admin Avatar

Rasanya satu masa dulu pernah ada inisiatif untuk mengadakan aktiviti bercaravan di Malaysia. Tapi rasanya kita perlukan lebih banyak masa dan perancangan yang baik kerana nak bercaravan bukan boleh main serbu je. Nak stop-stop bukan boleh main ikut sedap. Memang ramai yang tertunggu-tunggu ada kemudahan untuk caravan di Malaysia, terutama orang yang dah biasa bercaravan di luar negara.

Pertama kali kami mencuba untuk ekspedisi caravan sewaktu di New Zealand. Kami sewa sebuah campervan (MPV yang diubahsuai – dilengkapi dengan katil, peti sejuk dan dapur memasak). Tapi mungkin sebab pertama kali, dan cuaca di New Zealand tak membantu, maka satu malam saja kami tidur di dalam campervan tu… selebihnya di dalam cabin di campsite tu juga.

Kali kedua, kami menyewa sebuah motorhome, dalam kembara bersama anak-anak bermula di Perth, Australia.

Motorhome Britz 6 berth, sesuai sangat untuk kami sekeluarga, 2 dewasa dan 3 budak lelaki yang aktif.

Jom tengok apa ada dalam motorhome ni.

Depan…


Tengah…. (tempat duduk ni boleh letak meja makan dan boleh convert jadi katil)


Belakang (boleh letak meja dan boleh convert jadi katil). Bahagian belakang ni tak boleh diduduki kalau lori sedang bergerak. Semua kena duduk di bahagian tengah yang ada seatbelt.


Dapur.


Bilik mandi dan tandas. (Untuk memudahkan proses pencucian tong najis, segala aktiviti pembuangan urusan besar sila buat dalam tandas di campsite hehehe).


Satu lagi katil di bahagian atas tempat duduk pemandu.


Motorhome ni menggunakan diesel (standardlah, nama pun lori) dan pemanduan automatik, pickup memang slow. Tapi takpe, bukan nak racing pun.

Biasanya kami piknik di luar je. Kerusi dan meja disediakan.


Wayar oren tu sambung ke power supply di campsite. Kalau nak guna segala fasiliti seperti pasang air-cond, kena sambung ke power supply. Jadi kena cari powered site. Biasanya mana-mana holiday park memang sediakan powered site. Cuma sesetengah tempat ada free campsite di tepi-tepi highway.. Sukar sikitlah kalau tak ada fasiliti. Tapi kalau dah biasa berkhemah mmg OK sesangat je sebenarnya.


Motorhome ni, kami sewa dan pandu sendiri. Ada juga yang guna ejen dan guide, lebih mudah pun, tak payah pening itinerary. Sendiri-sendiri main redah je lah.

Papepun, motorhome memang seronok, sebab tak payah pack unpack setiap hari, haha. Maklumlah, kami biasa travel pindah-randah. Penat packing unpacking je 😛

Bajet untuk sewa motorhome (Britz) di Australia ni sehari anggaran dalam AUD120 sehari (ia bergantung kepada jenis kenderaan, brand, area, etc). Britz ni sangat OK lah bagi kami. Punca utama pilih Britz sebab tengok ramai orang guna, dan murah. Hehe.

Insya-Allah, lepas ni motorhome tempat lain pula.

Tagged in :

admin Avatar

19 responses to “Trip Motorhome di Australia”

  1. Myliferia Avatar

    Best2….boleh konvoi lagi best.

    Tapi kalu tgh otw, ttiba nak buang air besar, camno?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      buang jelah dalam tandas tu. ada tong tadah.

  2. Amyz Avatar

    Seronoknya dapat mengembara macam ni. Rilex2 je tak payah rush2. 😀

  3. kinna Avatar

    bestnye..kongsi la itinery..takpun buka agensi pelancongan keluarga (utk cater keluarga yg ada anak2 kecik tp suka berjalan)..hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hihihi. agensi backpacker nk?

  4. Qider Avatar

    seronoknya mengembara dengan motorhome. dari penceritaan pun nampak sangat sesuai untuk family,tambah2 saya pun ada 3 hero yang lasak..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh la tu nak plan hehe

  5. Adahshada Avatar
    Adahshada

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ..
    Saya dan family akan ke Perth bln 12 thn ini.. Kami plan mmg nk naik motorhome
    Bln 12 musim panas di aus.. Sesuai ke ber motorhome di musim panas?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Waalaikumussalam Adah

      Musim panas yang best motorhome, daylight lamaaa 😀

  6. zuraira Avatar
    zuraira

    Salam,

    We are so very interested to go touring Sydney and surroundings using the caravan. There will be 3 adults and 4 kids ranging from 3-14.

    Is it easy to get a campsite and is it expensive to park at a campsite and use their facilities because we have to charge the caravan right?

    Rental is AUD250. Wow. Quite expensive.

    Any tips for us? We are going in October

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hi dear,

      I recommend Big4 Holiday Park, it’s sooo child friendly. You can see it here :- http://nsw.big4.com.au/greater-sydney.aspx. The powered site is charged per head, starting from AUD20/head.

      Have a great holiday adventure!

  7. ahmad Avatar
    ahmad

    Nak tanya…damage liabiliti kena charge berapa…tlg

  8. khai Avatar
    khai

    As salam,

    Saya plan nk ke perth okt ni bersama isteri dan anak ( 1 tahun lebih ) mana lebih baik motorhome atau sewa kereta biasa…plan 7 hari 7 mlm…kat mana nak sewa motorhome ?

    boleh tak kongsi itinerary …

    tqvm

  9. marina Avatar
    marina

    Menarik baca pengalaman bercuti dgn motorhome nih…nak tanya sikit sis, motorhome ni boleh drive ke dalam bndar perth tu ke…

  10. marina Avatar
    marina

    Sorry…tertekan publish seblm sempat nak tanya hbs…

    Bajet aud250/day tu sis dah masuk rental camp site ke?

    Tqvm sis

  11. Yin Lee Avatar
    Yin Lee

    Do you sell the Caravan in malaysia? Where is your location?
    Thank you
    Sincerely
    Yin Lee

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hi dear,

      I am sorry I don’t sell caravan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge