admin Avatar

Kalau diminta kongsi tips travelling, samada travel dengan anak atau tidak, susah juga saya nak bagi. Bukan kedekut, tapi memang tak ada tips yang best-best pun. Hehe. Maklumlah kami biasa travel sempoi je.

1. Plan awal

Kami memang plan dari awal untuk travel ke mana-mana. Pertama dari segi tiket.Beli tiket siap-siap untuk memudahkan urusan. Maklumlah jadual saya sebagai WAHM ni memang ketat, kalau tak plan awal-awal untuk diri sendiri dan keluarga, memang susah nak cari masa.

Kedua, dari segi objektif nak travel. Nak shopping ke, untuk business ke, explore ke, hiking ke, saja nak rileks ke. Plan dari awal so kita tahu apa benda yang nak dibawa. Kenapa kena plan? Travel untuk shopping, untuk rileks, untuk eksplore.. memerlukan pilihan lokasi yang berbeza dan sesuai dengan tujuan. Itu kami lah. Maklumlah kami ni keluarga backpackers, kalau travel semua redah sendiri.

Untuk trip motorhome di Australia, last minute arrangement juga sebenarnya. Samada nak naik motorhome atau berkereta dan menginap di cabin di holiday park (campsite), tapi akhirnya pilih nak motorhome. Dan hampir tak jadi kerana ada hal kecemasan dalam keluarga. 2 hari sebelum bertolak baru book dan settle-kan semua.

2. Makanan?

Kami tak pernah bawa bekal makanan dari Malaysia kalau ke mana-mana, terutama Australia, sebab kena declare kalau bawa makanan. Malas nak renyah2, makan ajelah apa yang ada. Paling takde pun boleh makan buah-buahan, kan? Dan sebab utama kami tak bawa makanan adalah untuk menjimatkan space beg. Biasanya kami tak check-in beg kami, bawa masuk dalam kabin kapal terbang limited weight (7kg kalau MAS & Air Asia).

Anak-anak pun terpaksa adapt dengan keadaan ni. Pernah juga si Hafiy merungut sebab berhari-hari tak jumpa nasi. This is called survival, son.

Tapi kalau travel dengan atok nenek diorang, memang mewah lah diorang, asyik makan je. Orang tua biasa lah, makanan bekalan mesti kena bawa. Nasib naik periuk belanga tak bawa sekali.

Tapi dengan motorhome ni senang. Boleh masak apa saja yang teringin. Beli bahan mentah di pasaraya.. dan balik masak!

3. Baju

Kami memang biasa travel dengan 3 pasang baju, walau berapa hari, minggu atau bulan pun. Selain dari hari-hari basuh baju (di campsite cum holiday park ni biasanya ada laundry – basuh & keringkan dalam masa lebih 2 jam gitu), biasanya akan beli juga baju di destinasi, buat kenangan katanya… Saya pun tak kisah pakai baju tak matching ke, baju sama ke. Yang ni kronik jugak, siap pakai seluar katok.

Middleton Beach Holiday Park, Albany, Australia

4. Beg

Saya tak suka bawa beg keras berpetak tu, tak berapa fleksibel nak simpan. Saya suka bawa beg pikul belakang je. Boleh selit di mana-mana dalam motorhome ni. Celah kerusi boleh, dalam drawer boleh. Kalau beg petak keras sebesar pintu, kena letak-letak macam tu je la kot. Atau letak bawah katil. Woottt wottt, sorry takde idea macamana nak handle 😛

5. Aktiviti anak-anak

Paling mudah kalau berjalan jauh dengan kenderaan darat, aktiviti masing-masing di iPad yang paling senang. Saya ni kadang-kadang suka membebel, suruh dorang tengok sana, tengok sini.. tapi biasalah budak-budak kecil cepat boring dan mungkin tak boleh nak appreciate sangat lagi benda-benda macam tu. 30 minit pertama OK lagi, ada lagi 4 jam, memang minta maaf lah kekdahnya.

Bila dah sampai destinasi, banyaklah aktiviti kami bersama mereka… memang tak sempat bosan. Bosan beraktiviti. Hehe. Di Australia, holiday park Big4 sangat mesra keluarga. Ada palyground untuk anak-anak, dan ada tempat yang dilengkapi kolam renang, seperti di Brisbane. Paling tidak anak-anak boleh main kejar-kejar di campsite.

6. Ubat-ubatan

Bekalan vitamins dan ubat-ubatan sangat penting dan tak boleh tinggal. Masa ni bawa semua segala ubat, walaupun di rumah jarang beri ubat. Perkara yang lebih utama ialah supaya mereka cepat sembuh kalau dilanda sakit semasa travel ni (semoga dijauhkan). Segala plaster dan ubat luka juga kena bawa. First aid kit lah kiranya.

7. Carseat

Kami bawa booster seat untuk Hafiy dan Boostapak Trunki untuk Danny dah Fahry.

BOOSTAPAK

Benda ni boleh jadi beg (memang boleh isi barang) so budak-budak ni boleh bawa sendiri sorang satu. Berbaloi betullah beli benda ni.

Semasa dalam perjalanan, saya duduk di depan sebab nak tengok map. Huhi. GPS yang dibekalkan dengan motorhome ni tak update! Ada ke suruh lalu jalan kampung, padahal dah ada highway. Terpaksa guna Waze juga. Anak-anak bertiga di seat belakang, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Sepanjang jalan memang kena sabar, kalau tak sabar boleh berhenti di stop-stop tepi jalan untuk sabarkan mereka. Maklumlah bila dah lama-lama ni memang boring.

Yang syoknya motorhome ni, asal lapar je, cari tempat berhenti dan Mami mula buka dapur. Hehe.

Overall semua OK. Atau memang saya jenis simple dan tak cerewet kot. OK je la apa-apa pun. Sikit-sikit tu biasalah.

Siapa-siapa yang suka travel dengan anak-anak tu, you should try motorhome pula.

admin Avatar

6 responses to “Tips Motorhome Bersama Anak-Anak”

  1. irfa Avatar

    terbaik punya tips 🙂
    tq

  2. Qider Avatar

    Part beg dengan baju tu memang terbaiklah, saya sendiri kalau travel pun kalau boleh tak nak baju banyak2, bolehla guna tips ni kalau dapat travel jauh2 lagi.

  3. Myliferia Avatar

    Bawak beg kosong nak beli cenderahati untuk kengkawan…hihi

  4. Del Avatar
    Del

    Salam,
    Bestnya… Mmg teringin sangat nak travel ke sana guna caravan. Nak tanya byk soklan bole?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      banyak takpe asalkan reti jawab 😀

  5. […] plan awal. Walaupun saya taklah travel berhari-hari dengan motorhome di Australia macam mentor biz Master Zainul and Master Lyna, asalkan lebih setengah jam dalam kete ngan anak.. saya memang kena ready awal supaya perjalanan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge