Tips Hiking Di New Zealand

By | March 11, 2014

Kami bukan trampers tegar, ini cuma sekadar secebis pengalaman menjalankan aktiviti ini di New Zealand.
 
 Pertama kali masuk ke kawasan Taman Negara Mont Aspiring di Routeburn, Queensland, kami menggunakan khidmat guide. Maklumlah, first timer. Tak biasa dengan keadaan tracknya, walaupun memang mesra trampers. Kalau ambil pakej sehari, Full Day Guided Walk, kosnya dalam NZD170 seorang. Waktu pickup di Queenstown (di campsite) jam 8 pagi dan pulang jam 6 petang.
 
 Untuk ekspedisi hiking seterusnya, kami sendiri-sendiri saja.
 
 Tak sukar pun, dan kebanyakannya kami redah sendiri dan dari carian di internet.
 
 Antara perjalanan paling menarik adalah perjalanan ke Aspiring Hut melalui West Matukituki Valley di Wanaka. Pemandangan lembah yang sangat luas dan indah.
 
 Subhanallah, sangat-sangat cantik, tak dapat nak digambar dengan kata2.


Melalui beberapa jeram sebegini. Kasut kalis air amat membantu.


Juga melalui satu kawasan menternak lembu dan biri-biri.


Luas terbentang…


Cantik sangat, rasa macam deja-vu.


Bila nampak hut ni, barulah rasa lega. Hehe. Dah sampai!


Masa kami sampai, ada satu keluarga dengan anak-anak. Si ayahnya menegur “Good day” tapi slang orang Southern ni bunyinya ‘good dai’, mula2 ingatkan dia cakap ‘good stay’.


Lunch kami hari itu.


Air sungai ni sejuk sangat-sangat. Memang sejuk angin gunung awal musim bunga. Kena tutup muka sebab sejuk nak tarik nafas.


Kami tak gunakan peta atau sebarang alat navigasi pun. Cuma berpandukan papan tanda. Cuak juga bila jalan lama-lama tak jumpa apa-apa petunjuk. Tapi papan tanda dengan batang kayu penanda biasanya ada disediakan.


Kalau musim bersalji kena hati-hati dengan avalance.


Ini lagi satu track main redah (tapi study dululah) di Alex Knob, tapi tak sampai sebab ada pokok tumbang. Patah balik jadinya.. Kalau ada pokok tumbang kita report pada renjer supaya mereka datang bersihkan cepat-cepat.


Tongkat sakti ni sangat-sangat membantu untuk hiking, terutama bila mendaki dan turum bukit. Kurang sikit impak pada lutut.


Buku-buku ni banyak membantu untuk planning nak hiking kat sini.


Lain-lain info tentang hiking di New Zealand boleh dapat dari pejabat Te Papa Atawhai atau Department of Conservation. Office diorang ni biasanya tutup jam 5 petang. Boleh dapatkan khidmad DOC ni kalau nak booking atau perlukan apa-apa. Senarai office DOC New Zealand.
 
 Apapun, hiking di New Zealand memang seronok. Sangat kaya dengan nature yang bersih dan nyaman. Bila teringat-ingat tu rasa nak ke sana sekarang juga!


Banyak trek yang sangat mesra family, malah ada yang mesra wheelchair dan stroller. Nak bawa anak-anak pun sesuai, banyak trek yang pendek tapi menghidangkan pemandangan yang mengkagumkan misalnya seperti glasier Franz Josef dan Punakaiki Pancake.
 
 Kalau musim off-peak macam ni senyap sunyi tak ada orang. Waktu yang sesuai untuk merenungi ciptaan Allah di bumi selatan ini.
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

Category: 2013 - New Zealand (South Island) Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

One thought on “Tips Hiking Di New Zealand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge