Program Bantuan Raya Bling Lustre – Beras untuk Orang Kampung

admin Avatar

Alhamdulillah, “Program Bantuan Raya Bling Lustre – Beras untuk Orang Kampung” telah selamat dilaksanakan menjelang akhir Ramadhan ini. Atas sumbangan pelbagai pihak (individu dan syarikat), program tersebut berjaya mengumpul RM 832, dan dengan jumlah itu sebanyak 64 kampit beras (setiap satunya 5kg) dapat dibeli dan diedarkan kepada keluarga-keluarga, rumah anak yatim serta maahad tahfiz yang memerlukan. Syukur alhamdulillah, rezeki buat mereka.

Beras-beras telah dibeli dari Giant Hypermarket (Taiping) pada 3/9/10 dan telah diedarkan pada hari-hari berikutnya di tempat-tempat yang disebutkan di atas dengan pembahagian yang sebaik-baiknya, mengikut kesesuaian tempat. Untuk keluarga-keluarga kampong, sekampit beras untuk setiap isi rumah (per household), manakala untuk maahad tahfiz dan rumah anak-anak yatim pula pembahagian mengikut jumlah penghuninya. Pembahagian bantuan kali ini ditumpukan kepada keluarga-keluarga di Kampung batu 5, Simpang dan kawasan sekitarnya.

Mengapa Kampung Batu 5? Ini adalah kerana Kampung tersebut adalah asalnya CEO Bling Lustre, di mana penghuninya merupakan peniaga-peniaga kecil yang bersemangat kental, wanita-wanita yang mempunyai pelbagai kemahiran kerjatangan, balu gigih menyara keluarga, warga tua serta keluarga yang berpendapatan rendah. Walau pun dengan pendapatan yang sederhana dan kecil, mereka tetap gigih bekerja dan sentiasa cuba memperbaiki kehidupan. Keluarga-keluarga inilah yang banyak menyumbang kemahiran, produk dan sokongan kepada Bling Lustre. Maka, atas rasa ingin menyumbang semula inilah Bling Lustre menganjurkan program ini. Alhamdulillah, kesemua 21 keluarga di kampong tersebut telah menerima sumbangan tersebut pada 3/9/10, diagihkan oleh En Yusof Napiah, wakil Bling Lustre di Taiping.

Selebihnya:

4 kampit beras – diagihkan kepada keluarga balu yang bisu dan berpendapatan kecil di Hujung Matang (4/9/10)

13 kampit beras – diagihkan kepada Rumah Anak Yatim Nur Hidayah di Kampung Cheh, Bukit Gantang (4/9/10)

8 kampit beras – diagihkan kepada Maahad Tahfiz di Lubok Merbau (4/9/10)

16 kampit beras – diagihkan kepada Maahad Tahfiz di Kampung Potong Pinang dan kawasan berhampirannya (6/9/10)

Bling Lustre berterima kasih atas sumbangan-sumbangan yang diberikan semoga dengan program ini dapat memupuk lebih semangat bantu membantu sesama insan. Sumbangan yang sekecil ini pada pandangan kita, adalah satu hadiah bermakna kepada mereka. Keriangan dan kesyukuran nampak jelas dari riak pandangan mereka tatkala sumbangan disampaikan. Alhamdulillah, program pertama ini selamat dijayakan. Terima kasih para penyumbang, semoga Allah memberkati usaha-usaha kalian dan menjayakan pencarian kalian di dunia dan akhirat.

Resit-Resit pembelian beras (beras dibeli dalam 2 batch kerana troli penuh)

clip_image002clip_image004

clip_image006clip_image008 

Beras-Beras yang dibeli, dikumpulkan sebelum pengagihan.

clip_image010

Snapshot Rumah Anak Yatim Nur Hidayah (Maaf gambar diambil dari dalam kereta oleh kerana penghuninya sensitif terhadap kamera).

clip_image012clip_image014

Snapshot Maahad di Lubok Merbau. Gambar juga diambil dari dalam kereta.

clip_image016clip_image018

Diharapkan pada masa-masa akan datang, program sebegini akan mendapat lebih banyak sokongan. Inilah peluang untuk kita sama2 menggembleng tenaga dan sedikit dari harta kita bagi membantu sesama kita yang kurang bernasib baik.

Salam Syawal.

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge