Di Sebalik Iklan Raya TV3 Yang Ditarik Balik

by Mommy Lyna on September 7, 2010 · 11 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

Sejak TV3 menyiarkan iklan hari raya Aildilfitri tahun 2010 yang menunjukkan konsep terlampau 1Malaysia, banyak pihak yang bangkit menentang dan menghentam penyiaran iklan ini. Iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur agama lain ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat Muslim negara ini.

Malah pelbagai spekulasi sengaja ditimbulnya atas isu iklan raya TV 3 ini.

Secara peribadi saya berasa terharu dengan kecaman yang diberikan oleh rakan-rakan saya. Ternyata umat Islam di Malaysia masih sedar dan masih sensitif terhadap perkara-perkara yang menyentuh soal agama. Lagi-lagi dengan pelbagai isu yang timbul sekarang ni melibatkan penghinaan terhadap agama Islam, contohnya apa yang berlaku di beberapa lama Facebook kebelakangan ini.

Mungkin ada hikmahnya perkara2 sebegini timbul tatkala kita sedang didakap Ramadhan, kerana dalam bulan ni kegiatan di luar batas syarak agak berkurangan dan ramai antara kita berlumba-lumba mengisi diari Ramadhan dengan amal ibadat, mencari Lailatul Qadar dan sebagainya.. Jadi kita menjadi lebih sensitif terhadap isu2 yang melibatkan agama. Tambahan pula dengan kegiatan buang bayi yang semakin rancak sejak bermulanya Ramadhan, menyebabkan hati kebanyakan kita sudah sedia sensitif.

Walaupun terdapat banyak spekulasi tentang iklan ini, rasanya dengan penarikan balik penyiaran iklan raya ni oleh pihak TV3, haruslah kita tutup cerita ini. Tapi ada beberapa perkara yang saya kesali di sebalik kejadian ini.

1. Sekiranya pembikin video itu ialah seseorang seperti Namewee dan disiarkan di You Tube, sudah tentu beliau dikecam dengan lebih hebat malah diambil tindakan oleh pihak berwajib. Tapi kerana video iklan ini dikeluar dan disiarkan oleh TV3, ia senyap begitu saja terutama selepas TV3 menarik balik iklan rayanya.

2. Pengumuman penarikan balik iklan hanya diumumkan dalam Buletin Utama. Kalaulah yang berlaku sedemikian ialah iklan raya Petronas ke, Sime Darby ke, kemungkinan besar press conference akan dibuat dan permohonan maaf besar-besaran oleh penjawat tertinggi dalam organisasi. Tapi kerana TV3 memegang berita maka hanya diumum oleh pembaca berita begitu saja?

3. Setiap commercial yang bakal ditayangkan pasti akan di-review oleh penjawat2 tertinggi terlebih dahulu. Siapakah mereka? Apakah mereka tidak langsung dapat mengesan sesuatu (banyak tuuu) yang tidak kena dalam iklan raya TV3 itu?

4. Umat Islam yang akan menyambut raya berasa terluka. Apakah yang TV3 lakukan bagi mengubat luka di hati kami ini? Tarik balik iklan raya, OK fine. Tiadakah mana2 pihak berwajib di TV3 yang boleh menerangkan dan mematahkan tuduhan2 yang dilemparkan terhadap iklan itu?

5. Ataupun adakah ini satu cara TV3 untuk meraih populariti. Keuntungan yang dicatatkan oleh TV3 meningkat ke 100% dan para pemacu korporat TV3 harus memikirkan sesuatu di luar kotak agar menarik lebih ramai penonton.

Walau bagaimana pun, kontroversi iklan raya tahun 2010 nampaknya menaikkan populariti iklan raya PKNS, maklumlah iklan raya Petronas pun dah kurang karinya, tidak ada deep message seperti tahun-tahun sebelumnya.

:)

iklan raya

No 2 jalan rampai niaga 2

Popularity: 2% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 11 comments… read them below or add one }

fid September 7, 2010 at 3:30 pm

susah la nak komen sbb i ni kolot komen melebih kang org kata ai ni cakap tak guna akai

aha la
iklan petronas message tak deep macam dulu
apa kata tahun depan offer ai plak wat iklan kahkahkahkah hancusssssssssssss

Reply

Wan Anie September 7, 2010 at 3:47 pm

mungkin sebab kurang director iklan yg berbakat besar…? Mana Yu Hang?
Wan Anie´s last blog ..Baju Raya Anak-Anak Ibu My ComLuv Profile

Reply

LittleMama September 7, 2010 at 3:52 pm

a ah la lyna, tak best la iklan petronas.. tasteless.. dah la kaler sephia.. kih..kih

selamat hari raya ;) LittleMama´s last blog ..Ucapan Selamat Hari Raya Untuk Semua My ComLuv Profile

Reply

Neroecha September 7, 2010 at 4:05 pm

Patut ler tadi tanya ekk..btl ler iklan petronas tahun ni tak menyentuh kalbu langsung

Reply

zuhaini September 7, 2010 at 9:59 pm

a ah la.. tahun ni Petronas tak berapa menyengat..

tapi iklan tv3 tu terang-terangan sesat kan.. tak dak sapa perasan ke..? kita komplen baru nak terperasan.. aduhai…
zuhaini´s last blog ..Selamat hari raya to all my blogger firends My ComLuv Profile

Reply

Ibu Emir September 7, 2010 at 10:02 pm

kadang-kadang ade jugak rase tak puasa hati, mane taknyer, can u imagine, mentang – mentang yang buat tu is stesyen TV, they take that advantage… i think kalau syarikat corporate besar yang lain, sure macam-macam kene, even tukang buat iklan tu pun dah dibawa ke muke depan, or TV3 akan pergi temubual derang, or Melodi dalam TErjah, sibuk cari orang orang macam ni.. to me TV3 tstill padang remeh, how could they just ask the newscaster to announce in the news, where is the big gun, takut kene soal jawab dengan wartawan… setakat one to one dengan wartawan jawab paper.. its not enough..

Reply

knv September 7, 2010 at 10:29 pm

selamat hari raya lyna. mintak maaf atas segala keterlanjuran semasa berblogging. :D

Reply

prihatin September 8, 2010 at 9:44 am

salam..
bagi saya rangkain media prima perlu memohon maaf secara terbuka dan buat surat tunjuk sebab..bukan apa,walaupun kita satu malaysia tapi hal2 agama amat sensitif..hari raya aidilfitri adalah hari yang amat mulia di sisi allah..tak perlu dicampur adukkan dengan isu 1malaysia.
jadi ambil lah iktibar dengan apa yang berlaku ini.

Reply

kakLuna September 8, 2010 at 11:40 am

what to expect from tv3, yg menghampiri sekular (nak kata sekular terus kang over pulak)..dlm iklan tu nak cari ppuan Islam yg memenuhi syarat menutup aurat pun payah, hujung2 baru ada…wpun ada rancangan agama yg bagus mcm jejak rasul, dr masjid ke masjid, singgah sahur dsb tp tu semua sekadar utk ‘memenuhi syarat’ saja..adakah warga tv3 menghayati mesej yg dorang tayangkan sendiri…singgah sahur program nya baik tp wartawan melayu Islam nya langsung x menutup aurat…di manakah prioriti mendahulukan agama bg mereka?semacam tidak ada….
kakLuna´s last blog ..Aku dan balik kampung My ComLuv Profile

Reply

cikwanicute September 8, 2010 at 12:39 pm

iklan petronas best mase arwah yasmin ahmad direct…

missed the commercials T.T

Reply

fitrifirdaus October 11, 2010 at 11:08 am

slmt hr aye kepada saudara di sana dan abang yang duduk di klang

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers