Pengalaman Mengembara dengan Motorhome di Australia

By | March 28, 2014

Walaupun pelbagai dugaan namun sampai juga kami di Perth, Australia semasa dunia dengan sibuk dengan pencarian pesawat MH370 (walaupun PM Malaysia, Datuk Seri Najib dah umumkan bahawa MH 370 telahpun berakhir di Lautan Hindi). Di Perth International Airport ada ramai pemberita, dan orang-orang di situ bercakap-cakap tentang MH 370. (Perth adalah pangkalan untuk team pencari di Lautan Hindi).
 
 Pada hari pertama, kami belum bermotorhome lagi, kerana office mereka dah tutup semasa kami tiba. Motorhome tu apa? Motorhome tu ini.
 


Orang Malaysia kalau sebut caravan baru boleh get the idea, betul tak? Hehe. Biasanya caravan merujuk kepada yang ini:-
 


Di New Zealand ramai bermotorhome, di Australia pula ramai bercaravan. Kami belum cuba lagi caravan, tapi dari segi pengangkutan masuk bandar, caravan lebih senang sebab boleh tinggal ‘rumah’ di campsite dan bawa kereta (yang tarik caravan ni) je ke bandar. Kalau motorhome, semua sekali kena angkut. Biasanya motorhome tak boleh masuk dalam bandar. Besar gedabak macam lori sampah.
 
 Kami ambil motorhome Britz 6 berth. Besar gedabak tapi memikirkan keselasaan anak-beranak, rasanya the best choice dah ni.
 
 Hari pertama kami sewa kereta dan menginap di cabin di Perth Vineyard Holiday Park di Swan Valley. Kami tiba di Perth pun dah dekat Maghrib, jadi aktiviti hari tu tak ada apa cuma check-in, makan dan grocery shopping.
 
 Esok paginya selepas sarapan, kami mula bergerak hantar kereta sewa dan ambil caravan. Ikut GPS tak boleh pakai! Mujur ada MiFi, guna Waze baru jumpa.
 
 Plan asal nak ke Hyden tengok Wave Rock.


Tapi disebabkan kesuntukan masa, kami terpaksa batalkan ;( Lagipun jauh sangat tempatnya, 340km, dekat 5 jam! Itu belum dengan lori diesel auto yang lambat pickup ni.
 
 Lagipun last minute plan, hampir2 cancel… dan agak sibuk utk plan trip kali ni. Sehari sebelum terbang baru study!
 
 Akhirnya kami putuskan untuk ke Bunburry dan Albany.


Jarak dari satu-satu tempat tu memang jauh. Jenuh nak sampai, dengan pemandangan yang sama je sepanjang jalan.
 
 Perth ke Bunburry..


Bunburry ke Albany..


Di Bunburry tak ada apa sangat pun. Singgah satu malam.. Sebenarnya dalam perjalanan dari Perth ke Bunburry banyak tempat hiking yang menarik, tapi disebabkan masa yang sangat singkat (4 hari je!) dan bawa anak-anak.. lupakan sajalah. Kalau berdua takde hal nak singgah-singgah.
 
 Australia ni (kami cuma pernah ke Queensland & New South Wales dan Western ni je pun) macam kurang tempat-tempat stop by untuk hiking, tak macam New Zealand. Di New Zealand boleh singgah sekejap di bukit-bukit mana sepanjang perjalanan. Tapi bandar-bandar kecil untuk stop by banyaklah.
 
 Kangaroo dan koala? Kami berjalan berjalan dan berjalan je… Hehe, adakah ada kangaroo dan koala? Tungguuu..

21 thoughts on “Pengalaman Mengembara dengan Motorhome di Australia

  1. ann

    Ada upfront tak sewa motorhome ni?
    and banyak ke campsite dia?
    saya plan ke perth tengah bulan may, and plan nk sewa motorhome

    Reply
  2. Sabrina

    Hi.. saya nak ke Perth dalam bulan Feb next year, tapi dah mula plan and buat itinerary. Nak pergi dalam 10 hari. We all cadang nak cover Perth and Coral Coast area. Tapi tak semua lah, hanya tempat2 menarik je nak singgah. So we all pon nak sewa campervan yang Britz ni. So far condition ok ke? And saya tengok harga and buat budget dalam RM5k untuk sewa 5 hari. Berbaloi tak rasanya? Sebab bawa anak sorang and mak mertua. So total 3 dewasa and sorang kanak2. Ni first time nak sewa motrohome. Before this ke NZ we all sewa kereta je utk 16 hari. Ade advise tak utk motorhome ni? And senang ke handling dia?

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      Hi Sabrina,

      Condition tiptop, cuma make sure sebelum ambil check all the dents & scratches betul2 bcoz I dengar ramai yang kena bayar disebabkan small scratches yang maybe dah ada tapi tak perasan sebelumnya.

      Handling OK je, very simple nanti diorang bg briefing howto, whatto… cuma from my experience you better bawak GPS sendiri (we used Waze) sbb GPS dia bg tak update.

      Reply
      1. Sabrina

        Hi,
        Oh i see, alright thank you for the advice. Dalam perth senang lah ye nak bawa motorhome ni? Macam untuk park overnight ade tempat2 khas dia kan? Rental charges mahal tak? Sabrina ada juga browse dalam internet harga semua, tapi unsure.

        So GPS tak perlu lah ye sewa dengan Britz. Waze boleh ye pakai kat sana? OK ok.. bagus tu.

        Reply
        1. Mommy Lyna Post author

          Di Perth ada beberapa holiday parks yg Sabrina boleh rent powered site. Dlm AUD50 per nite tak silap. GPS comes with the motorhome… Kalau nk guna Waze, Maxis ada unlimited internet & boleh gak beli simcard sana.

          Reply
  3. Kereta Sewa Klang

    Selalu keliru antara motorhome dengan caravan. Rupa-rupanya motorhome dah siap dengan kepala dia skali, 2 in 1, caravan asing-asing, huhu. Betulkan saya kalau saya tersilap 🙂
    Kereta Sewa Klang´s menulis tentang ..Kereta Sewa KlangMy Profile

    Reply
  4. ash

    Salam Lyna. Thank u for the info. Nak tny utk holiday park tu better kita book online or walk in je. Plan nk g monday ni. Thanks so much

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      Salam Ash,

      Better book siap2, walk-in kang takut full pulak.

      Reply
  5. zara

    Hi…salam…tumpang tanya, motorhomes ini boleh masuk city ke? Ada tak apa apa halangan utk masuk or park di kawasan bandar? Sbb planning utk tour dgn motorhomes thn depan…harapkan bantuan anda..tq

    Reply
  6. zara

    Hi…salam…tumpang tanya, motorhomes ini boleh masuk city ke? Ada tak apa apa halangan utk masuk or park di kawasan bandar? Sbb planning utk tour dgn motorhomes thn depan…harapkan bantuan anda..tq

    Reply
    1. admin Post author

      Salam Zara,

      Di OZ macam OK je, kami pegi supermarket, parking mcm biasa. Tapi kawan pernah kena saman di UK krn bawa motorhome masuk bandar.

      Reply
  7. Farisah

    Hii lyna,

    Nak tanya..minimum rental day untuk campervan berapa hari? Planning for short trip goldcoast/brisbane..tapi macam interested nk try this new experience..

    Thanks

    Reply
    1. admin Post author

      hi farisah,

      minimum day biasanya 5 hari, depend pada company & jenis campervan yg nak disewa.

      Reply
      1. Casanayafana

        Hi Lina….
        Nice blog
        1-Nak tanya Britz frontier ni…
        ada reverse camera tak?
        2-ada luggage compartment yg boleh store suitcase dari sebelah luar tak?
        3-Engine dan pemanduan …ok..?
        4-adakah anda dapat 10% discount on big 4 …camna nak claim?

        Terima kasih in advance….

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge