Max Azaria – Jubah & Blouse adalah sebuah kedai online yang menjual baju2 Muslimah seperti jubah dan blouse (duh, dah nama pun macam tu!). Jubah-jubah si sini cantik2, ada bunga sulam yang menawan.
Cantik kan? Sesuai untuk Muslimah Malaysia.
Tapi untuk saya tak berapa sesuai, sebab tak ada ruang untuk menyusukan anak-anak saya. Jadi saya telah memilih sehelai blaus yang sangat cantik dan selesa.
Maaflah kalau model yang berwajah makcik ini mencacatkan pemandangan T_T
Senang nak menyusu anak
Tandem nursing pun boleh
Disebabkan ketiadaan jurugambar, maka saya terpaksa amik gambar sendiri, boleh?
Tangan yang cuffed. Maafkan benang yang terbarai itu kerana saya telah memasukkan beliau ke dalam mesin basuh dan dryer tanpa belas kasihan.
Pandangan dari atas bahagian depan
Apakah ini? Ini di bahagian bawah.
Blaus ini memang selesa dipakai ke pejabat. Saya suka sangat! Satu, sebab ia labuh dan satu lagi sebab kalernya pink! ๐ Ia dibuat dari kain kapas dan bukannya jenis yang susah nak iron tuuu. Kecuali kalau masukkan dalam dryer kemudian tidak digantung dengan baik maka kemungkinan besar ia menjadi susah diseterika adalah tinggi.
Tapi gambar di pejabat adalah tidak ada kerana pemandangannya adalah di dalam toilet. Oh tidak selera menayang toilet pejabat yang tiada paip air yang normal itu LOL.
Ada macam-macam lagi corak dan pattern blaus ni di online store Max Azaria. Serius memang berbaloi. Selesaaa sangat. Saya nak beli lagi nak beli lagi!
Bapa-bapa, bolehlah jadikan hadiah untuk isteri ๐ Surprise gitu ๐
Leave a Reply