*kepada yang baru membaca tentang Fahry, beliau menghidap (menghidap??) Amniotic Band Syndrome yang menyebabkan kaki kanannya kudung, jari2nya kudung dan tangannya cacat. Tapi Fahry tak kisah, janji handsome, muahahaha.

admin Avatar

12 responses to “Si Kaki Palsu Yang Gigih”

  1. min Avatar
    min

    dia mmg anak yg tabah… moga mawaddah setabah abang fahry…

  2. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    yang penting fahry hensem! yeah!

  3. AshAnas Avatar

    go go fahry…. sikit pun xnmpk fahry cm kanak2 istimewa… sejak tahu kisah fahry, nmpk die seorg yg kuat semangat… congrats to kak lina jgk….

  4. amirah Avatar

    ala comelnya Fahry jalan…badan pun dah makin semangat..pasni boleh suh mommy beli beskal ek Fahry.. : )

  5. rina Avatar
    rina

    kak along, bile kak along ckp pasal sepak bola, terus teringat pasal iklan pakcik pakai kaki palsu yg sepak bola tercabut kaki palsu dia sekali tu.. hehe
    eh mana leh panggil adik kan fahry.. kena panggil abg ngah la skang 😛

  6. sitisifir10 Avatar

    Huhu…nak nangis tengok dia sudah boleh berjalan….tahniah encem boy…meh main bola dengan anak macik

  7. Ina Avatar

    clap clap clap utk fahry. selalu rasa geli hati baca pasal kelasakan dia tu hihi

  8. mirah Avatar
    mirah

    memang waja betul semangatnya.
    Mirah rasa anak prematured yg survived ni Allah mmg berikan mereka ketabahan dan kekuatan lebih, so that they can fight for their lives at the early days.
    tumpang happy dgn perkembangan fahry..

  9. mamasyaza Avatar

    akak tumpang gembira bila tgk fahry dah pandai berjalan
    amboii dah pandai berjalan terus dpt gf…hehehe

  10. Lilsodeska Avatar
    Lilsodeska

    Ya Allah.. tahniah kpd fahry.. happy nye baca 🙂

  11. kakyong Avatar

    bagus fahry… bior buas.. otak nya ligat.. drp diam.. kita pun tak tahu apa kebolehannya, kalo diam membisu…..

  12. transformed housewife Avatar

    congrats to Fahry. amboi cepat je dpt GF ye. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge