Siapa yang tak kenal dengan Irfan Khairi? Jutawan internet yang berjaya mencapai pendapatan internet semasa usianya semuda 25 tahun.
Ramai yang nak jadi macam Irfan Khairi. Atau sekurang-kurangnya punya blog/website yang boleh menjana seposen dua.
Tapi… begitu mudahkah nak jadi jutawan internet seperti Irfan Khairi? Adakah dengan hanya mempunyai blog dan letak kod iklan (contohnya Adsense), dah dapat buat duit dari internet?
Irfan Khairi sendiri pun pernah gagal dalam perniagaan internetnya. Tahun pertama beliau mengusahakan perniagaan di internet, tak ada pelanggan yang datang ke website beliau. Jadinya, tahun tersebut perniagaannya tak mencapat matlamat. Tapi, adakah beliau berhenti? Tak kan. Dari situ beliau belajar selok-belok perniagaan internet yang betul dan mula memperbaiki kelemahannya.
Hinggalah sekarang Irfan Khairi menjadi ikon jutawan internet, dan idola berjuta-juta rakyat Malaysia.
Apakah sebenarnya rahsia kejayaan Irfan Khairi?
Berikut adalah rahsia kejayaan Irfan Khairi yang dikongsi dalam Sukses.my
1. Lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan internet.
Perniagaan internet tak semudah yang disangka…
Benar, ia nampak sangat simple. Cuma ada sebuah komputer yang lengkap dengan internet, seseorang dapat menjana pendapatan dari online. Namun, dah namanya perniagaan… bukan cabutan bertuah atau skim cepat kaya-tapi-tak-kaya-kaya. Bila berniaga ni bukan macam berjudi. Kalau berjudi kita bergantung pada nasib. Berniaga bukan atas sebab nasib, tapi usaha, ilmu, kesungguhan, etc.
Kalau nak serius dalam perniagaan internet, carilah masa untuk belajar. Belajar tentang selok-belok perniagaan… Tak perlu nak jadi IT geek baru boleh jadi peniaga di internet. Saya sendiri pun bukan berlatarbelakang IT.
2. Selalu promote perniagaan
Samada perniagaan itu adalah berbentuk barangan fizikal yang dijual secara online, atau pun produk digital, atau perkhidmatan, mahu pun hanya sebuah blog, promotion adalah sangat penting. Sedangkan Mc Donald’s yang rata2 orang dah kenal pun, hari2 kita boleh tengok iklannya di TV, di billboard, dalam suratkhabar dan sebagainya. Inikan pula kita yang baru nak bermula sebagai jutawan internet. Jadi perlu usaha lebih dan rajin melakukan promosi, terhadap barangan dan juga website kita.
3. Buat apa yang kita minat
Ianya semudah menulis atau membina blog. Binalah blog mengikut minat kita supaya kita sentiasa ada drive untuk memajukan blog tersebut. Namun, untuk lebih profesional dan ‘boleh market’, minat itu hendaklah disesuaikan dengan kehendak pasaran. Inilah masanya untuk belajar tentang niche.
Dalam perniagaan pun ada macam2 jenis. Ada jutawan MLM, ada jutawan affiliate, ada jutawan produk sendiri, ada jutawan adsense, ada jutawan fakir dan sebagainya. Kadangkala kita terdorong untuk ikut sesuatu perniagaan yang kita nampak macam mudah nak jadi kaya, sedangkan kita tak minat/tak ada pengetahuan langsung tentang benda tersebut. Tak ada pengetahuan tak apa, boleh belajar. Tapi jika tak ada keserasian mungkin kita perlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri. Masa yang kita habiskan tu, kalau digunakan untuk ‘polish’ benda yang kita suka dan minat, dah pasti kita akan dapat lebih banyak.
Ramai yang berjaya dengan mengkomersialkan hobi. Kalau selama ni hobi kita cuma mengikis poket, mungkin boleh diolah menjadi punca pendapatan.
Adakah anda bersedia nak jadi the next Irfan Khairi?
Sangat-sangat tidak mustahil. Irfan Khairi tak ada buat benda yang ala-ala rocket science. Ia adalah benda yang semua orang pun boleh buat di internet. Orang yang tak ada basic langsung tentang komputer/internet pun boleh buat. Buktinya, beberapa tahun yang lalu, saya tak tahu langsung apa kah bendanya Google Adsense, affiliate, CPC, CPM, SEO segala. Saya cuma tahu Internet Explorer saja. Itupun untuk search dengan Yahoo! dan Lycos. Tapi hari ni saya boleh berbangga dengan pencapaian peribadi saya dengan benda2 di atas.
Dan selepas bertahun menjalannya secara berseorangan, saya rasa dah tiba masanya untuk saya berkongsi dengan rakan2 saya di luar sana. Terutamanya rakan2 saya yang masih tak faham bagaimana Google Adsense berfungsi, affiliate marketing itu bagaimana, cara untuk memasarkan produk, etc.
Dari situlah saya wujudkan Hafiy.com ni.
sebagai penterjemah kepada perasaan saya sepanjang pengelibatan dalam dunia perniagaan online.
Saya akui ramai yang tak mengetahui potensi buat duit online hanya dengan blog & tanpa produk. Dalam bengkel WoHoWo yang lepas juga saya dapati ramai peserta yang masih ‘blur’ tentang kaedah ini. Oleh itu selepas perbincangan yang mendalam, saya mengambil keputusan untuk berkongsi kaedah yang menarik ni dengan lebih detail melalui WoHoWo Siri 2 atau adsense101.
Kalau berminat nak tahu, sertailah saya di Hafiy.com 😉
*Saya minta maaf banyak2 kepada sesiapa yang masih belum dapat download e-book percuma 5 Tips Penting Buat Duit Dengan Google Adsense. Minta hubungi saya ya kepada sesiapa yang gagal men-downloadnya.
Pssttt… Hafiy.com menjadi salah satu sponsor dalam pertandingan anjuran Baby & Me- Shopping Style Contest. Sertailah untuk memenangi domain percuma dari Hafiy.Com!
Leave a Reply