Pembunuhan Sosilawati

admin Avatar

Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya sekarang menjadi topik paling hangat di media. Liputan dalam akhbar berhalaman-halaman.. Kes bunuh yang sangat kejam lagi tiada pertimbangan langsung.

Mangsa dibelasah, ditikam, dipercayai disembelih, dan dibakar menjadi abu bagi menghilangkan bahan bukti. Bayangkan seksaan yang dihadapi oleh mereka.

Walaupun ujian DNA belum keluar namun berdasarkan kenyataan saksi dan suspek jelas menunjukkan bahawa mayat terbakar yang tinggal abu adalah Datuk Sosilawati bersama 3 lelaki yang bersama dengannya.

Suspek utama berpangkat Datuk dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes ahli perniagaan yang hilang tanpa dapat dikesan sebelum ini. Mungkin beliau sebenarnya dah lama dalam pemerhatian polis tapi tak ada bukti, sementelah bila kes Datuk Sosilawati hampir menyamai profil kes sebelum ini (beli tanah & berurusan dgn Datuk itu) memberi klu kepada pihak polis.

Ape pun memang sangat kejam perbuatan yang tak boleh diterima akal fikiran yang waras. Biasa tengok dalam filem/drama penyiasatan tapi ini benar2 terjadi. Kerana duit manusia sanggup buat apa saja, tak kira bangsa/kaum apa sekalipun. Sampai sanggup menjadi ‘Tuhan’, menghukum manusia lain yang tidak berdosa.

Ribuan tahniah kepada pasukan polis dan tentera Malaysia yang begitu cekap sehingga tertangkapnya suspek2 terbabit. Semoga tiada campurtangan dari orang2 kenamaan dan orang politik (seorang peguam yang kaya, berpangkat Datuk yet banyak rekod jenayah, must be something behind it) dalam kes ini dan mereka yang terlibat menerima hukuman setimpal & tiada lagi kambing hitam.

Walau bagaimanapun ahli keluarga mangsa masih mengharap khabar gembira dari mereka, walaupun berdasarkan bukti dan saksi, kesemua mereka telah terkorban dalam keadaan begitu menyayat hati. Sekiranya ujian yang dijalankan membuktikan tulang2, rambut dan tisu manusia yang ditemui bukan milik Datuk Sosilawati dan 3 yang lain, sudah pasti pengalaman seolah2 mati hidup semula bagi keluarga mereka.

Hari baik bulan baik ni, ramai insan bergenang airmata. Apa lagi yang menerima khabar kematian tanpa sekujur jenazah dah kuburnya…

Al-Fatihah buat mereka yang terlibat dalam kejadian pembunuhan kejam ini, mangsa kemalangan jalanraya, mangsa bunuh menjelang raya dan mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita…

admin Avatar

6 responses to “Pembunuhan Sosilawati”

  1. fid Avatar
    fid

    kejam kan
    sungguh keiblisan…

  2. mrsnik@meah Avatar

    betul..harap jgn ade org politik yg campur tangan…n pihak berkuasa jgn berlembut hanya kerana status suspek…
    .-= mrsnik@meah´s last blog ..Keputusan Pemenang Give Away Raya =-.

  3. sunglasses Avatar

    semoga rohnya dicucuri rahmat
    Harap balasan yang setimpal kepada “iblis” yang melakukanya

  4. laila Avatar

    tak tau nak kata apa dah…. terlalu kejam! berapalah upah yg dpt sampai sanggup buat mcm tu. moga pembunuh & sesiapa yg terlibat mendapat balasannya.

    alfatihah.
    .-= laila´s last blog ..Demo Lecithin Bagaimana ia membantu dalam program penurunan berat badan =-.

  5. salzahari Avatar
    salzahari

    perasan tak muka Datuk suspek tu mmg familiar? dia mmg somebody…emm. muka mcm baik-yerla kerja professional kaan??

  6. mael Avatar
    mael

    Saya rasa pembunuh bersiri ini agaknya “otak senget”. Tiada pertimbangan kemanusiaan langsung. Boleh dikatakan suspek utama dan gruopnye itu adalah “Gengstar First Class” punye. Tahniah pihak POLIS MALAYSIA..yang cekap dan berwibawa membongkar kes ini, walaupun kes masih dalam siasatan, tapi klue2 yang ada membawa ke arah itu. Apa-apa pun kiter tunggula kebenarannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge