,

Mereka Burn A Koran Day, Kita Bakar Quran Hari-Hari

admin Avatar

A news about the controversial Burn a Koran Day that scheduled to be held in Florida on 11/9 in conjunction with the 11/9 tragedy. From newsfeed.time.com

Pastor Terry Jones Will Never Burn a Koran

Picture 3

John Raoux / AP

At least that’s his story this week.

The Florida pastor who gained notoriety with his proposed “Burn a Koran Day” that was scheduled for today in memory of 9/11, has told NBC’s “Today” show that the plan is definitely off. Announcing that he feels that he has accomplished his mission of demonstrating “that there is an element of Islam that is very dangerous and very radical,” he no longer thinks the burning is necessary.

Jones’ original plan to decimate Korans has resulted in an overkill of press coverage and sparked debates about freedom of religion and speech. Americans found themselves characterized by the radical pastor as Muslims across Pakistan and Afghanistan held protests, where more than a few American flags were burned. (See more on Christianophobia here.)

Meanwhile, according to CNN, Jones is attempting to arrange a meeting with the imam in charge of Park51, the Islamic community center near ground zero in New York.

Bukan sesuatu yang pelik dan ajaib apabila seorang yang bukan Islam ada hasrat nak bakar, flush, koyak, makan, gigit atau buat apa saja dengan kitab suci al-Quran.

Allah berfirman “Sekali2 tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani (terhadapmu) sehinggalah kamu mengikut jalan2 mereka” (2:120).

Membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran tu sudah sahih2 bukan jalan mereka. Mungkin la.. mereka juga membaca dan memahami tapi mengikuti memang konfem tidak, kalau ikut mereka dah lama jadi Muslim.

Kebelakangan ini terlalu banyak perbuatan2 manusia yang melampaui batas menghina agama Islam. Yang terbaru yang saya dengar ialah seorang amoi yang menghina Allah di FaceBook.

Saya bukan tak sensitif, siapa yang tak marah. Kalau tak, takdela kita tak puas hati dengan iklan raya TV3.

Tapi Nyah, tentang perkara Hari Membakar al-Quran Sedunia ni sebenarnya satu wake up call bagi mereka yang terasa nak wake up lah. Kalau masih nak tidur lagi tu sendiri mau ingat.

  1. Berapa kerat manusia Muslim yang sedar adanya Burn a Koran Day ni? Semua pun sibuk nak beraya.
  2. Ada yang marah, hantar petition, malah pergi ke gereja untuk bertemu mereka yang terbabit. Masya-Allah memang menarik sekali, mereka ini tidak membuat tunjuk perasaan dengan melempar bom dan juga tahi. Menunjukkan agama Islam adalah penuh dengan toleransi dan budi bahasa.
  3. Tak perlu hairan kalau mereka nak bakar al-Quran.Kita ni hari2 pun keja duk bakar al-Quran je. Bakar secara halus pula tu, menggunakan kuasa batin. Cara kita bakar al-Quran sungguhlah simple. PERTAMA, dengan tidak mempedulikannya. Simpan tinggi-tinggi sampai cucur atap sampai tak boleh capai. Konon taknak bagi budak2 usik, dengan si tua sekali pun jarang sentuh. Mungkin masuk 10 terakhir Ramadhan terasa nak belek sebab nak cari LailatulQadar. Tengok2 habuk dan setebal kulit al-Quran sendiri. KEDUA, dengan membaca ala kadar sekadar cukup syarat. Tajwid ke hukum ke belakang kira, bukan ada masa nak belajar. Janji baca. Betul la, kalau baca merangkak2 dapat 2 pahala, tapi bukan main baca asal habis. Belajar tu dah fardu, jadi kalau malas belajar jangan lah nak claim2 pulak. KETIGA, dengan tidak memahami apa lagi nak mengamalkan isi al-Quran. Baca al-Fatihah 17 kali sehari bukan main kena makhraj, tajwid, hukum bacaan sumer tapi sepatah hagham tak faham. Apalah maknanya kan. Quran itu bukan buku nursery rhyme untuk kita lagukan setiap hari, tapi Buku Panduan Lengkap Hidup Sebagai Seorang Insan.

Menurut doktrin yang dibawa oleh Encik Terry Jones, Islam adalah ganas dan jahat dan sangat bahaya. Well, ada mak kisah? Patutnya kita tak melatah sebab what’s happening today dah diberitahu oleh Nabi kita lebih 1400 tahun lalu.

Sabda Nabi SAW “Islam itu asalnya asing, dan akan kembali asing”

Kebenaran sabda Baginda dah terlihat sekarang ni. Orang yang namanya Islam dan agamanya Islam, tak kenal agama sendiri. Seorang pelajar boleh murtad hanya sebab tak puas hati dengan suruhan memukul isteri dalam surah an-Nisa’? Nyah, nape tak baca ayat tu penuh or bertanya dahulu? Inilah akibat bila hati dah ada sifat prejudis, benda yang tak ada apa pun jadi isu besar. Tapi apepun hidayah itu milik Allah. Nabi SAW pun tidak mampu membuat bapa saudara kesayangannya mengucap 2 kalimah syahadah sehinggalah akhir hayatnya.

Tapi kita tak boleh menunggu hidayah datang macam tu aje. Sambil tunggu hidayah sambil togok arak, ape kes? Malaikat rahmat pun boleh divert pergi tempat lain daa… Nak hidayah buat cara nak hidayah. Hidayah tunggu jugak, maksiat duk buat. Nabi kata hati manusia ni umpama sebuah mangkuk, tak boleh beza kalau campur baik & jahat. Takde partition, jadi kena buang yang jahat2 tu biar tinggal yang baik2 aje…

Ramai ibu bapa yang risau kot anak ‘tak menjadi orang’ tapi I never found/heard any parents (mungkin ada satu dua) yang beritahu saya “Risau anak tak menjadi orang Islam”. Menjadi orang dan menjadi orang Islam adalah sangat2 berbeza. Berjaya, ada kompeni besar, duit 50 juta cash, tapi solat tak, puasa tak, aurat tak tutup, mengaji tak reti, sedekah derma untuk deduct tax, ada manfaat?

Kita senang cakap “Iman tak dapat diwarisi…” tapi silap pengertian. Maksud iman tak dapat diwarisi tu bukannya kalau mak bapak alim anak tak semestinya alim, tapi iman tu memang tak boleh turun kepada generasi secara genetik, sebaliknya perlu dibina, dibuat foundasi yang kukuh, diasaskan dari bahan2 terbaik, supaya iman itu boleh menjadi teguh. Kalau mak ustazah, bapak ustaz, tapi anak membesar dengan Bibik sebab mak ayah sibuk berdakwah sana sini sampai lupa nak asuh anak sendiri….. lu pikirlah sendiri. Itulah maksudnya iman tak dapat diwarisi, maknanya siapa pun mak bapaknya, alim macamanapun, anak2 perlu diasuh untuk membina iman mereka, bukannya dengan title Al-Fadhil pada bapaknya, anaknya terus jadi calon Imam Muda.

Jadi bila Terry Jones nak bakar Quran lagi, pastikan kita dah buang habit membakar al-Quran secara batin. Tambah2 dah habis bulan puasa ni, tadarus pun dah kurang kot, masjid pun dah kembali menyepikan diri, sehingga tahun depan pula. Bila ramai2 umat Islam membaca dan mengamalkan isi al-Quran, Terry Jones pun tak tergamak/takut dah nak bakar al-Quran.

P/S: iPhone ada application al-Quran. Boleh dibaca di mana-mana kecuali dalam tandas/bilik air ya 🙂

admin Avatar

6 responses to “Mereka Burn A Koran Day, Kita Bakar Quran Hari-Hari”

  1. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    alquran bukan takat hanya pada kertas,tapi juga sentiasa dalam hati..tulah ada antara kita ni baca sekadar baca,isi tak tau,tajwid lintang pukang…aduyaiii.

    p/s: android pun ada apps alquran,siap tajwid u’olls..hehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yelahhh android pun bagus jugaaaak

  2. fidde Avatar

    salam singgah..
    yg mereka bakar cuma kitab. al-Quran itu cuma berfungsi kalau org islam betul2 gunakannya sebagai panduan hidup. lagipun tak ada yang perlu dirisaukan sebab Allah dah berjanji dalam surah 15 ayat 9, Dia yang menurunkan AQ dan Dialah juga yang akan memeliharanya. AQ hanya akan terhapus apabila semua org islam yg sebenarnya di atas muka bumi ni akan turut terhapus.
    .-= fidde´s last blog ..Cerita Syawal 1 – Crush lama dah kawen! Sob sob! Sila baca dalam loghat utagha no =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam singgah fidde 😀

      Ya kita tak perlu risau kelestrian alQuran kerana janji-Nya yg pasti. Apa yg pentig ialah kelestarian amalan alQuran itu krn jaminan Rasulullah SAW “brgsiapa yg berpegang pada AlQuran & asSunnah maka dia tidak akan sesat selama2nya”.

      Smg kita berjaya mendidik generasi alQuran yg unggul.

  3. mrsnik@meah Avatar

    w’pon aku maseh dlm mode raye tp sebab opis xder org aku pon bace sampai habis entry mu ini dgn penuh minat..mmg byk org Islam dh jauh dr Quran..aku pon harap dpt pindah kelate nanti, nak blaja ngaji balik dgn cek aku…huhu…
    .-= mrsnik@meah´s last blog ..Keputusan Pemenang Give Away Raya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aku baru igt nokgi rayo umoh mu. Nt aku g ipoh la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge